Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meminta kerajaan untuk bekerjasama dengan industri mengenai langkah-langkah meningkatkan kepercayaan diri dalam menghadapi pemulihan permintaan udara yang perlahan.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata keyakinan penumpang akan merosot dua kali ganda walaupun wabak itu dibendung kerana wujudnya kebimbangan ekonomi peribadi dalam menghadapi kemelesetan selain daripada keselamatan melakukan perjalanan.
"Kerajaan dan industri harus pantas dengan melakukan langkah-langkah bagi meningkatkan keyakinan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tinjauan IATA terhadap pelancong baru-baru ini mendapati bahawa 60 peratus menjangkakan orang ramai akan kembali melakukan pengembaraan dalam satu hingga dua bulan selepas COVID-19 tetapi 40 peratus menyatakan bahawa mereka akan menunggu enam bulan atau lebih lama untuk mengembara, dan 69 peratus memberitahu mereka boleh menangguhkan pengembaraan sehingga keadaan kewangan peribadi mereka kembali stabil.
IATA menganggarkan kira-kira 25 juta pekerjaan dalam industri penerbangan dan berkaitan, termasuk sektor pelancongan, menghadapi risiko dalam krisis yang berlaku sekarang.
Pendapatan menerusi penumpang dijangkakan AS$314 bilion pada 2019 (-55 peratus) dan syarikat penerbangan akan mengalami pengurangan kecairan sekitar AS$61 bilion pada suku kedua sahaja kerana permintaan berkurangan sebanyak 80 peratus atau lebih.
de Juniac berkata ia adalah keadaan kecemasan. Syarikat penerbangan di seluruh dunia berusaha untuk bertahan. Virgin Australia, yang kini mengalami masalah kewangan menunjukkan bahawa risiko ini bukan sekadar teori.
Kerajaan akan memerlukan syarikat penerbangan yang berdaya maju untuk pemulihan ekonomi. Banyak daripada mereka tidak akan bertahan sekiranya mereka kehabisan wang tunai.
Beberapa kerajaan yang menyedari bahawa langkah-langkah bantuan itu diperlukan semakin meningkat, katanya.
"Tetapi krisis juga semakin teruk. Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang komited membantu industri penerbangan agar terus beroperasi dan kami berharap pelaksanaannya akan disegerakan.
"Kepada yang lain, setiap hari adalah penting. Jutaan pekerjaan terancam dan bantuan tidak dapat dilakukan dengan pantas," kata de Juniac.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 21 2020
Keyakinan penumpang akan merosot dua kali ganda walaupun wabak itu dibendung kerana wujudnya kebimbangan ekonomi peribadi. - Gambar hiasan
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?
Pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.