Polis mengenal pasti beberapa kumpulan gangster didalangi warga asing yang aktif melakukan peras ugut di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di sini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan yang dianggotai mengikut etnik dan negara asal masing-masing itu dipercayai masih bergiat aktif walaupun pihaknya sudah mengambil tindakan sebelum ini. Katanya, polis kini dalam peringkat mengumpul maklumat termasuk mengenal pasti ahli dan kegiatan dilakukan mereka sebelum mengambil tindakan susulan. “Sekarang ini kita menjalankan urusan mengindeks mereka ini iaitu mengenal pasti ahli kumpulan dan tempat mereka bersembunyi. “Kita akan membuat operasi terhadap gangsterism ini dalam masa terdekat untuk kita tangkap mereka ini supaya mereka tidak melakukan yang tidak diingini seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Program Komuniti Polis Bersama Pengusaha Pasar Borong dan Ketua Polis Kuala Lumpur siang tadi. Datuk Mazlan berkata indeks jenayah di Pasar Borong Kuala Lumpur telah menurun sebanyak 54 peratus pada tahun ini.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat. Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027 Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas. Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan Aktor Bollywood Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April.
Pelajar tingkatan lima antara 15 gengster ditahan di Pandan Indah Lima suspek yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dalam kejadian itu mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
29 suspek gengster, jenayah terancang ditahan di bawah SOSMA Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Syed Saddiq terpaksa lari, guna jalan tikus, lompat pagar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa lari, menggunakan jalan tikus dan lompat pagar seperti orang yang bersalah gara-gara diserang 200 individu yang berlagak.
Pegawai polis antara ditahan dipercayai terbabit aktiviti pemerasan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata siasatan awal mendapati, cara pemerasan yang digunakan dalam kes melibatkan pegawai yang ditahan itu, mirip kumpulan gangster.
Ketua Polis KL tidak rela mempunyai anggota terlibat dengan kongsi gelap Kumpulan kongsi gelap di sekitar ibu negara kini dikesan telah mengubah aktiviti utama mereka iaitu daripada jenayah kekerasan dan pemerasan kepada pengedaran dadah.
Ada apa dengan Pok Ya Cong Codei Pok Ya Cong Codei memberikan makna sebenar gedebe yang selama ini dianggap samseng atau gangster.
Kumpulan gangster didalangi warga asing di Pasar Borong KL dikenal pasti Polis mengenal pasti beberapa kumpulan gangster didalangi warga asing yang aktif melakukan peras ugut di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Ancaman Daish, gangsterisme, ragut antara fokus Polis KL Demikian komitmen Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim yang mahu semua warga polis kontinjen itu bersama-sama beliau memastikan misi tersebut tercapai.
Letupan bom di Bukit Bintang: Kongsi gelap bergaduh atau serangan kumpulan radikal? Persoalan 'angkara siapa' dilihat paling penting dan harus disiasat pihak berkenaan dari insiden pengeboman di Bukit Bintang.