Malaysia dan beberapa negara lain yang terlibat berusaha keras untuk menuntut keadilan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.
Insiden yang mencetuskan kecaman antarabangsa itu mengorbankan kesemua 280 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 berkenaan.
Pesawat komersial tersebut dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur berada pada ketinggian 30,000 kaki sebelum ia ditembak jatuh dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Kerajaan Rusia dan Ukraine menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.
Insiden berkenaan mengorbankan warganegara Belanda (193), Malaysia (43), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga) dan masing-masing satu dari Kanada dan New Zealand.
Pesawat itu dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat, 18 Julai.
Tragedi itu merupakan satu lagi insiden yang mengejutkan negara selepas empat bulan kehilangan pesawat MH370, pada 8 Mac. Berikut adalah kronologi MH17:
* 17 Julai, 2014 - 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.
- 10.15 malam (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia menerima makluman daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT), di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
- Berita antarabangsa melaporkan penemuan bangkai pesawat berhampiran perkampungan Grobovo, Ukraine di wilayah dikuasai pemberontak berhampiran sempadan Rusia apabila imej menunjukkan bangkai pesawat, mayat dan barangan peribadi bertaburan sejauh beberapa kilometer.
* 18 Julai 2014 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan siasatan segera berhubung tragedi itu.
- Masyarakat antarabangsa menggesa siasatan antarabangsa yang menyeluruh dan telus dibuat serta melaksanakan'gencatan senjata segera' di Ukraine.
* 19 Julai 2014 - Pasukan siasatan khas Malaysia membabitkan 131 anggota tiba di Kiev, Ukraine.
- Pasukan siasatan antarabangsa termasuk dari Malaysia tidak dibenar memasuki kawasan nahas ekoran perang saudara yang menyebabkan pertempuran sengit antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.
- MAS mengeluarkan senarai penuh nama penumpang.
* 21 Julai 2014 - 12 anggota pasukan perunding Malaysia diketuai Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lt Kol Mohd Sukri Hussain memperoleh kotak hitam MH17 dan jasad mangsa selepas tiga hari berunding dengan ketua pemisah pro-Rusia Alexander Borodai di Donestk, Ukraine.
- Kotak hitam itu kemudian dihantar ke Netherlands dan kemudian ke Farnborough, barat daya London untuk pemeriksaan data penerbangan.
- Jasad mangsa diterbangkan ke Eindhoven, Netherlands untuk proses Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) dan siasatan jenayah.
* 23 Julai 2014 - Malaysia mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat pesawat MAS MH17.
- Najib ketika membentangkan usul tragedi pesawat MH17, menzahirkan kekecewaan dan kemarahan Malaysia terhadap pihak yang tidak menghormati lokasi kemalangan sebagai zon larangan dan kelewatan mengeluarkan mayat.
* 1 Ogos 2014 - Najib tiba di Amsterdam.
- Malaysia dan Belanda menggesa pertempuran dihentikan di kawasan nahas.
* 22 Ogos 2014 - Hari Perkabungan Negara diadakan di Malaysia yang mengadakan upacara khas bagi memberi penghormatan kepada 20 mangsa tragedi MH17 apabila jenazah mangsa dibawa pulang ke tanah air.
* 9 Sept 2014 - Laporan siasatan awal nahas dikeluarkan pihak berkuasa Belanda.
- Ia membuat kesimpulan pesawat dan anak-anak kapal tidak menghantar isyarat kecemasan dan tidak melaporkan sebarang kegagalan teknikal pesawat.
- Pemerhatian terhadap kerosakan mendapati terdapat kesan objek bertenaga tinggi yang menembusi pesawat dari luar.
* 1 Dis 2014 - Malaysia diterima sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama MH17 yang tertumpu kepada siasatan jenayah susulan penembakan pesawat itu.
- Sebahagian daripada bangkai MH17 diangkut dengan trak dari Ukraine, penyiasat memulakan penandaan dan pemasangan semula bahagian pesawat.
* 18 Feb 2015 - Draf resolusi terbaharu Majlis Keselamatan mengenai keadaan di Ukraine mengulangi semula desakannya bagi kebertanggungjawaban pihak yang menembak pesawat Penerbangan MH17.
* 19 Mei 2015 - Pasukan penyiasatan antarabangsa Lembaga Keselamatan Belanda kini memberi fokus terhadap analisis berhubung kesahihan fakta yang dibekalkan media berhubung kelengahan dalam penyiasatan nahas pesawat MH17.
*10 Julai 2015 - Malaysia menerima laporan hasil siasatan terhadap nahas udara pesawat MH17 daripada pihak berkuasa Belanda.
- Kerajaan memerlukan masa kira-kira 60 hari bagi meneliti laporan itu secara menyeluruh dan terperinci sebelum mengemukakan maklum balas kepada pihak berkuasa Belanda.
* 11 Julai 2015 - Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17.
* 14 Julai - Negara-negara yang menjalankan siasatan jenayah bebas terhadap nahas MH17 menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu yang mengorbankan 298 nyawa.
- Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine berpendapat tribunal jenayah bebas yang ditubuhkan oleh majlis itu, mencerminkan standard antarabangsa tertinggi, akan menjadi medan terbaik bagi memastikan keadilan untuk mangsa dan orang tersayang.
* 30 Julai - Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalang cadangan lima negara, yang dirintis Malaysia, untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.
* 24 Ogos 2015 - Malaysia menyerahkan maklum balas berkaitan laporan nahas pesawat MH17 kepada pasukan penyiasat Belanda, menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
* 13 Ogos 2015 - Malaysia menerima laporan akhir nahas MH17 yang disediakan jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat tragedi itu.
Bernama
Wed Oct 14 2015

Insiden yang mencetuskan kecaman antarabangsa itu mengorbankan kesemua 280 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 berkenaan.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Zahid dedah bersarapan, melawat Najib di penjara
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Penjara Kajang baru-baru ini.

Pemilihan PKR 2022: Bukti parti tidak pernah ketandusan pemimpin muda - Mohd Najwan
Perubahan serta pembaharuan kepimpinan parti itu membuktikan bahawa anggota parti menaruh kepercayaan terutamanya kepada generasi muda.

PRU15: Apa yang perlu Keadilan lakukan - Nik Nazmi
Hanya dengan matlamat dan azam yang betul kita akan dapat mengembalikan keyakinan kepada rakyat.

PRN Sarawak: Anwar seru sokong PH, perjuang isu asas rakyat
Ini kerana dakwa beliau, hanya parti pembangkang yang lantang memperjuangkan kepayahan rakyat termasuk di Parlimen.

"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta.

Pindaan had umur pengundi ke 18 tahun, pemimpin muda parti politik tuntut penjelasan SPR
Gesaan itu disuarakan dalam satu surat terbuka oleh barisan pemimpin muda parti-parti politik Malaysia pada Rabu.

Tindakan MB Kedah batal cuti Thaipusam untuk puaskan agenda sendiri, dakwa pemimpin PKR
Timbalan Pengarah Strategi Keadilan Ramanan Ramakrishnan berkata, ia merupakan sifat angkuh dan tidak hormat agama dan tradisi agama lain.

Pemimpin muda bersifat 'fluid', mudah duduk berunding - AMK
Anak muda bersikap lebih fleksibel dan mudah untuk dilentur berbanding pemimpin senior yang dilihat lebih sukar untuk berunding.