Malaysia akan membawa pulang kumpulan kedua rakyat Malaysia dari Wuhan, China pada Selasa depan susulan penularan wabak COVID-19 di negara itu.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata terdapat kira-kira 77,000 rakyat Malaysia di China namun beliau tidak memaklumkan jumlah yang akan dibawa pulang ke tanah air melalui kumpulan kedua itu.
"Kita ingin mengucapkan terima kasih (kepada Kerajaan China) atas bantuan yang diberikan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan.
"Satu lagi trip (membawa pulang rakyat Malaysia) pada 25 Feb ini," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China mengenai Penyakit Koronavirus (COVID-19) di sini hari ini.
Pada 4 Feb, sejumlah 107 rakyat Malaysia telah dibawa pulang dari Wuhan, China dengan pesawat khas melalui misi bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan kerajaan.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Mereka telah dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai untuk menjalani pemantauan selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 18 Feb selepas tempoh kuarantin tamat.
Mesyuarat khas itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin.
Pada pertemuan bersama Menteri Luar China ketika mesyuarat khas hari ini, Saifuddin berkata beliau turut memberi jaminan bahawa pejabat perwakilan Malaysia di China akan beroperasi seperti biasa.
Sementara itu, Saifuddin berkata larangan perjalanan sementara rakyat China dari Wuhan, Hubei masih diteruskan.
"Kita lihat perkembangan terkini di China dari semasa ke semasa. Sebarang pengumuman akan dibuat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata terdapat kira-kira 77,000 rakyat Malaysia di China. - Foto BERNAMA

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.