Peruntukan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini dipertimbang untuk dikurangkan daripada 28 hari kepada 14 hari.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti undang-undang yang dianggap ‘drakonian’ sedang memperincikan peruntukan atau elemen tidak berperikemanusiaan atau bertentangan hak asasi manusia.
“Berkenanan tempoh reman dalam akta (SOSMA) sekarang ini 28 hari, ramai kata terlalu panjang, mereka (Kabinet) fikir lebih elok disingkatkan.
"Tetapi pihak enforcement seperti polis berkata kalau dia (suspek) berkaitan dengan keganasan, dia (polis) memerlukan masa yang lebih untuk mengkaji supaya keputusan dibuat itu tepat.
“Tetapi ada juga pandangan kalau begitu, mungkin kita bagi 14 hari dan untuk menyambung 14 hari lagi jadi (kepada) 28 (hari) mesti dibawa ke mahkamah (bagi) mendapatkan keputusan hakim. Itu satu contoh untuk ada semak dan imbang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa bahawa kerajaan akan meminda undang-undang bersifat drakonian atau zalim termasuk SOSMA secepat mungkin.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, masih terdapat beberapa perkara berhubung pindaan SOSMA yang masih belum selesai sekali gus menjangkakan pindaan tersebut akan dibawa ke Parlimen pada Mac depan.
Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan undang-undang seperti SOSMA perlu efektif dalam mengekang keganasan.
Namun, pada masa sama beliau melihat peruntukan sedia ada itu perlu memberi keadilan kepada tertuduh seiring hak asasi manusia.
“Saya setuju supaya kita (Malaysia) ada undang-undang keras untuk menghadapi ancaman jenayah besar atau keganasan.
“Oleh demikian, pimpinan Pakatan Harapan umumnya bersetuju kekalkan undang-undang yang mengekang keganasan seperti SOSMA tetapi peruntukan itu jangan beri ruang terlalu luas sehingga boleh berlaku ketidakadilan,” katanya kepada pemberita di Parlimen.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 06 2019
![Kurang tempoh reman antara pindaan SOSMA - Muhyiddin Kurang tempoh reman antara pindaan SOSMA - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51572882926_MuhyiddinParlimen.jpg)
Menurut Muhyiddin, jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti undang-undang yang dianggap drakonian sedang memperincikan peruntukan atau elemen tidak berperikemanusiaan atau bertentangan hak asasi manusia. - Gambar BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Kurang tempoh reman antara pindaan SOSMA - Muhyiddin Kurang tempoh reman antara pindaan SOSMA - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51572882926_MuhyiddinParlimen.jpg)
Kurang tempoh reman antara pindaan SOSMA - Muhyiddin
Peruntukan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini dipertimbang untuk dikurangkan daripada 28 hari kepada 14 hari