Bangkai seekor gajah betina jenis pygmy Borneo ditemui sedang mereput dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di sebuah kawasan pembalakan berhampiran Tongod, Beluran, baru-baru ini.
Dalam kejadian 25 Ogos lalu itu, bangkai haiwan berkenaan difahamkan ditemui oleh sekumpulan pekerja syarikat pembalakan yang kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.
Pegawai Perhubungan Awam JHL Sabah, Siti Nur'Ain Ampuan Acheh berkata, sepasukan anggota kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan lanjut dan membawa bangkai gajah itu bagi tujuan pemeriksaan.
"Hasil daripada bedah siasat pada 27 Ogos lalu, kita percaya gajah berkenaan sudah mati sejak beberapa minggu lalu sebelum berjaya ditemui di lokasi berkenaan.
"Terdapat satu kesan tembakan di tempurung kepala gajah betina itu yang mana kita dipercayai akibat senapang patah namun tiada sebutir peluru berjaya ditemui," katanya.
Menurut Siti Nur'Ain lagi, siasatan awal pihaknya turut mendapati gajah berkenaan mengalami kecederaan serius di kepala akibat tembakan tersebut dan mati di tempat kejadian.
Untuk rekod, sehingga ke hari ini, JHL Sabah merekodkan sebanyak 25 ekor gajah dilaporkan mati dari awal tahun sehingga bulan ini.
Ruzaini Zulkepli
Wed Aug 29 2018

BANGKAI betina yang ditemukan mereput di kawasan pembalakan berhampiran Tongod, Beluran.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".

Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.

Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.

Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.

Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.

Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.

Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.

Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.

Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.

Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.