Kementerian Sumber Manusia (KSM) bercadang untuk mewujudkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahfiz pada masa depan bagi meningkatkan ilmu kemahiran pelajar institusi berkenaan pada masa depan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata dengan wujudnya sijil itu kelak, ia dilihat akan lebih membuka pelbagai peluang pekerjaan kepada para pelajar aliran tahfiz.
"Sekarang ini, apabila pelajar aliran tahfiz tamat pengajian, mereka hanya ada sijil pendidikan daripada institusi itu. Namun dengan wujudnya SKM Tahfiz ini, mereka bukan sahaja ada kemahiran menghafal Al-Quran tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang lain.
"Setakat ini, saya sudah bertemu lebih daripada 70 pengusaha pusat tahfiz di Kedah. Saya kemukakan cadangan itu kepada mereka dan nampaknya mereka sangat terbuka dalam melihat masa depan lebih cerah kepada pelajar tahfiz. Saya harap Kedah akan menjadi perintis kepada usaha ini nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Persijilan Profesional Modular (Keselamatan Siber) di sini, pada Isnin.
Turut hadir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Tan Sri Dr Ts. Ahmad Zaidee Laidin dan Ketua Setiausaha KSM, Datuk Amir Omar.
Mahfuz berkata usaha mewujudkan SKM Tahfiz juga membawa objektif sama dengan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz yang diperkenalkan sebelum ini bagi memastikan pelajar institusi itu memperoleh sijil TVET.
"Jadi langkah pertama (dalam mewujudkan SKM Tahfiz) adalah dengan menaik taraf pengurusan pusat tahfiz dan tenaga pengajarnya perlu melalui kursus yang melibatkan kaedah pengajaran dan pengurusan berkaitan TVET," katanya.
Terdahulu pada majlis itu, MBOT bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan CyberSecurity Malaysia mengadakan kerjasama strategik untuk membangunkan program persijilan berkenaan.
Program itu merupakan inisiatif untuk menambah golongan berpengetahuan dalam pelbagai kemahiran berkaitan bidang keselamatan siber.
Pada majlis itu juga, 14 memorandum persefahaman bertukar tangan antara pihak MBOT dengan wakil instituti pengajian tinggi (IPT) sebagai jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak berkenaan.
Antara 14 IPT terlibat adalah Perdana University, Taylor University, Instituition of Civil Engineers, Centre of Applied Data Science dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019

Mahfuz berkata usaha mewujudkan SKM Tahfiz juga membawa objektif sama dengan program TVET Tahfiz. - Gambar hiasan

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
AWANI Ringkas: Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.

Terokai peluang peningkatan kemahiran, laluan kerjaya baharu di platform MyMAHIR
MyMAHIR akan memberikan huraian kerja, kemahiran asas dan khusus yang diperlukan bagi jawatan yang dipilih.

Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar - Mustapha
Usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024.

UTMSPACE akan tawar program TVET Termaju - CEO UTMSPACE
UTMSPACE akan tawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Termaju.

MITRA pertingkat program pemantapan ilmu, kemahiran - Ramanan
MITRA sedang berusaha untuk merancakkan program yang mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.

Kursus dalam aliran bukan sains akan diubah bagi beri keterampilan kemahiran - Ahmad Zahid
Perkara itu jadi keutamaan kerana terdapat 1,344 institusi TVET di seluruh negara dengan 12 kementerian mengendalikan soal pendidikan itu.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kewujudan AI, bukan halangan kepada prospek kerja belia - Kajian
Biarpun kewujudan kecerdasan buatan (AI) sering kali dilihat sebagai ancaman terhadap manusia dalam pekerjaan, golongan belia tetap optimis terhadap masa depan pekerjaan mereka.

Belia Orang Asli perlu rebut peluang tingkat kemahiran dalam TVET
Tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi harus menjadi tonggak utama dalam diri belia Orang Asli agar seiring kehendak semasa.

TVET JELITA sasar penyertaan 150,000 wanita menjelang 2026 - Ahmad Zahid
Walaupun sasaran awalnya 15,000 peserta, sehingga kini program itu sudah menerima 7,000 permohonan dengan 10 bidang kemahiran ditawarkan.