Pihak Berkuasa Tempatan perlu melaksanakan audit keselamatan setiap tahun di semua taman permainan awam di seluruh negara untuk membantu mengenal pasti masalah dan mengambil tindakan untuk mencegah kemalangan.
Aktivis Keselamatan Tan Sri Lee Lam Thye berkata, audit perlu dijalankan dengan bantuan agensi-agensi yang mempunyai kepakaran.
“Mereka juga harus mendapatkan perkhidmatan inspektor keselamatan taman permainan bertauliah untuk membantu kontraktor memasang dan menyelenggara taman permainan di bawah bidang kuasa mereka.
“Masyarakat secara keseluruhan, terutamanya ibu bapa, juga perlu memainkan peranan untuk membantu memastikan keselamatan kanak-kanak di taman permainan.
“Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka ketika menggunakan alat permainan sementara orang ramai harus segera membuat laporan jika melihat sebarang masalah yang boleh membahayakan pengguna di taman permainan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Lee berkata terdapat keperluan mendesak untuk semua pihak berkuasa tempatan menjadi lebih proaktif dan mengamalkan budaya mencegah kemalangan bagi memastikan keselamatan taman permainan kanak-kanak di bawah bidang kuasa mereka.
Beliau mengimbau kemalangan ngeri pada 24 Nov lepas di mana seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh apabila kepalanya tersepit di buaian yang dikhaskan untuk pengguna kurang upaya dan mereka yang berkerusi roda di sebuah taman permainan di Kepong.
“Kita perlu sentiasa proaktif dan bukannya bersikap reaktif apabila berhadapan dengan perkara yang boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan akibat kecuaian atau penyelenggaraan yang lemah.
“Walaupun taman permainan kanak-kanak sepatutnya menjadi tempat yang selamat, isu keselamatan menjadi kebimbangan utama apabila 530 kes kemalangan berkaitan dengan taman permainan dilaporkan antara 2014 dan 2016.
“Antara lain, dilaporkan bahawa kanak-kanak tercedera akibat peralatan permainan yang rosak atau jatuh akibat permukaan yang tidak rata”, jelas beliau lagi.
Tambah beliau, Biro Pengaduan Awam turut mendedahkan bahawa pihak berkuasa tempatan menerima 11,231 aduan mengenai taman permainan antara 2015 dan 2016.
Beberapa pihak berkepentingan telah mencadangkan supaya Garis Panduan Standard Keselamatan Taman Permainan, yang diperkenalkan pada 2017, diwajibkan semasa merancang, merekabentuk, membina dan menguruskan taman permainan.
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 juga perlu dipinda supaya keselamatan taman permainan dimasukkan sebagai kriteria tambahan bagi pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), katanya.
Afiezy Azaman
Sun May 12 2019

Lee Lam Thye berkata, audit perlu dijalankan dengan bantuan agensi-agensi yang mempunyai kepakaran. - Gambar fail

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.
Konflik gajah-manusia di Felda Umas membimbangkan
Konflik manusia dan gajah di kawasan Felda Umas Kalabakan tidak berkesudahan walaupun pelbagai langkah bagi menyelesaikan masalah itu dilakukan pihak berwajib

JSJ Bukit Aman laksana audit teliti statistik kontinjen seluruh negara
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan audit terhadap prestasi bahagian siasatan jenayah kontinjen negeri di seluruh negara.

Syed Saddiq nafi minta Khairul Aming buat audit banjir
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak dakwaan berhubung isu amaran yang dikeluarkannya terhadap pempengaruh, Khairul Aming untuk melakukan audit laporan kewangan banjir.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.

Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.

HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.

Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.

Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB berkata surat itu dikeluarkan pada 22 Disember 2009.

Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.

Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya.

Koperasi diingat laksana audit
Kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah SKM.