Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching kecewa kenyataannya mengenai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diputar belit segelintir media dan netizen media sosial.
Teo berkata kenyataannya di Dewan Rakyat awal minggu ini tidak bermaksud kerajaan akan melaksanakan hukuman meletakkan peminjam yang gagal membayar hutang PTPTN dalam status bankrap.
"Saya sangat kecewa kerana maksud saya sebenarnya membandingkannya dengan sistem perbankan swasta, jika penghutang gagal membayar hutang mereka akan disenarai bankrap, tetapi tidak adil untuk kita lakukan perkara sama pada bekas pelajar yang gagal bayar PTPTN, itu maksud saya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pertandingan Koakedemik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini hari ini.
Sejak beberapa hari lalu melalui perkongsian di media sosial (Facebook) tersebar kenyataan daripada Teo bahawa kerajaan akan membankrapkan peminjam yang gagal membayar hutang PTPTN.
Dalam pada itu, pada majlis berkenaan Sabah membuktikan keunggulan apabila tiga sekolah dari negeri itu menjuarai tiga kategori Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu peringkat Kebangsaan DBP - KPM 2018.
Olevia Demius dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenom, dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan deklamasi puisi kategori sajak manakala Mohammad Akmal Faramzyzam Shah Abdullah dari SMK Terusan Lahad Datu meraih juara bagi kategori sahibba sekolah menengah.
Nur Khairina Man Siew Kiong dari SJKC Yuk Choi, Lahad Datu pula meraih juara bagi kategori sahibba (sekolah rendah).
Enam belas pasukan dari sekolah di seluruh Malaysia menyertai pertandingan itu yang bertujuan meningkatkan keterampilan penguasaan bahasa Melayu dalam konteks komunikasi dan tulisan di kalangan pelajar sekolah dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018

NIE CHING: Saya sangat kecewa kerana maksud saya sebenarnya membandingkannya dengan sistem perbankan swasta.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

TGIF Malaysia tidak terjejas dengan penyusunan semula TGIF Inc
Pemegang francais induk dan pemaju TGIF Malaysia mengesahkan operasinya kekal stabil serta bakal membuka cawangan baharu tidak lama lagi.

Sebutan kes Norjuma hina mahkamah Januari tahun depan
Mahkamah menetapkan sebutan kes menghina mahkamah membabitkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed, pada 28 Januari tahun depan.

Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.

10 hingga 13 peratus penjawat awam bankrap antara 2021 hingga tahun ini
Kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan antara 2021 hingga tahun ini melibatkan penjawat awam.

SPRM fokus bankrapkan penjenayah rasuah, kembalikan aset kepada kerajaan - Azam Baki
Katanya, operasi SPRM kini lebih fokus kepada bukan sahaja menangkap dan mendakwa perasuah di mahkamah, tetapi juga membankrapkan mereka.

Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis

Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.

Akta Insolvensi (Pindaan) bantu keluar daripada kegelapan muflis
'Dasar peluang kedua' menyasarkan pelepasan hingga 130,000 individu bankrap, bertujuan memberi kehidupan lebih baik kepada kelompok berkenaan.

Peluang kedua individu bankrap, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 berkuat kuasa esok
Penguatkuasaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] akan dilaksanakan mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Lebih 30,000 belia bawah 35 tahun bankrap - Ramkarpal
Seramai 31,140 belia berusia 35 tahun ke bawah telah didaftarkan sebagai bankrap sejak 2014 hingga Mei 2023 berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).