Berikut adalah kronologi dan fakta pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo, Phang Li Koon:
* Lim dan Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town atas pertuduhan rasuah. Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
* Kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 60 Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) yang memberi kuasa kepada pendakwaan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
* Lim menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
* Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
* Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.
* Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
* Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).
* Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015.
* Pertuduhan kedua itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan terhadap bekas pemilik banglo itu Phang ialah mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
* Phang, 44, dituduh bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.
* Lim dan Phang mengaku tidak bersalah dan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azmi Ariffin membenarkan Lim diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu dan pasportnya disimpannya sendiri tetapi dengan syarat tambahan iaitu beliau dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara dan mahkamah dua hari sebelum ke luar negara.
Phang pula dibenarkan diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa sebarang syarat tambahan.
* Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Beliau dibantu oleh enam Timbalan Pendakwa Raya iaitu Masri Mohd Daud, Mohd Dusuki Mokhtar, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashrof Adrin Kamarul, Mohd Zain Ibrahim dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor.
* Lim diwakili barisan peguam bela Gobind Singh Deo yang dibantu lima peguam, Ramkarpal Singh, RSN Rayer, M.Manoharan, P.Subramaniam, dan M.Kulasegaran.
* Phang diwakili peguam Datuk K.Kumaraendran, K. Dave Kumaraendran, Raj Shankar dan Cheetan Jethawani.
* Mahkamah menetapkan 22 Sept ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapatkan dokumen berkenaan.
* Lim dan Phang membayar wang jaminan masing-masing.
Bernama
Thu Jun 30 2016

Lim (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town untuk didakwa atas tuduhan bersabit kes jual-beli sebuah banglo. -Gambar fail/Bernama

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.

Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.

Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.

Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.

Ketua Menteri P.Pinang saman Tan Kok Ping berhubung kenyataan jual tanah
Chow berkata tindakan saman fitnah itu diputuskan susulan tiada percubaan oleh Tan untuk meminta maaf atau menarik balik kenyataannya.

Chow elak main politik, fokus beri perkhidmatan kepada rakyat
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjelaskan beliau mengelak daripada bermain politik yang keterlaluan sepanjang 37 tahun menjadi ahli DAP.

Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow
Penganjur Konsert Viral Lagu Tik Tok bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan susulan bantahan.

Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang
Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua selepas memenangi kerusi DUN Padang Kota pada PRN yang berlangsung semalam.

PRN: Ketua Menteri P.Pinang pertahan kerusi Padang Kota
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

PRN: Chow Kon Yeow calon Ketua Menteri Pulau Pinang - DAP
Pengerusi PH, Anwar Ibrahim merestui keputusan DAP namakan Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua.