Pembayaran wang pampasan bagi jemaah haji yang terkorban dan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah pada 2015, membuktikan keprihatinan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, terhadap mangsa dan waris insiden berkenaan, kata duta negara itu ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
Katanya, walaupun syarikat pembinaan, yang bertanggungjawab dalam menaik taraf Masjidil Haram ketika insiden itu didapati tidak bersalah dan tidak perlu membayar pampasan, Raja Salman prihatin dan memutuskan mengeluarkan peruntukan, sebagai bayaran pampasan kepada mangsa dan waris kejadian itu.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada 11 Sept selepas selesai solat Asar itu, katanya Raja Salman bergegas melawat lokasi kejadian sejurus dimaklumkan tentang kejadian malang itu, dan mengarahkan supaya penyiasatan segera dilakukan bagi mempercepatkan urusan penyerahan pampasan kepada mereka yang terlibat.
BACA: Tragedi kren runtuh Masjidilharam: Identiti 8 jemaah Malaysia dikenal pasti
BACA: Sekurang-kurangnya 87 jemaah terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram
"Raja Salman juga sentiasa memantau rapat perkembangan insiden itu dari awal sehingga selesai pemberian wang pampasan, kepada mangsa dan waris dari setiap negara yang terlibat.
"Arab Saudi sentiasa meletakkan perkhidmatan kepada agama Islam dan umatnya sebagai keutamaan, serta dua kota suci Makkah dan Madinah adalah syiar penting dalam pelaksanaan ibadah haji," katanya dalam satu wawancara khas bersama Bernama di Kedutaan Arab Saudi di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mahmoud Hussien berkata Raja Salman sering berbangga dengan gelaran penjaga dua kota suci dan beranggapan gelaran itu mempunyai tanggungjawab besar, kepada agama Islam sama ada di peringkat domestik dan antarabangsa.
Duta Arab Saudi ke Malaysia itu berkata pemberian wang pampasan itu diserahkan melalui kerajaan Malaysia, untuk meringankan beban mangsa dan waris keluarga jemaah yang terlibat.
Waris tujuh mangsa jemaah haji Malaysia yang terkorban masing-masing menerima pampasan bernilai 1 juta Riyal (bersamaan kira-kira RM1.17 juta) manakala tiga lagi jemaah yang cedera dalam insiden itu, masing-masing menerima 500,000 Riyal (bersamaan kira-kira RM587,574).
Menyentuh tentang keberkesanan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mengendalikan jemaah haji Malaysia, Mahmoud Hussien berkata TH sentiasa menjadi penanda aras negara Islam lain, dalam pengurusan jemaah haji.
"Saya dapat tahu bahawa ada beberapa negara Islam yang berhubung dengan pihak Malaysia, untuk mempelajari kepakaran TH dalam menguruskan hal-hal berkaitan ibadah haji.
"Ini adalah perkara positif... Saya berharap kerjasama berterusan antara Kedutaan Arab di sini dan TH, dapat dikekalkan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji," katanya.
Duta Arab Saudi ke Malaysia itu, yang sudah berkhidmat di negara ini sejak Februari 2017, berharap TH akan terus maju dalam aktiviti pelaburan dan pembangunan pengurusan haji, di masa akan datang.
Mengulas tentang persediaan kerajaan Arab Saudi pada musim haji 1441 Hijrah tahun ini, Mahmoud Hussien berkata negaranya sudah mula bersiap sedia, sehari selepas tamatnya musim haji tahun lepas.
"Beberapa projek pembangunan di Makkah dan Madinah telah berjaya disiapkan, sebelum menjelang musim haji tahun ini, bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada para jemaah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 14 2020

Raja Salman memutuskan mengeluarkan peruntukan, sebagai bayaran pampasan kepada mangsa dan waris tragedi pada 2015 itu. - Gambar fail

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Hubungan dua hala Saudi-Malaysia akan berkembang positif dalam semua bidang - Duta
Arab Saudi dan Malaysia akan menyaksikan perkembangan positif dalam semua bidang pada masa depan, kata Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan.

Arab Saudi serah pampasan kepada waris jemaah insiden kren tumbang di Makkah
Bayaran pampasan bernilai 1 juta Saudi Riyal (bersamaan kira-kira RM1.17 juta) kepada setiap waris mangsa berkenaan adalah pampasan peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud.