Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab hari ini meminta pihak yang terlibat dalam kejadian merosakkan batu nisan serta membakar kubur di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang di sini malam tadi segera menyerah diri kepada pihak polis.
"Saya tidak faham kenapa ada individu sanggup berbuat demikian kerana tanah perkuburan tersebut adalah tanah wakaf dan milik orang ramai dan ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Beliau berharap semua pihak termasuk penduduk kampung dan waris yang kubur keluarga mereka dirosakkan atau dibakar bertenang dan tidak mengambil tindakan mengikut emosi sebaliknya memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan.
BACA: 'Seolah-olah dirancang' - Penduduk gempar temui puluhan kubur dirosakkan, dibakar
"Saya yakin bahawa pihak polis mampu menyelesaikan kes ini," katanya kepada Bernama..
Bernama melaporkan pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut yang melibatkan 20 batu nisan dirosakkan dan dua buah kubur lagi mempunyai kesan plastik dibakar malam tadi.
Menurut polis sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2019

Keadaan salah satu kubur yang dirosakkan, dengan beberapa nisan yang dicabut. - Twitter: @fauziharmaji94
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kubur di Sibu diceroboh, dirosak
Siasatan awal mendapati batu nisan pada 11 kubur berkenaan dicabut kemudian dipercayai dihempas sehingga pecah dan patah.

Isteri berjaya loloskan diri selepas ditanam dalam kubur
Suaminya itu kemudian berjaya ditangkap pihak berkuasa dan didakwa melakukan percubaan membunuh.

Bersih kubur JWW Birch: Tiada istilah tali barut, agungkan penjajah
Semua pihak perlu bersikap lebih terbuka dalam usaha pemeliharaan warisan sejarah sedia ada.

Lelaki rosakkan batu nisan, surau jalani ujian psikiatri
Perintah itu dikeluarkan selepas suspek yang berusia 38 tahun mengaku salah terhadap dua pertuduhan melakukan khianat di kawasan perkuburan dan surau.

Lelaki pecah cermin masjid guna batu nisan dicabut dari kubur
Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan memecahkan tingkap cermin Masjid Al-Ittihad, Sg Kob, di sini, menggunakan batu nisan, pada Rabu.

Penghantar barang panik, cari pemilik bungkusan di kubur
Penghantar barang itu menunjukkan bungkusan yang perlu dihantar namun, keliru mencari alamat penerima.

Lelaki cedera dihempap pokok ketika ziarah kubur anak
Seorang lelaki cedera selepas dihempap sebatang pokok ketika menziarahi kubur anaknya di tanah perkuburan di Jalan Parit 1, Pekan Chenderong Balai, malam ini.

Guna jentera pengorek kaut gali lubang kubur jenazah COVID-19
Peningkatan jumlah pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di ibu negara mutakhir ini memaksa pasukan pengurusan pengebumian jenazah untuk menggunakan jentera pengorek kaut bagi menggali lubang kubur.

COVID-19: Isu pengendalian jenazah akan diselesaikan - Dr Noor Hisham
Ia memudahkan urusan petugas kesihatan menyempurnakan tanggungjawab terakhir kepada pesakit COVID-19 dan waris terlibat.

Tenanglah kau di negeri abadi, bingkisan pilu seorang jurugambar
Bila dan di mana serta bagaimana caranya ia berlaku hanya Allah SWT semata-mata yang Maha Mengetahui.