Laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.

Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.”

Laman web berkenaan kembali pulih seperti biasa namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.

MAS
Laman web Malaysia Airlines digodam - Paparan skrin layar laman web Malaysia Airlines.com

Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam Twitter rasmi syarikat itu menyatakan ia sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu.



Ketika menghubungi talian pertanyaan Malaysia Airlines, pihak Astro AWANI disuruh tunggu sehingga dua hingga tiga jam sebelum membuat tempahan dalam talian.

Pihak Astro AWANI masih cuba untuk mendapatkan pihak Malaysia Airlines untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.