Umum mengetahui keindahan Tasik dan Wetland Putrajaya yang menjadi antara tarikan pelancong datang ke Putrajaya.
Tapi mungkin ramai yang tidak tahu, selain menjadi tempat rekreasi, tasik buatan terbesar di rantau tropika itu diiktiraf sebagai Tapak Demonstrasi Ekohidrologi dan dijadikan contoh pengurusan lembangan tasik bersepadu oleh United Nation Educational, Sceintific and Cultural Organization (UNESCO) International Hydrological Programme (IHP).
Pengurusan kawasan tadahan air bersepadu yang dipraktikkan di Tasik dan Wetland Putrajaya meletakkannya di peringkat kedua iaitu tapak demonstrasi operasi bersama tujuh tapak demonstrasi ekohidrologi lain di dunia. Ia satu-satunya tasik di Asia Tenggara yang mendapat kedudukan itu sejak dipilih pada 2010.
CABARAN TASIK DAN WETLAND PUTRAJAYA
Selama tujuh tahun di peringkat kedua, Tasik dan Wetland Putrajaya masih berdepan cabaran bagi mengekalkan kualitinya terutama daripada pencemaran yang menjadi isu utama di sini.
Ini boleh menjejaskan kedudukannya sebagai tapak demonstrasi ekohidrologi UNESCO dan melambatkan peluang sebagai tapak demontrasi ekohidrologi berstatus rujukan dunia iaitu peringkat pertama bagi tapak demontrasi di dalam program ekohidrologi UNESCO.
Buat masa ini hanya tiga buah tapak di dunia iaitu dua di Poland dan satu di Portugal yang mencapai peringkat pertama dan dianggap sebagai makmal hidup bagi keseimbangan air dan ekosistem.
Penyelaras inisiatif tapak demontrasi ekohidrologi UNESCO di Tasik dan Wetland Putrajaya, Dr Rahmah Elfitri berkata daripada lapan isu yang dibangkitkan di tapak demonstrasi global, hanya isu pencemaran dan penurunan kualiti air yang dikenalpasti sebagai satu-satunya isu utama di Tasik Putrajaya.
Beliau, yang juga Pensyarah Kanan Intitut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata masalah itu berkait rapat dengan tingkah laku manusia yang menjadi penyumbang utama dan merosakkan keseimbangan ekosistem yang ada.
Sekiranya ekosistem tasik tidak dijaga dan dipulihara dengan baik, besar kemungkinan Tasik Putrajaya juga akan berhadapan dengan isu-isu seperti di tapak demostrasi lain, katanya.
Antara yang berlaku di tapak demonstrasi lain adalah isu pengambilan air berlebihan, isu spesies invasif, isu kehilangan habitat, isu penggunaan tanah secara insentif, isu banjir, kemarau, serta kehilangan keupayaan pengekalan tumbuh-tumbuhan.
"Pencemaran yang berlaku banyak disumbangkan daripada aktiviti manusia hingga menjejaskan kualiti air yang terdapat di tasik ini. Apabila penduduk semakin bertambah, pelancong yang datang semakin ramai, pencemaran air yang masuk ke tasik pun meningkat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dahulu Tasik dan Wetland Putrajaya satu-satunya tasik di Malaysia yang kualiti airnya di kelas 1, yang mana boleh diminum terus. Tetapi sekarang ada bahagian-bahagian di tasik itu kualiti airnya menurun ke kelas dua.
Walaupun kualiti air kelas dua itu sudah memadai bagi peranannya sebagai sebuah pusat rekreasi tetapi jika tidak diatasi masalah kualiti itu dibimbangi akan bertambah teruk, katanya.
MASALAH PENCEMARAN
LESTARI yang terlibat dari awal cadangan dalam kajiannya mendapati pencemaran sampah antara yang cukup ketara di Tasik dam Wetland Putrajaya terutama di tepi-tepi tasik yang menjadi tumpuan.
Jumlah sampah biasanya bertambah berkali-kali ganda khususnya selepas sesuatu acara yang melibatkan peserta dan pengunjung dalam jumlah yang ramai.
Pada awal penyertaan sebagai tapak ekohidrologi susah untuk melihat sampah tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini masalah sampah semakin banyak terutama botol-botol minuman dan sisa makanan yang ditinggalkan, katanya.
"Memang terasa penurunannya... masalah ini berpunca daripada sikap pelawat yang boleh jadi pelancong, penduduk setempat atau masyarakat yang datang.
"Mereka datang ke tempat pelancongan dan membiarkan sampah terbiar tertinggal di situ walaupun telah ada tong sampah. Ini menunjukkan tahap kesedaran yang masih kurang dan tidak bertanggungjawab," katanya.
Perubahan warna air juga boleh dilihat dengan jelas terutama di tepi tebing kawasan yang menjadi tumpuan pelancongan.
Warnanya sudah tidak sejernih ketika awal-awal tasik dibuka kepada orang awam malah ada sebahagiannya keruh dan bertukar warna kepada coklat gelap dan hitam, katanya.
"Ia antara lain berpunca daripada aktiviti riadah dan perniagaan yang dilakukan di sini misalnya program sukan air yang sering dianjurkan.
"Bertambah buruk apabila sisa-sisa daripada kedai makan dan kerja-kerja pembangunan di kawasan sekitar yang dibawa oleh larian hujan masuk ke dalam tasik," katanya.
Menurut Rahmah Elfitri, kualiti air di sini juga dipengaruhi kualiti sumber air tasik yang datangnya sungai dari Sungai Chua dan Sungai Bisa yang telah tercemar.
Sekiranya kualiti air di kedua-dua sungai itu semakin tercemar keupayaan wetland untuk menapis air sebelum memasuki ke tasik akan terjejas dan perlu dipertingkatkan.
"Jika dapat dikurangkan penceraman air sebelum masuk ke Tasik dan Wetland Putrajaya maka hanya sedikit rawatan air diperlukan. Jika semakin tercemar maka perlu tahap keupayaan yang lebih," katanya.
Selain itu infrastruktur bangunan di Putrajaya yang kini semakin berusia (lebih daripada 15 tahun) juga menyebabkan terdapat masalah kerosakan dan kebocoran kepada sistem saliran dan perpaipan.
Ini turut memberi kesan apabila ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan sisa buangan terus masuk ke dalam tasik.
Bagaimanapun isu ini memerlukan kajian lanjut untuk mengetahui tahap pencemaran atau kesan ke atas kualiti air.
"Di sinilah peranan institusi penyelidikan seperti LESTARI diperlukan untuk megenalpasti perkara ini agar tindakan berjaga-jaga dan proaktif dapat dilakukan bagi memastikan kualiti air dan ekosistem tasik dapat dipelihara dan dipulihara dengan baik," katanya.
USAHA PERBADANAN PUTRAJAYA
Menguruskan sebuah tasik dan wetland seluas 600 hektar di tengah-tengah bandaraya bukan sesuatu yang mudah. Ekosistem buatan seperti Tasik dan Wetland Putrajaya memerlukan penyelenggaraan yang berterusan.
Istimewanya di sini konsep rawatan airnya mesra alam secara semulajadi.
Sebelum air Sungai Chua dan Sungai Bisa memasuki tasik, ia terlebih dahulu melalui siri sel wetland yang dibina di hulu kawasan tasik.
Di kawasan tasik seluas 400 hektar inilah proses-proses pembersihan air secara semulajadi melalui spesies-spesies tumbuhan air yang bertindak sebagai "buah pinggang' untuk menapis dan menyingkirkan bahan cemar khususnya nutrien nitrogen dan fosforus.
Selain berfungsi meningkatkan kualiti air, wetland juga berperanan menjaga keseimbangan habitat bagi menambahbaik kepelbagaian akuatik, serangga dan burung di dalamnya.
Perbadanan Putrajaya yang bertanggungjawab ke atas kawasan Tasik dan Wetland mengakui berlaku masalah pencemaran namun ia bersifat terpencil di lokasi inlet tertentu sahaja.
"Ia tidak memberi masalah kepada keseluruhan air tasik. Insiden sebegini biasanya berjaya dikesan di peringkat awal dan diatasi sehingga ke peringkat punca pencemaran," menurut Normaliza Noordin.
Beliau yang juga Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Ekohidrologi , Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland Perbadanan Putrajaya menjelaskan persampelan kualiti air bagi parameter fisiokimia dilaksanakan berjadual secara bulanan, dwi tahunan dan tahunan di 17 lokasi di Tasik Putrajaya.
Selain itu pemantauan biologi, aspek kehadiran organisme seni serta bekteria penyebab penyakit bawaan air dikaji dengan terperinci bagi memastikan tasik selamat digunakan.
ASPEK KEBERSIHAN JADI KEUTAMAAN
Katanya, sampah atau bahan terapung di dalam tasik dibersihkan secara berterusan untuk menjaga keindahan dan kualiti tasik.
Setiap hari tidak kurang 14 pekerja akan melakukan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh di Tasik Putrajaya. Lapan pekerja dengan empat buah bot akan melakukan kerja dari dalam kawasan tasik manakala enam lagi bekerja di darat di kawasan tebing tasik.
Konsep pengurusan bersepadu dilakukan dengan teliti daripada kerja-kerja pembersihan, kawalan rumpai air dan tumbuhan hingga ke penyelenggaraan termasuk struktur tebing, tebatan batu dan pemendakan.
Kerjasama masyarakat untuk sama-sama menjaga kebersihan dan kualiti air menjadi cabaran pihak PPj kerana kesedaran yang masih kurang.
Komuniti Putrajaya sama ada yang menginap di kuaters kerajaan, rumah persendirian mahupun pengunjung tempatan serta pelancong antarabangsa terlibat secara langsung menjaga kebersihan tasik khususnya. Begitu juga dengan peniaga dan kontraktor-kontraktor pembinaan.
"Amalan gaya hidup perlu diubah antaranya sisa makanan, sisa basuhan, minyak terpakai serta sampah sarap tidak sewenang-wenangnya dibuang ke sistem perparitan awam yang seterusnya dialirkan ke tasik.
"Komitmen menyeluruh semua pihak dapat membantu Tasik dan Wetland Putrajaya diuruskan dengan mampan dan manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi akan datang," - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2017
Selama tujuh tahun di peringkat kedua, Tasik dan Wetland Putrajaya masih berdepan cabaran bagi mengekalkan kualitinya terutama daripada pencemaran yang menjadi isu utama di sini. - Gambar fail
Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan
Penganjuran #COP29 di Baku, Azerbaijan membuka mata dunia mengenai kemampuan negara itu menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa tersebut. Adakah ia juga secara tidak langsung mengubah persepsi dunia terhadap Azerbaijan secara umumnya? #AgendaAWANI 830 mlm ini di @501Awani
COP29: Hasrat Azerbaijan terajui kepimpinan dalam isu keamanan
Penganjuran Persidangan Perubahan Iklim COP29 di Baku, membuka peluang kepada Azerbaijan untuk melibat transformasi yang mereka lakukan dalam bidang ekonomi dan isu perubahan iklim
Pendakwaan akan buktikan 13 remaja pukul pelajar kolej vokasional sebelum meninggal dunia
Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif berkata bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian adalah kecederaan dada dan tisu lembut disebabkan objek tumpul.
Malaysia tempelak negara maju
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Terbuka tapi tegas, Malaysia jadi perhatikan Global
Malaysia kini semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, hasil daripada pendirian diplomatik dan dasar perdagangan yang inklusif serta tegas.
AWANI Ringkas: Banjir | G20 | Pencarum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kemalangan | Kepenggunaan | COP29
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 19 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 November 2024
1️⃣ Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api
2️⃣ Persatuan India Muslim Johor tak naik harga makanan
3️⃣ Negara maju didesak tingkatkan pembiayaan iklim
#awaniringkas
1️⃣ Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api
2️⃣ Persatuan India Muslim Johor tak naik harga makanan
3️⃣ Negara maju didesak tingkatkan pembiayaan iklim
#awaniringkas
[TERKINI] Luruan monsoon, Kemaman mula dilanda banjir
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 12 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
PM Thailand Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck
Perdana Menteri Thailand berkata beliau tidak mengetahui sebarang rancangan untuk kepulangan ibu saudaranya yang kini hidup dalam buangan, Yingluck Shinawatra.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek