Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung aduan pengguna terhadap perkhidmatan syarikat berkenaan.
Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata tiga perkara utama dikenal pasti menjadi permasalahan kepada pelanggan perkhidmatan KTMB termasuk transaksi yang tidak berjaya tetapi dikenakan caj.
"(Kedua adalah) pemulangan wang yang lama (lambat) bagi transaksi yang tidak berjaya dan (ketiga adalah) kesukaran mengakses sistem tiket dalam talian KTMB yang tidak mesra pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak KTMB mencari jalan penyelesaian segera berhubung aduan pengguna mengenai perkhidmatannya.
Dalam catatan di laman Facebook rasmi beliau, Najib berkata antara komen dan maklum balas pengguna adalah mengenai Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket dalam talian.
Perdana menteri turut meminta SPAD supaya memantau dan melaporkan terus kepada beliau secepat mungkin.
Nawawi berkata KTMB telah menubuhkan unit khas bagi membincangkan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan sistem pembelian tiket dalam talian dipantau secara terperinci.
Menurutnya rekod transaksi tiket dalam talian menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 90 peratus tahun lepas berbanding pada 2015 sehingga beberapa inisiatif diambil untuk memastikan perkhidmatan dalam talian itu terus berfungsi dengan baik.
"Antaranya dengan menambah satu talian internet khas e-tiket secepat mungkin, meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet daripada 14mb kepada 30mb bermula Isnin lepas dan menaik taraf sistem infrastruktur dan pangkalan data bagi sistem tiket pada 10 Jan lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017
NAWAWI: KTMB dan SPAD telah mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung aduan pengguna terhadap perkhidmatan syarikat itu. - Gambar fail
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
Kanak-kanak lelaki 11 tahun ditemukan lemas di Sungai Kelantan - Bomba
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di Sungai Kelantan, Pasir Pekan, tengah hari tadi.
PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tanah jerlus Masjid India: Polis saran peniaga tutup sementara, elak risiko gas beracun
Peniaga di Jalan Masjid India disaran menutup premis perniagaan masing-masing buat sementara waktu, bagi mengelak risiko terhidu gas beracun.
Masih terlalu awal buat kesimpulan BN bergerak solo - Mohamad Hasan
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Taufan Shanshan dijangka landa Jepun 27 Ogos
Taufan kuat dijangka menghampiri bahagian barat dan timur Jepun dari Selasa hingga Rabu, dengan pengendali kereta api laju shinkansen memberi amaran mengenai kemungkinan gangguan perkhidmatan.
Final Piala FA JDT lawan Selangor: Polis pantau provokasi di stadium, media sosial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau penyokong yang cuba menimbulkan provokasi menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, termasuk di media sosial.
Ada kemajuan dalam rundingan gencatan senjata Israel-Hamas
Amerika Syarikat memaklumkan ada perkembangan positif dalam rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang melibatkan Israel, Mesir dan Qatar, namun tidak melibatkan wakil Hamas.
Bekas menteri yakin cukup jumlah untuk bertanding pemilihan PM Jepun
Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba yakin mampu menarik sokongan mencukupi untuk layak bertanding dalam pemilihan kepimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) seterusnya menjadi Perdana Menteri Jepun.
JDT, Selangor bakal sajikan pertembungan epik malam ini
Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC bakal menambah satu lagi babak baharu dalam sejarah perseteruan mereka malam ini.
Sarawak rancang modenkan urusan beli tiket bot ekspres
Sarawak merancang untuk memodenkan urusan pembelian tiket bot ekspres kepada sistem e-tiket pada masa akan datang.