1 Mac
PetroSaudi International menafikan sebuah laporan yang mendakwa kesemua wang yang diperuntukkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan kepada syarikat itu.
Dipercayai PetroSaudi - sebuah syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi - merujuk kepada artikel yang disiarkan Sarawak Report berjudul “Heist of the Century — How Jho Low Used PetroSaudi As ‘A Front’ To Siphon Billions Out Of 1MDB!” pada 28 Februari.
6 Mac
Sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
Pasukan tersebut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
3 Julai
The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report menerbitkan laporan mendakwa dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
4 Julai
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak berkuasa pada 3 Julai menyiasat pejabat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri dan memperoleh sejumlah dokumen yang berkaitan.
Serbuan ke atas SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd itu dilakukan oleh sebuah kumpulan penyiasat pasukan petugas khas yang turut dianggotai oleh SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Abdul Gani juga mengesahkan bahawa pasukan khas itu telah memulakan siasatan berhubung isu 1MDB dan menyerahkan kepada beliau beberapa dokumen untuk disemak termasuk dokumen yang berkaitan dengan dakwaan penyaluran dana ke akaun Perdana Menteri.
28 Julai
Perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Dalam satu kenyataan, Dr Ali berkata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
29 Julai
Lima panel bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu kenyataan bersama, mahu Pasukan Petugas Khas yang menjalankan siasatan berhubung isu 1MDB diberikan ruang menjalankan siasatan tanpa rasa gentar atau takut dengan campur tangan pihak berkepentingan.
Mereka menggesa agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas, perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali,
Pengerusi lima panel bebas ini terdiri daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang (Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah), Tan Sri Hamid Bugo (Panel Penilaian Operasi), Tan Sri Wilson Baya Dandot (Jawatankuasa Aduan) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah).
30 Julai
SPRM menafikan pegawai kanannya terbabit dengan konspirasi menjatuhkan kerajaan.
Suruhanjaya itu berkata tindakan yang diambil oleh pegawainya adalah jelas bagi menjalankan tugas mereka sebagai pegawai SPRM.
1 Ogos
Polis menahan tiga individu bagi siasatan berhubung skandal rasuah 1MDB. Salah seorang daripadanya adalah lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat SPRM, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara, dan orang ketiga adalah Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.
Polis menyerbu pejabat Ahmad Sazilee dan merampas sejumlah dokumen berkaitan 1MDB serta komputer riba.
3 Ogos
Dalam satu kenyataan media, SPRM memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib adalah dana sumbangan penderma dan bukannya dari 1MDB.
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin yakin, kebocoran dokumen mengenai siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti milik 1MDB tidak melibatkan pihaknya.
Beliau percaya, dokumen yang dibocorkan itu diterbitkan semula pihak tertentu.
4 Ogos
Kira-kira 100 kakitangan SPRM menyertai solat hajat anjuran suruhanjaya itu di bangunan pentadbiran SPRM Putrajaya.
Majlis Solat Hajat Perdana SPRM dibuat bagi memohon supaya institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.
Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.
5 Ogos
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed disahkan bercuti sehingga minggu hadapan.
Pada sebelah petang, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan berjumlah RM 2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaunnya.
SPRM juga mendedahkan bahawa penderma dana berkenaan berasal dari Timur Tengah, tetapi tidak memberikan identiti penderma.
Dalam satu kenyataan media, SPRM menjelaskan mengapa ia membuat kenyataan media pada 3 Ogos tanpa penglibatan Pasukan Petugas Khas. Suruhanjaya itu menjelaskan bahawa ia telah dinasihatkan oleh Peguam Negara, bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. Ini kerana, empat agensi berkenaan akan mengadakan siasatan secara berasingan dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara.
Isu SRC International melibatkan dana RM4 bilion juga masih dalam siasatan agensi berkenaan dan ia adalah siasatan berasingan dengan dana RM2.6 bilion.
Dalam pada itu, dua pegawai SPRM yang pernah dipanggil polis sebelum ini ditahan selepas memberi keterangan di IPD Putrajaya.
Kedua-duanya dibawa ke ibu pejabat SPRM untuk proses geledah maklumat oleh polis.
7 Ogos
Dua pegawai kanan SPRM dipindahkan keluar daripada mengendalikan kes berprofil tinggi.
Sumber memberitahu Astro AWANI, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rozaid Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Astro Awani
Wed Aug 05 2015

Kronologi siasatan mengenai skandal 1MDB oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bermula 29 Julai.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.