Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan antara yang ditahan kerana berkhalwat di sebuah motel di Bedong, Kedah, pada Khamis.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 29 tahun itu mengaku hadir ke Pejabat Agama Daerah Sik pagi Khamis bagi menghantar borang nikah sebelum mendaftar masuk ke motel itu.
Wanita terbabit yang berasal dari Sik dan bekerja di sebuah kilang di Kulim mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya itu pada 3 Ogos depan.
"Selain pasangan ini, kami turut menahan enam lagi pasangan dalam operasi di sekitar daerah Kuala Muda dan Yan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Syeikh Radzi, operasi yang diadakan bermula dari jam 10 malam sehingga 5 pagi itu melibatkan kawasan Gurun, Bedong, Jeti Semeling, Bandar Puteri Jaya, Taman Jubli Perak, Dataran Jam Besar dan Riverfront.
Semua pasangan yang ditahan ini akan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali
Salim Aziz
Fri Jul 17 2020

JAIK menjalankan operasi berkenaan bermula dari jam 10 malam sehingga 5 pagi. - Foto: JAIK

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bakal pengantin dituduh langgar dua remaja hingga mati
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu kereta menyebabkan kemalangan dan kematian dua remaja pada Disember.

Tempoh sah laku sijil kursus kahwin masih di peringkat cadangan - Jakim
Jakim tampil menjelaskan laporan berkaitan tempoh sah laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam selama 10 tahun bermula Oktober depan sebenarnya masih di peringkat cadangan dan pertimbangan.

PRN: Bakal pengantin sempat singgah mengundi sebelum bernikah
Biarpun perlu segera menghadiri majlis pernikahannya, bakal pengantin Abdul Qayyim Roslan tetap menunaikan kewajipan untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.

Bomoh didakwa rogol bakal pengantin
Tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.

Mayat Naim Hariri ditemukan
Jenazah Naim Hariri dibawa naik pada jam 10.10 pagi tadi.

Bakal pengantin dikhuatiri lemas ditarik ombak Pantai Kelulut
Menurut bapa bakal pengantin perempuan, majlis akad nikah anak perempuannya bersama mangsa dijadual berlangsung pada jam 10 pagi ini.

Banjir: Bakal pengantin 'berendam' air mata
Banjir yang melanda menyebabkan seorang bakal pengantin terpaksa berputih mata apabila beberapa kelengkapan penting seperti pelamin dan set bilik tidur dinaiki air separas hampir satu meter.

Bakal pengantin maut ketika 'sedut lemak' di Cheras
Coco Siew Zhi Shing menjalani prosedur berkenaan sebagai persiapan sebelum majlis perkahwinannya.

Lagi dua minggu langsung perkahwinan, bakal pengantin ditangkap khalwat
Enam lagi pasangan ditahan dalam satu operasi di sekitar daerah Kuala Muda dan Yan.

Alahai ... bakal pengantin ditipu syarikat katering terkenal
Seorang bakal pengantin di sini terpaksa menanggung kerugian sehingga RM5,000 selepas menjadi mangsa sebuah syarikat katering terkenal yang menawarkan pakej perkahwinan tidak wujud.