Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyangkal keras dakwaan portal berita dalam talian, Sarawak Report, dalam catatan blog dan Facebooknya pada Rabu.
KWSP dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia tidak pernah berurusan mahupun memeterai sebarang perjanjian dengan Limage Holdings SA, Limage Southwest Holdings, individu yang dikenali sebagai Mr Matrai atau mana-mana pihak seperti yang dinyatakan oleh Sarawak Report.
"Justeru, tiada sebarang pemindahan bon atau dana seumpamanya kepada mana-mana syarikat, pihak atau individu seperti yang dinyatakan di atas berlaku seperti yang didakwa," jelas KWSP.
Menurut dana pencen awam itu, satu 'Surat Ganti Rugi' palsu bertarikh 20 Ogos 2015, yang dialamatkan kepada Gyorgy Matrai of Limage Holding S.A. mendakwa satu perjanjian antara KWSP dan Limage Holdings S.A. telah dimaklumkan kepada KWSP pada 26 Oktober, 2015.
"Oleh sebab ini jelas merupakan dokumen yang dipalsukan, KWSP membuat laporan polis pada 28 Oktober 2015," jelas KWSP.
Satu 'Surat Lantikan' bertajuk "Development and Construction of Integrated Medical City Project For EPF" daripada TripleNiceTales Sdn. Bhd. bertarikh 18 Mei, 2015, dimaklumkan kepada KWSP pada 24 Februari, 2016.
Memandangkan terdapat pihak ketiga yang menyalahgunakan nama KWSP dan kecurigaan membabitkan penipuan, KWSP berkata ia membuat laporan polis pada 26 Februari, 2016, menyatakan yang KWSP tidak tahu menahu mahupun terlibat dalam urus niaga seperti yang dirujukkan dalam 'Surat Lantikan' itu.
"Penglibatan Ladylaw Securities Pte Ltd dan Nic Manikis dimaklumkan kepada KWSP pada 20 Januari, 2017, dan laporan polis dibuat pada 23 Januari, 2017, menyatakan KWSP tidak tahu menahu mahupun terlibat dalam mana-mana urus niaga pelaburan dengan Ladylaw Securities ataupun Nik Manikis," kata dana itu.KWSP menegaskan sebarang skim seumpama itu tidak akan melepasi rangka kerja tadbir urusnya yang kukuh dan mantap.
"Sebelum mana-mana keputusan pelaburan dibuat, proses tadbir urus kami memerlukan semua cadangan yang tertakluk kepada penilaian risiko ketat dan kajian terperinci oleh pengurusan.
"Semua kelulusan perlu melalui Jawatankuasa Pelaburan pengurusan bagi mendapatkan sokongan sebelum dikemukakan kepada Panel Pelaburan bagi kelulusan akhir," kata KWSP.
Panel Pelaburan itu dianggotai profesional industri, pegawai kanan pengurusan KWSP, Bank Negara Malaysia dan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2018
KWSP berkata ia tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak seperti yang dinyatakan Sarawak Report.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.