Lapan rakyat Malaysia yang terkandas di Monrovia, Liberia sejak 4 Feb lalu selepas tertipu dengan sindiket pekerjaan, tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Ketibaan mereka yang kesemuanya berasal dari Sarawak itu disambut Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Mereka kemudian menaiki penerbangan pulang ke Sarawak.
Mereka yang berusia 39 hingga 66 tahun terbabit terkandas di negara Afrika itu tanpa wang dan hanya bertahan berbekalkan beras yang diberikan rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikat Sime Darby di Liberia.
"Kalau tidak ada beras itu sudah pasti kami semua sudah mati," kata Aji anak Surau, 39 sejurus tiba di KLIA.
Selain Aji, mereka yang terkandas ialah Bon anak Egat; Sallim Tahir; Suhaili Gani; Gawan anak Masin; Enyang anak Ato; Untol anak Luyang; dan Dingai anak Nyalak.
Bon yang sebelum ini berpengalaman bekerja dalam industri pembalakan di Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, berkata mereka ditawarkan kerja pembalakan di Liberia dengan gaji setinggi RM9,000 sebulan.
Menurutnya dia dan Aji serta empat lagi rakan dari Sibu terbang ke Liberia dengan ditemani oleh seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai 'tauke' dan ketika di negara berkenaan mereka bertemu Salim dan Suhaili yang berasal dari Betong.
"Namun kerja pembalakan dengan gaji setinggi RM9,000 itu tidak wujud dan kami ditinggalkan di rumah tanpa bekalan air dan elektrik. Tauke pula meninggalkan kami kerana buntu dan tidak tahu berbuat apa.
"Mujurlah ada rakyat Malaysia di Liberia yang bekerja dengan Sime Darby yang dapat tahu nasib kami dan atas dasar simpati mereka memberikan beras untuk kami bertahan," kata Bon, menambah sebelum itu mereka terpaksa makan daun betik untuk meneruskan kehidupan.
Saifuddin ketika bercakap kepada pemberita, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Liberia dan warga Malaysia pekerja Sime Darby di negara tersebut yang membantu mangsa yang terkandas itu.
"Saya ingin menasihatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati apabila dapat tawaran bekerja di luar negara kerana ini bukan kejadian pertama.
"Periksa dengan pihak yang berkenaan terutamanya perwakilan Malaysia sama ada syarikat yang menawarkan pekerjaan itu sah atau tidak," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Wisma Putra berkata Kementerian Luar menerusi usaha diplomatik dan konsular bersepadu berjaya membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas tersebut.
Ini termasuk sepucuk surat yang diutus Saifuddin kepada rakan sejawatannya dari Liberia, Gbehzohgar M. Findley memaklumkan tentang rakyat Malaysia yang terkandas serta memohon bantuan kerajaan Liberia untuk menghantar pulang mereka.
Kementerian Luar juga menghantar dua pegawai sebagai utusan khas ke Monrovia pada 26 Feb lalu bagi memastikan kejayaan misi.
Ini merupakan kejayaan kedua kerajaan selepas membawa pulang 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2019

Datuk Saifuddin Abdullah (tengah) bersalaman bersama lapan rakyat Malaysia yang terkandas di Monrovia, Liberia ketika menyambut ketibaan mereka di KLIA hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isu Afghanistan: Malaysia berhati-hati dalam optimistik - Saifuddin
Tidak mahu tergesa-gesa dalam mengiktiraf kerajaan Taliban, takut terpalit persepsi negatif yang boleh merosakkan reputasi negara.

48 individu, syarikat terima Dana Kandungan Digital Muzik
Konsepnya mula diperkenal pada April 2015 sebagai kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang telah dilancarkan pada tahun 2012.

Penggiat seni harus adaptasi platform digital
Penggiat seni perlu mengadaptasi diri dengan norma baharu demi kelangsungan hidup dan tidak boleh sekadar mengeluh serta bersedih.

Tanda pagar #MomenNegaraku meriahkan sambutan Hari Kebangsaan
Rakyat boleh menyerlahkan kreativiti menerusi foto, video dedikasi, Tik Tok Merdeka Moment atau apa sahaja kemas kini dengan menyertakan tanda pagar #MomenNegara.

Saifuddin rakam takziah buat keluarga Yusof Kelana dan Abu Bakar Juah
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Takziah diucapkan buat keluarga insan seni Allahyarham Yusof Kelana dan pelakon veteran Abu Bakar Juah.

Sibu tuan rumah Hari Malaysia 2020
Bertemakan Malaysia Prihatin Sibu dipilih jadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2020.

Majlis Perundangan Dasar Luar sebagai usaha merakyatkan dasar luar - Saifuddin
Melalui Majlis Rundingan Dasar Luar yang ditubuhkan, ia sebagai usaha untuk lebih bersifat terbuka dalam membincangkan perihal yang dekat dengan rakyat.

"Setiap negara ASEAN perlu fokus satu industri utama bagi memacu ekonomi perdagangan serantau" - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar anggota negara ASEAN sekurang-kurangnya mempunyai satu sektor industri utama yang bakal memacu ekonomi rantau itu.

Lapan rakyat Malaysia terkandas di Liberia tiba di KLIA
Lapan rakyat Malaysia yang terkandas di Monrovia, Liberia sejak 4 Feb lalu selepas tertipu dengan sindiket pekerjaan, tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Statut Rom: Malaysia sedia pinda dasar luar melibatkan jenayah antarabangsa?
Kementerian Luar sedia mempertimbang pindaan dasar berkecuali Malaysia apabila melibatkan jenayah antarabangsa yang termaktub di dalam Statut Rom.