BERIKUT kronologi insiden melibatkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk yang terhempas dan mendarat cemas sejak 1991.
* 22 Okt 1991 -- Jurulatih penerbangan terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dikendalikannya terhempas di Kepala Batas, Kedah.
* 27 Feb 1992 -- Dua juruterbang terselamat semasa pesawat Pilatus PC-7 yang mereka naiki mendarat cemas di Padang Sekolah Menengah Sanglang, Kedah.
* 11 Julai 1993 -- Juruterbang terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dikendalikannya terhempas dalam sawah padi Kampung Cemumar, Perlis.
*13 Okt 1993 -- Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat ringan Cessna 402 yang mereka naiki terhempas di Kampung Seputeh dekat Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur.
* 15 April 1996 -- Pesawat Aermacchi MB-339 milik TUDM terhempas kira-kira 30 batu nautika dari Pantai Mersing, Johor, berhampiran dengan Pulau Yu. Juruterbang terselamat.
* 17 April 1996 -- Juruterbang pesawat pejuang F-5E terselamat apabila pesawat itu terbakar dan merempuh halangan keselamatan di penghujung landasan Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
* 18 Jun 1996 -- Pesawat Hawk 108 terhempas ketika membuat penerbangan latihan dekat Pangkalan TUDM, Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.
* 23 Julai 1996 -- Pesawat pejuang Hawk terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan, Labuan. Dua juruterbang terselamat.
* 3 Sept 1998 -- Pesawat MiG-29N yang berpangkalan di Kuantan terhempas di selatan Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, kira-kira 6.4km dari pangkalannya, tetapi juruterbangnya terselamat.
* 10 Sept 1998 -- Juruterbang terkorban apabila pesawat latihan Hawk 208 dikendalikannya terhempas di Kuala Betis, Gua Musang, kira-kira 200km dari Kota Bharu, Kelantan.
* 24 Mei 1999 -- Pesawat Caribou terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, menyebabkan semua lima orang di dalamnya terbunuh.
* 2 Okt 2000 -- Pesawat pejuang Hawk 108 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.
* 10 April 2001 -- Juruterbang pelatih maut setelah pesawat Pilatus PC-7 yang dikendalikannya terhempas di sawah berhampiran Kampung Kepala Parit, Kedah.
* 23 Jan 2002 -- Pesawat Aermacchi MB-339 terhempas di kawasan hutan Tasik Kenering berhampiran Empangan Air Kala di Gerik, Perak. Dua juruterbang terselamat.
* 12 Ogos 2003 -- Juruterbang pelatih wanita terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-& yang dikendalikannya terhempas di sebuah kebun getah dekat Kampung Lembah Keriang di Sintok, dekat Jitra, Kedah.
* 18 Dis 2003 -- Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.
* 27 Mei 2004 -- Juruterbang pelatih terbunuh apabila pesawat latihan Pilatus PC-7 terhempas berhampiran Kampung Padang Gelanggang, Sanglang, Kedah.
* 9 Nov 2004 -- Pesawat MiG-29N terhempas di ladang kelapa sawit Ketengah Perwira, Kemaman, Terengganu. Juruterbang terselamat.
* 16 Dis 2004 -- Juruterbang pelatih dan jurulatihnya terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia, Kepala Batas, Kedah, terhempas.
* 23 Jun 2005 -- Jet pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, Labuan, mengorbankan juruterbangnya.
* 11 Mei 2006 -- Pesawat latihan Pilatus PC-7 milik TUDM terhempas di kawasan sawah di Kampung Ujung Padang, Kedah. Dua juruterbang terselamat.
* 4 Mei 2007 -- Pesawat Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.
* 11 Sept 2009 -- Pesawat Pilatus PC-7 Mark II terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Dua juruterbang terbunuh.
*25 Mac 2010 -- Juruterbang terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dikendalikannya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah.
* 26 Feb 2016 -- Pesawat CN235 mendarat cemas di pesisir pantai Kuala Selangor berikutan kerosakan enjin. Kesemua lapan anak kapal terselamat dengan bantuan nelayan.
* 17 Mei 2016 -- Jurulatih dan pelatih terselamat selepas pesawat latihan Aermacchi MB-339CM terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Serum, Pekan, Pahang.
* 4 Okt 2016 -- Helikopter Nuri terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah. Sebanyak 14 anggota tentera cedera.
* 21 Dis 2016 -- Juruterbang maut manakala tiga lagi cedera apabila pesawat Beechcraft B200T yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.
* 15 Jun 2017 -- Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Chukai, Terengganu. Dua juruterbang maut dalam kejadian berkenaan.
* 16 November 2021 -- Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth. Seorang terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian itu.
*Sumber: Bernama dan Astro AWANI
Astro Awani
Tue Nov 16 2021
![Kronologi nahas pesawat TUDM sejak 1991 Kronologi nahas pesawat TUDM sejak 1991](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-06/51497510197_HawkMKpesawat.jpg)
Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth pada 16 November 2021. Seorang maut manakala seorang cedera dalam kejadian itu. - Gambar fail/ TUDM
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Ada banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Kerajaan MADANI tidak pinggir mana-mana kaum
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
![Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739606304_SaifuddinNasutionI.jpg)
Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.
![TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739180923_TBtudm.jpg)
TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan 67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738982410_TBSesimenembakPLKN.jpg)
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
![Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687699001_TBTUDMLOGOjpg.jpg)
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
![Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730735843_TBANWAR.jpg)
Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar
Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.
![56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam 56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730231794_TUDMPaskauATMM.jpg)
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
![TUDM nafi dentuman kuat di Ipoh berpunca daripada 'sonic boom' TUDM nafi dentuman kuat di Ipoh berpunca daripada 'sonic boom'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687699001_TBTUDMLOGOjpg.jpg)
TUDM nafi dentuman kuat di Ipoh berpunca daripada 'sonic boom'
TUDM menafikan bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh, Perak pagi semalam berpunca daripada dentuman sonik.
![Kuwait beri reaksi positif Malaysia beli pesawat tempur Hornet untuk TUDM Kuwait beri reaksi positif Malaysia beli pesawat tempur Hornet untuk TUDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728627483_tbATMKhaledNordin.jpg)
Kuwait beri reaksi positif Malaysia beli pesawat tempur Hornet untuk TUDM
Kerajaan Kuwait memberi maklum balas positif berhubung hasrat Malaysia dalam perolehan pesawat tempur jenis F/A-18 Legacy Hornet milik tentera udara negara Timur Tengah itu.
![Perolehan 18 pesawat FA-50M ikut jadual, dua simulator akan dibangun - Mohamed Khaled Perolehan 18 pesawat FA-50M ikut jadual, dua simulator akan dibangun - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726191545_KhaledNordin.jpg)
Perolehan 18 pesawat FA-50M ikut jadual, dua simulator akan dibangun - Mohamed Khaled
Tahap kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M milik Malaysia telah mencapai 39 peratus ketika ini.
![Yang di-Pertuan Agong puas hati persiapan sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi Yang di-Pertuan Agong puas hati persiapan sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724835347_FahmiFadzil.jpg)
Yang di-Pertuan Agong puas hati persiapan sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berpuas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.