Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kekurangan komunikasi dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah antara beberapa perkara yang menimbulkan tanda tanya kepada beliau.
Dalam artikel yang diterbitkan oleh portal berita Malaysia Outlook, beliau yang merupakan bekas Penasihat Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu mempersoalkan kaedah yang digunakan dalam memperoleh maklumat sebagai apa yang beliau sifatkan 'keajaiban dunia moden'.
"Bagaimana seseorang boleh melakukan siastan menyeluruh dan profesional tanpa mendapat dan memperoleh maklumat daripada sumber utama seperti para pegawai 1MDB dan pihak berkuasa berkaitan lain termasuk pegawai perundangan Malaysia," katanya.
Saman sivil bagi mendapatkan kembali aset melebihi AS$1 bilion yang didakwa diseleweng diumumkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E Lynch pada Rabu.
Tunku Abdul Aziz berkata, adalah dikesalkan Amerika memilih untuk memerangi rasuah merentasi sempadan dengan berselindung di sebalik bayangan prinsip moral yang tinggi yang tidak boleh dipersoalkan.
"Malah dalam niat yang sama, walaupun tidak menamakan sesiapa, mereka meletak motif tidak baik kepada perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan menyerang reputasi dan wataknya, tanpa boleh memberikan sebarang bukti.
"Perlu kita mengingatkan diri kita bahawa tiada langsung sebarang petunjuk dalam mana-mana siasatan yang dijalankan pihak berkuasa setakat ini di Switzerland dan Malaysia bahawa Najib telah mencuri apa-apa pun daripada 1MDB," tegas Tunku Abdul Aziz.
Beliau berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang mengandungi penggubal undang-undang daripada kerajaan dan pembangkang, selepas berbulan-bulan melakukan siasatan dan sentiasa berunding dengan Ketua Audit Negara, baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang melepaskan perdana menteri daripada sebarang dakwaan salah laku.
"Secara ringkas, dakwaan terhadap beliau adalah tidak bertimbang rasa, berdendam dan tidak serius. Dalam semua keadaan, Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di bawah undang-undang.
"Apa yang mengejutkan ialah terdapat ramai antara kita yang tidak dapat menerima kebenaran yang perdana menteri adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," tambah beliau.
Bernama
Fri Jul 22 2016

Menurut Tunku Abdul Aziz, terdapat ramai antara kita yang tidak dapat menerima kebenaran yang perdana menteri adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.