
'Terlalu sedih untuk menangis,' - anak Najib, Rosmah luahkan perasaan
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan di laman Instagram susulan penahanan ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor, sebentar tadi.
Nooryana Najwa akui terlalu sedih untuk menangis dan terlalu marah untuk menjerit.
BACA ARTIKEL DI SINI
Doa Najib buat isterinya Rosmah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuatnaik status terkini di Facebook selepas berita penahanan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini.
Sekadar dua ayat namun sarat dengan mesej untuknya sekeluarga.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Sidang media peguam Rosmah
DS Rosmah Mansor akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, esok jam 8:30 pagi - Peguam @501Awani pic.twitter.com/8rsY80A8L9
— Dania Zainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) October 3, 2018
Peguam Rosmah akui tidak tahu-menahu tentang Rosmah, 'jumpa di mahkamah esok'
Peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk K.Kumaraendran menegaskan tidak tahu-menahu tentang tahanan anak guam mereka yang telah ditahan oleh SPRM pada jam 3.20 petang tadi.
"Kami tidak tahu-menahu berhubung perkara ini ... kita jumpa di mahkamah esok," kata Vincent, ketika sidang media di bangunan SPRM di Putrajaya pada jam 6.20 petang tadi.
Sebelum itu, Rosmah telah disoal siasat oleh SPRM selama lebih lima jam di SPRM.
Esok, Rosmah akan dihadapkan dengan beberapa tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Hampir 2 jam, Rosmah disoal siasat, kemudian ...?
Rosmah Mansor dipanggil ke SPRM kali ketiga
Video: Jika anda terlepas berita di Astro AWANI berhubung Najib dan Rosmah
Rosmah ditahan!
Selepas lebih lima jam disoal siasat oleh SPRM, Rosmah ditahan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok pada jam 8.30 pagi.
Penahanan itu dibuat pada jam 3.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.
Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Selepas tiga jam disoal siasat, Najib keluar ikut pintu belakang
Selepas tiga jam disoal siasat berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung kes 1MDB, Najib akhirnya beredar dari Menara KPJ di ibu negara.
Wakil media yang berkumpul seawal pukul 8 pagi di lobi menara, hampa apabila dimaklumkan Ahli Parlimen Pekan itu telah meninggalkan kawasan berkenaan sekitar pukul 1 petang mengikut jalan belakang.
BACA ARTIKEL DI SINI
Najib selesai beri keterangan di PDRM
Najib dipercayai selesai memberi keterangan di Menara PJSK sekitar jam 1 tengah hari tadi, namun pihak media tidak dapat bertemu dengan beliau untuk mendapatkan temu ramah.
Buat masa ini, kru Astro AWANI sedang memantau perkembangan Rosmah di SPRM, Putrajaya.
Media berkumpul di SPRM, buat liputan Rosmah
Media berkumpul di depan lobi Ibu Pejabat @SPRMMalaysia bagi menunggu kehadiran isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dipanggil kali ke-3 ke suruhanjaya itu. @Rahimah501AWANI pic.twitter.com/ZPL8Uo2Iv8
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) October 3, 2018
Rosmah tiba di SPRM buat kali ketiga
Rosmah Mansor tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi memberi keterangan kali ketiga kepada suruhanjaya itu.
Beliau tiba jam 10.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana dan diiringi beberapa individu.
BACA ARTIKEL DI SINI
Najib tiba di PDRM untuk siasatan AMLA
Pagi ini bekas Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dipanggil PDRM untuk beri keterangan berhubung siasatan di bawah AMLA.
— F.A Awani (@FirdausAzil) October 3, 2018
Isterinya DS Rosmah Mansor pula dipanggil ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk beri keterangan. @501Awani pic.twitter.com/I1OKPONVVV
Peguam Rosmah minta tangguh pertemuan, tidak dibenarkan
Sedikit perkembangan seperti mana saya kongsikan sewaktu membuat lintas langsung di saluran @501Awani sebentar tadi.
— F.A Awani (@FirdausAzil) October 3, 2018
Difahamkan peguam DS Rosmah minta tangguh sesi bersama SPRM dari pukul 11 ke pukul 3 petang, namun tidak tahu ia diluluskan atau tidak.

Niaga AWANI

AWANI Jr

Komuniti AWANI

AWANI Sarawak

Awani 7.45

Agenda AWANI

AWANI Pagi

Cerita Normal Baharu

Consider This

Notepad with Ibrahim Sani

Let's Talk

The Future is Female

AWANI Review

AWANI Byte

Undi Bootcamp

KiniTV

Menang Saham

Kamek Anak Sarawak

Lan Berdagang

Health Matters

Bual Bola

Week Ahead

Fokus Minggu Depan

Agenda AWANI Asia

AWANI Global
