Berikut ialah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
23 Jan 2020:
- Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah adalah negatif.
24 Jan 2020: KKM maklumkan terdapat lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.
25 Jan 2020:
- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
- KKM nasihat jangan melancong ke China jika tiada keperluan.
26 Jan 2020:
- KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.
27 Jan 2020:
- KKM telah mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
- Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.
28 Jan 2020:
- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.
29 Jan 2020:
- KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.
30 Jan 2020:
- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.
- Jawatankuasa itu diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
- Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.
31 Jan 2020:
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.
1 Feb 2020:
- Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.
- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.
4 Feb 2020:
- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Jan.
- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi membabitkan seorang lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 18 Jan.
- Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan novel koronavirus 2019.
5 Feb 2020:
- Sejumlah 74 orang telah dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV dan daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.
- Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.
6 Feb 2020:
- Seorang wanita rakyat Malaysia, yang merupakan kes pertama jangkitan tempatan, dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah individu positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.
7 Feb 2020:
- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan seorang pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan.
8 Feb 2020:
- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadikan individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 16 kes.
9 Feb 2020:
- Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 17 kes. Wanita itu merupakan ibu mertua dalam kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Feb, iaitu kes kesembilan.
10 Feb 2020:
- Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Feb.
11 Feb 2020:
- Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.
12 Feb 2020:
- KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi bagi novel koronavirus 2019.
- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.
13 Feb 2020:
- Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu itu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.
14 Feb 2020:
- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 22. Tiga kes terbaru itu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.
27 Feb 2020:
- Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.
28 Feb 2020:
- Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga lagi, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif setakat ini 25 orang, dengan 22 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
- Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia sementara kes ke-25 ialah seorang lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.
1 Mac 2020:
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.
- Kes ke-26 merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari, kes ke-27 merupakan seorang jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 merupakan seorang lelaki berusia 45, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula melibatkan wanita berusia 35 tahun yang telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Feb.
3 Mac 2020:
- Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tujuh lagi kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Feb.
4 Mac 2020:
- Terdapat 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 merupakan kontak rapat bagi kes ke-26.
5 Mac 2020:
- Lima lagi individu disahkan positif COVID-19 dengan kesemua mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu ialah 55.
6 Mac 2020:
- Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif ialah 83 kes.
7 Mac 2020:
- Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif ialah 93.
8 Mac 2020:
- Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 ialah 99 kes. Kesemua kes terdiri daripada kontak rapat kluster kes ke-26.
9 Mac 2020:
- Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101, melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.
10 Mac 2020:
- Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini ialah 129. Kes positif itu melibatkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.
11 Mac 2020:
- Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.
12 Mac 2020:
- Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara-negara selain China.
- Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik adalah tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit merupakan antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lepas.
13 Mac 2020:
- Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes terkini itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan diberikan rawatan anti-viral.
14 Mac 2020:
- Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 238. Kesemua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.
15 Mac 2020:
- Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
16 Mac 2020:
- Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 16 2020
![Kronologi COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Mac 2020 Kronologi COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Mac 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584253628_Covid.jpg)
Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553.
![Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738975701_HarryMaguire.jpg)
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
![Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25 Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738975632_jemputisteribalik.jpg)
Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.
![Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738978105_sultanpahang.jpg)
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
AWANI Pagi: Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temu bual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738682250_DonaldTrump.jpg)
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut bilangan ejen yang akan dipecat dan bila pemecatan akan dibuat.
![ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738971216_TomokoAkane.jpg)
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Tindakan tersebut mengancam kebebasan dan peranan penting mahkamah dalam menegakkan keadilan kepada mangsa kekejaman global.
![Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738977452_sultanpahang.jpg)
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai produk tarikan pelancongan.
![[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh [KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738334981_nisanaceh.jpg)
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738970885_tbhostages.jpg)
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
![Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725703233_durian.jpg)
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732314016_TBChinaflag.jpg)
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
![Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738714681_tbGobindSinghDeo.jpg)
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
![China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738661404_TBGoogle.jpg)
China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.
![China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737762296_USChinaFlagGen.jpg)
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
![Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738565041_tbJoseRaulMulino.jpg)
Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden
Kerajaan Panama tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman dengan China berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan, kata Presiden Jose Raul Mulino.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726743122_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.