Program 'Dialog PM Bersama NGO' dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi tadi di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Program itu dianjurkan bertujuan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merungkaikan segala persoalan rakyat termasuk menjawab pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada beliau bersama wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Ia adalah program anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) dan turut menggunakan hashtag #Nothing2Hide dalam promosinya.

Tun Mahathir
Tun Mahathir ketika memberikan ucapan pada program 'Dialog PM Bersama NGO'. -Foto BERNAMA

Berikut adalah kronologi apa yang berlaku pagi tadi:

8.53: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan pembatalan dialog atas alasan keselamatan menerusi laman twitternya.


8.55: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir tiba di PWTC. Terus berada di bilik Seroja bagi menantikan program dialog bermula.

9.30: Pengacara majlis mengumumkan pihak media hanya dibenar mengambil gambar ketibaan tetamu kehormat.

10.10: Pengacara majlis umum pihak urusetia sedang berunding dengan pihak PDRM untuk meneruskan acara walaupun arahan pembatalan telah dikeluarkan Ketua Polis Negara.


10.15: Pengacara majlis mengumumkan penangguhan sesi dialog.

10.26: Tun Dr. Mahathir masuk ke dalam dewan.


Tun M
Tun Mahathir ketika tiba di pentas utama program 'Dialog PM Bersama NGO' -Foto BERNAMA

10.30: Pengacara majlis mempersilakan Dr Mahathir memberi ucapan


Tun Mahathir
Ketika pihak PDRM mengarah Tun Mahathir agar berhenti berucap. -Foto BERNAMA

10.37: Tun Dr Mahathir diminta menghentikan ucapan oleh pihak PDRM dengan penuh berhemah.


10.42: Tun Dr Mahathir ditemubual pihak media


11.00: Tun Dr Mahathir beredar dari dewan


11.30: Sidang media Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat


11.41: Sidang media SukaGuam tamat

12.30: Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri berhubung penangguhan dialog atas arahan Ketua Polis Negara.

17:00: Dalam satu sidang media, Khalid menafikan menerima arahan daripada Perdana Menteri untuk membatalkan program 'Dialog PM bersama NGO'.

17:30: Khairul tidak menjawab panggilan dan mesej wartawan Astro AWANI yang mahukan penjelasan tentang beberapa isu seperti gambar kad undangan Tun Mahathir yang tersebar di media sosial.