Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan rasa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhadiran ke tempat kerja untuk tempoh masa yang begitu lama.
Beliau berkata mengikut laporan yang diterima dari Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, ada beberapa pegawai baharu yang menjalani latihan gagal hadir ke tempat kerja untuk tempoh masa lama sehingga mencecah ratusan hari dipercayai kerana tidak dapat menerima tekanan di tempat kerja.
Katanya, perkara ini perlu ditangani secara baik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kementerian itu berikutan ia boleh memberikan kesan terhadap nama baik profesionalisme pengamal perubatan dan imej negara.
"Mungkin tekanan kerja, bila datang keadaan kehidupan sebenar, mungkin ada yang tidak boleh ambil tugas yang seberat begitu yang mana pengamal perubatan lain mengamalkannya sejak Merdeka lagi," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.
Ali berkata pegawai perubatan yang gemar 'hilang' dari tugas, harus sedar atas pengorbanan ibu bapa mereka yang terpaksa berbelanja ratusan ribu ringgit bagi membiayai kos pengajian mereka.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis amanat kepada warga kerja HTAR, beliau berkata kadar buang kerja melibatkan penjawat awam di sektor perubatan adalah antara yang tertinggi di Malaysia.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mempunyai bilangan pegawai perubatan yang dibuang kerja dan akan mendapatkan maklumat terperinci daripada JPA dalam masa terdekat.
Mengenai dakwaan negara ini mempunyai terlalu ramai penjawat awam berbanding negara lain, Ali berkata perbandingan itu tidak tepat kerana definisi perkhidmatan awam di setiap negara berbeza.
Beliau berkata terdapat bilangan penjawat awam yang ramai di negara ini disebabkan Malaysia mengiktiraf perkhidmatan kritikal dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai perkhidmatan awam berbanding negara lain yang melakukan sebaliknya.
Awal bulan ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dilapor berkata, terdapat seorang penjawat awam kepada setiap 19.37 orang di negara ini.
Media melaporkan nisbah penjawat awam kepada penduduk di negara lain seperti Singapura ialah 1:71.4 orang, Indonesia 1:110 orang, Korea 01:50 orang, China 1:108 orang, Jepun 1:28 orang, Rusia 1:84 orang dan United Kingdom 1:118 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017

Dr Ali kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang dibuang kerja kerana tidak hadir untuk tempoh yang lama. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Doktor pelatih perlu lebih bersedia hadapi tekanan di tempat kerja
Situasi cemas dan sanggup mengorbankan waktu cuti adalah antara cabaran yang perlu dihadapi golongan muda dalam kerjaya pegawai perubatan, kata Presiden Perdim Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail.

Tidak tahan tekanan antara sebab doktor pelatih berhenti kerja
Dr Hilmi mendedahkan 120 orang daripada kira-kira 10,000 doktor pelatih di negara ini dilaporkan berhenti secara sukarela atau diberhentikan daripada perkhidmatan awam itu tahun lalu.

KSN kesal dengan isu ketidakhadiran pegawai perubatan ke tempat kerja
Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan rasa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhadiran ke tempat kerja untuk tempoh yang lama.