UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] 55,000 banjiri Himpunan 812

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata perhimpunan itu berlangsung secara aman, lancar dan selamat.

Astro Awani
Polis menganggarkan seramai 55,000 peserta hadir pada perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi ICERD pada Sabtu. -Astro AWANI

Ada apa dengan Himpunan 812?

Sat Dec 08 2018

Himpunan 812 yang disebut sebagai perhimpunan aman kesyukuran kerajaan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) berlangsung di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018.

Perhimpunan yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat Malaysia itu pada awalnya sebagai satu bentuk bantahan kepada kerajaan apabila isu ICERD mula dibangkitkan.


BACA BERITA PENUH

55,000 sertai Himpunan 812 - Polis

Sat Dec 08 2018

Polis menganggarkan seramai 55,000 peserta hadir pada perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, perhimpunan itu berlangsung secara aman, lancar dan selamat.


BACA BERITA PENUH

Himpunan berlangsung aman, lancar dan selamat

Sat Dec 08 2018

Ketua Polis KL Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, himpunan berlangsung secara aman, lancar & selamat.

"Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kecuali terkesan ada yang membawa kanak2 ke himpunan ini yang menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya @501Awani

Video : PDRM pic.twitter.com/TQIwgGxa8Y

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 8, 2018

'Jangan berani usik agama Islam dan hak orang Melayu'

Sat Dec 08 2018

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakhiri ucapan beliau di Perhimpunan Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD dengan berpantun

Dalam pantunnya, Abdul Hadi secara berkias menggambarkan supaya tidak ada pihak yang mengusik kedaulatan agama Islam dan hak orang Melayu.


BACA BERITA PENUH

'Pengundi muda yang undi PH, sila kembali ke pangkal jalan'

Sat Dec 08 2018

Himpunan 812 sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diakhiri dengan doa agar kerajaan Pakatan Harapan 'pendek umur'.

Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh menutup perhimpunan tersebut pada jam 5 petang.


BACA BERITA PENUH

Polis masih memantau

Sat Dec 08 2018

5:24PM Anggota @PDRMsia meneruskan siap siaga mereka di sekitar Dataran Merdeka.#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/OE1Smt2avw

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

'Jangan main-main dengan rakyat'

Sat Dec 08 2018

Kerjasama UMNO-Pas bukan sahaja sebagai gagasan pembangkang tetapi akan diterjemahkan dalam isu-isu membabitkan orang Melayu dan Islam.

Berucap di pentas Himpunan 812 di Dataran Merdeka Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua parti politik itu juga akan bekerjasama membabitkan isu-isu lain.


BACA BERITA PENUH

Biar pun payah tetap ku redah

Sat Dec 08 2018

5.22 PM : Kelihatan peserta berkerusi roda turut hadir ke #Himpunan812. @501Awani pic.twitter.com/4QqsKPtO9T

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018

Wartawan di lokasi

Sat Dec 08 2018

5:20PM Rakan media sedang bertungkus lumus menyiapkan bahan berita selepas isyarat internet kembali normal.#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/W3PvlqElvK

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

'Kan dah suruh top up TnG awal-awal!'

Sat Dec 08 2018

4:50PM “Tu laa... Awal-awal dah pesan suruh topup @MyTouchnGo siap-siap...” kata salah seorang peserta #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/SRN2iiIgyp

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

...dan baju hujan pun laris!

Sat Dec 08 2018

4.48 pm : Terdapat peniaga yang menjual baju hujan kepada peserta #Himpunan812. @501Awani pic.twitter.com/R3zdyJ8Iny

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018

Stesen LRT sesak

Sat Dec 08 2018

4:45PM Sesak di stesen @MyRapidKL Bandaraya....#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/mEyuV5Ji17

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Cuaca mendung, peserta beredar dari lokasi

Sat Dec 08 2018

4:20PM Guruh mula berdentum...

Peserta mula bergerak ke lokasi permulaan masing-masing dan pulang.#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/oa6mT30Moz

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Dah hujan, peserta cari tempat berteduh

Sat Dec 08 2018

4:30PM Hujan mulai turun.... Pihak @PDRMsia memantau rapat pergerakan peserta #Himpunan812 di persimpangan Pertama Kompleks.@501Awani pic.twitter.com/cDLEHmiM8D

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Himpunan 812 dari pandangan udara

Sat Dec 08 2018

#AWANInews #AWANI745 [VIDEO] Himpunan 812 dari pandangan udara https://t.co/05dri0fYgX pic.twitter.com/JVWXT3Qw2X

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 8, 2018

Video dron Himpunan 812: "Sesak!"

Sat Dec 08 2018

Himpunan 812 yang sepatutnya bermula secara rasmi jam 2 petang tadi di Jalan Raja di sini bermula lebih awal apabila ribuan peserta mula memasuki Jalan Raja di ibu negara seawal 10 pagi.

Justeru, ia menyebabkan kesesakan luar biasa terutama melibatkan peserta yang bergerak daripada beberapa 'checkpoint' seperti pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, PWTC, Masjid Jamek dan Jalan Parlimen.


BACA BERITA PENUH

Peserta perhimpunan pengsan

Sat Dec 08 2018

3.30 PM : Para peserta #Himpunan812 diminta memberi laluan kerana terdapat peserta yang pengsan. @501Awani pic.twitter.com/1lvdy5KW2j

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018

Peserta perhimpunan dari Johor

Sat Dec 08 2018

4:00PM Difahamkan kumpulan anak muda ini datang dari Johor...#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/zCvbiMhtEA

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Situasi di Jalan TAR

Sat Dec 08 2018

3:00PM Inilah situasi di Jalan TAR sebelum ke Dataran Merdeka.#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/u2TAiozuf7

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Hadi Awang tiba di Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Dataran Merdeka, disambut dengan laungan takbir dan sorakan oleh penyokong PAS. #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/yz3F7uGCk0

— arfa_yunus (@arfayunus38) December 8, 2018

Najib di Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

2.16 PM : @NajibRazak hadir di Dataran Merdeka #Himpunan812. @501Awani pic.twitter.com/u1a0tfwINB

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018

Terima kasihlah satu juta turun himpunan - Tun Dr Mahathir

Sat Dec 08 2018

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir ke himpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan menolak ratifikasi ICERD.

""Perhimpunan hari ini telah dihadiri oleh satu juta orang dan saya ucap terima kasih kepada mereka kerana mereka berkumpul untuk kesyukuran.

"Satu juta orang, terima kasihlah," katanya sambil tersenyum sinis.

BERITA PENUH DI SINI

Najib tiba di Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

2:15 PM: @NajibRazak tiba di Dataran Merdeka #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/Sv3iulE2cU

— Nailah Huda Awani (@NailahAWANI) December 8, 2018

Najib, Rosmah pilih LRT ke Jalan Raja

Sat Dec 08 2018

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih menaiki LRT untuk menuju ke Jalan Raja bagi menyertai Himpunan 812.

Beliau yang menaiki LRT dari stesen Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kemudian turun ke LRT Masjid Jamek sebelum bersama-sama peserta himpunan yang lain berjalan ke Dataran Merdeka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Lebih 50,000 peserta di Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

Menurut anggota polis bertugas di #Himpunan812 sekurang-kurangnya 50,000 peserta berada di Dataran Merdeka setakat jam 2:30ptg @501Awani pic.twitter.com/93LjzQGBZB

— arfa_yunus (@arfayunus38) December 8, 2018

Azhar Idrus tiba di Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

2:30 PM: Ustaz Azhar Idrus tiba di Dataran Merdeka #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/wGo4tenRBu

— Nailah Huda Awani (@NailahAWANI) December 8, 2018

Perhimpunan ini bentuk kesyukuran rakyat Malaysia - Azwan Ali

Sat Dec 08 2018

Selebriti dan pengacara, Azwan Ali menyifatkan perhimpunan secara aman yang dibuat oleh peserta Himpunan 812 sebagai bentuk kesyukuran rakyat Malaysia.

"Ini himpunan pertama saya hadiri sejak 3 dekad menjadi selebriti," katanya ketika ditemui Astro AWANI

BACA BERITA LANJUT

Najib, Rosmah tiba di Stesen Masjid Jamek

Sat Dec 08 2018

Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Stesen Masjid Jamek bagi menyertai Himpunan Aman 812 sempena meraikan ‘kesyukuran’ tolak ICERD di Stesen Masjid Jamek.

Najib yang berpakaian baju Melayu putih turut ditemani isteri, DS Rosmah Mansor.#Himpunan812 #daulat812 @501Awani pic.twitter.com/mTXmmFBArp

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018

Zahid, Tok Mat tiba di Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dataran Merdeka bersama timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan dalam #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/czWgS9N3mL

— arfa_yunus (@arfayunus38) December 8, 2018

Terima kasih! 1 juta turun Himpunan 812 - Tun Dr Mahathir

Sat Dec 08 2018

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir ke himpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan menolak ratifikasi ICERD.

"Perhimpunan hari ini telah dihadiri oleh satu juta orang dan saya ucap terima kasih kepada mereka kerana mereka berkumpul untuk kesyukuran."


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tuan Ibrahim tiba di Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah tiba di Dataran Merdeka untuk menyertai #Himpunan812 bersama penyokong parti ITU. @501Awani pic.twitter.com/YuapmNXL57

— arfa_yunus (@arfayunus38) December 8, 2018

Lebih 2,000 tunai solat Zohor

Sat Dec 08 2018

#Himpunan812 Lebih 2 ribu peserta Majlis Kesyukuran penolakan Ratifikasi ICERD menunaikan solat zohor berjemaah dihadapan Kompleks Sogo. @501Awani #ICERD pic.twitter.com/jame4o0Z5S

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) December 8, 2018

Topeng muka ‘Guy Fawkes’ laris

Sat Dec 08 2018

Selain baju t-shirt putih dan lilitan kepala yang berkaitan tolak ICRED, topeng muka ‘Guy Fawkes’ juga menjadi perhatian. Dengan harga RM 5 sekeping, menurut peniaga sudah berjaya menjual 30 keping setakat jam 2 petang tadi.#Himpunan812 #daulat812 @501Awani pic.twitter.com/CnD7WBnP7q

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018

Solat Zohor depan Sogo

Sat Dec 08 2018

#Himpunan812 #ICERD Keadaan di hadapan Sogo kini bertukar sunyi apabila kesemua peserta Majlis Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD yang berkumpul dihadapan Sogo menunaikan Solat Zohor berjemaah sebelum berarak ke Dataran Merdeka @501Awani pic.twitter.com/wlP6hIlTxE

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) December 8, 2018

Azwan Ali bersama peserta perhimpunan

Sat Dec 08 2018

1.27pm : Kelihatan Azwan Hj Ali di #Himpunan812 turut menyatakan tanda kesyukuran kerajaan tidak meratifikasi #ICERD. @501Awani pic.twitter.com/7tPsfjiTDJ

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018

3,000 peserta solat Zohor di Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

Dianggarkan sekitar 3,000 peserta #Himpunan812 menunaikan solat Zohor di Dataran Merdeka. @501Awani pic.twitter.com/lu3a0cKL2N

— arfa_yunus (@arfayunus38) December 8, 2018

Najib tunai solat Zohor di PWTC

Sat Dec 08 2018

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sembayang Zohor bersama dengan peserta kesyukuran tolak ICERD di PWTC. Beliau dijangka akan menaiki LRT PWTC untuk ke Dataran Merdeka @501Awani #Himpunan812 pic.twitter.com/yCNW695mwv

— Diyana Nawwar (@DiyanaAwani) December 8, 2018

Solat Zohor di Stesen Masjid Jamek

Sat Dec 08 2018

Ribuan peserta Himpunan Aman 812 sempena meraikan ‘kesyukuran’ tolak ICERD di Stesen Masjid Jamek ambil peluang menunaikan solat Zuhur di Masjid Jamek. #Himpunan812 #daulat812 @501Awani pic.twitter.com/jLPyUZuBYQ

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018

Peserta di Stesen Masjid Jamek

Sat Dec 08 2018

1.13 PM : Kelihatan lebih ramai orang di #Himpunan812 sebagai tanda kesyukuran kerajaan tidak meratifikasi #ICERD. @501Awani pic.twitter.com/GabzU8X2nY

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018

Diva AA sertai perhimpunan

Sat Dec 08 2018

1:00 PM: Why bother? Diva AA turut menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi ICERD di sekitar Masjid Jamek. #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/GO9rMZ7Rh8

— Nailah Huda Awani (@NailahAWANI) December 8, 2018

Inilah bentuk kesyukuran rakyat Malaysia nak tunjuk - Azwan

Sat Dec 08 2018

1:00PM Azwan Hj Ali turut sama hadir.

“Inilah satu bentuk kesyukuran yang rakyat Malaysia nak tunjuk,” katanya #WhyNot#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/cAW9x3cd4Q

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

500 t-shirt 'Bantah ICERD' terjual

Sat Dec 08 2018

#Himpunan812 “Dah 500 helai baju kemaja t saya jual bang, satu 15 ringgit.” Jelas Lan 28 tahun yang mengambil peluang menjual Kemaja T “Bantah Icerd” di hadapan Sogo. @501Awani pic.twitter.com/X1w7Tt4mCl

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) December 8, 2018

Sekitar Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru

Sat Dec 08 2018

12:00PM Sekitar Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, tiada perkembangan.

Difahamkan peserta berkumpul di Masjid Kg Baru untuk solat Zohor sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/EijdUwN2R2

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Unit Amal PAS bersiap siaga

Sat Dec 08 2018

11:45AM Unit amal PAS turut sama bersiap siaga untuk memastikan kelancaran #Himpunan812@501Awani pic.twitter.com/oyxaukHy1O

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Persatuan silat serah memorandum

Sat Dec 08 2018

Kira-kira 500 orang yang mewakili 313 persatuan silat seluruh negara hari ini menyerahkan memorandum sempena himpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan menolak ratifikasi ICERD. #Himpunan812 #daulat812 @501Awani pic.twitter.com/t3BhycQq0d

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018

Ellie Suriati berkebaya putih turun perhimpunan

Sat Dec 08 2018

Pelakon Ellie Suriati Omar sudah mula turun ke Himpunan Kesyukuran Penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ellie yang berkebaya putih dilihat bersama beberapa peserta himpunan lain di lokasi Jalan Raja Laut, Chow Kit kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Himpunan 812: Baju Melayu bendera UMNO dan bertanjak ke Dataran Merdeka

Sat Dec 08 2018

#Himpunan812 #AWANInews Antara peserta Perhimpunan Kesyukuran menolak Ratifikasi Icerd berpakaian Baju melayu bendera Umno berbeza dengan peserta lain yang hanya memakai baju putih membantah Icerd. @501Awani pic.twitter.com/odO9vE4Ww6

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) December 8, 2018

Himpunan 812: suara wakil Muslimah kenapa hadir himpunan

Sat Dec 08 2018

11:23AM Isteri saudara Maliki, turut sama berkongsi nada sama untuk sertai #Himpunan812

@501Awani pic.twitter.com/vIxFoDDGZ6

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

5 buah bas bawa peserta dari Jerantut

Sat Dec 08 2018

5 buah bas membawa peserta #Himpunan812 dari Jerantut, Pahang turut hadir mengambil bahagian. Kebanyakkan mereka hadir bersama ahli keluarga. @501Awani pic.twitter.com/xJ68dUBj1J

— arfa_yunus (@arfayunus38) December 8, 2018

Bas peserta dari Terengganu

Sat Dec 08 2018

Antara beberapa buah bas yang membawa peserta perhimpunan kesyukuran tolak Icerd dari Terengganu. Difahamkan lebih kurang 50 buah bas membawa peserta dari negeri itu sejak daripada semalam @501Awani #DaulatHimpunan812 pic.twitter.com/OMgsI488Qm

— Diyana Nawwar (@DiyanaAwani) December 8, 2018

Kira-kira 1,000 peserta berkumpul depan Campbell

Sat Dec 08 2018

11.03pm Kira kira seribu peserta telah berkumpul di sekitar Hotel Campbell di Jalan Munshi Abdullah. Rata rata peserta mengambil peluang makan sebelum perhimpunan yang dijadual jam 2 petang. #Himpunan812 #Icerd @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/QpAxfa9BC0

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) December 8, 2018

Isi perut sebelum pergi Sogo

Sat Dec 08 2018

10:50AM Kumpulan pemuda ni datang dari Kuantan, Pahang..

“Kita makan bagi kenyang dulu sebelum pergi sogo”, Mohd Adham Mat Said#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/J32mU5CqVy

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Orang ramai mula membanjiri sekitar Sogo

Sat Dec 08 2018

11.32 am : Orang ramai mula membanjiri #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/rRqCx1V0hM

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018

Lebih 1,000 sudah berada di sekitar Sogo

Sat Dec 08 2018

11:03AM Di sekitar Sogo, kira-kira 1,000 peserta #Himpun812 berkumpul sambil mendengar pidato umum di sini@501Awani pic.twitter.com/fgILWDHQAg

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Suasana di hadapan Ibu Pejabat Pas

Sat Dec 08 2018

Di hadapan Ibu Pejabat Pas di Raja Laut yang menjadi antara lokasi peserta sambutan kesyukuran tolak ICERD untuk berarak ke Dataran Merdeka. Kelihatan Unit Amal PAS juga berkawal di hadapan ibu pejabat tersebut #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/uIugXyDwG3

— Diyana Nawwar (@DiyanaAwani) December 8, 2018

Unit Amal PAS berkawal

Sat Dec 08 2018

Di hadapan Ibu Pejabat Pas di Raja Laut yang menjadi antara lokasi peserta sambutan kesyukuran tolak ICERD untuk berarak ke Dataran Merdeka. Kelihatan Unit Amal PAS juga berkawal di hadapan ibu pejabat tersebut #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/uIugXyDwG3

— Diyana Nawwar (@DiyanaAwani) December 8, 2018

Orang ramai mula banjiri sekitar Sogo

Sat Dec 08 2018

11.20am : Orang ramai mula membanjiri di Sogo bagi Perhimpunan Penolakan Rerifikasi ICERD. #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/rjzXxTdqpv

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018

Makin ramai di hadapan Sogo

Sat Dec 08 2018

11:15AM Sekitar SOGO kini dipenuhi peserta #Himpunan812 yang dianggarkan lebih 1,500 peserta.@501Awani pic.twitter.com/NbIrbPMNcS

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Peserta memenuhi ruang sekitar Sogo

Sat Dec 08 2018

11:15AM Sekitar SOGO kini dipenuhi peserta #Himpunan812 yang dianggarkan lebih 1,500 peserta.@501Awani pic.twitter.com/NbIrbPMNcS

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Air percuma untuk peserta

Sat Dec 08 2018

11:05AM Kumpulan dari GSP mengedarkan air percuma untuk peserta #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/6vxFfZqYTA

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Pelakon Ellie Suriaty Omar turut serta

Sat Dec 08 2018

Jawatankuasa ‘Semangat Gelombang Rakyat’ diwakili pelakon, Ellie Suriaty Omar, yang berada di perhimpunan penolakan ratifikasi ICERD di Jalan Raja Laut #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/fqvix8i2eK

— Nailah Huda Awani (@NailahAWANI) December 8, 2018

Himpunan 812: Ellie Suriati berkebaya putih turun himpunan

Sat Dec 08 2018

Pelakon Ellie Suriati sudah mula turun ke Himpunan Kesyukuran Penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bnetuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ellie yang berkebaya putih dilihat bersama beberapa peserta himpunan lain di lokasi Jalan Raja Laut, Chow Kit kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

Kira kira 1,000 peserta berkumpul sekitar Hotel Campbell

Sat Dec 08 2018

11.03pm Kira kira seribu peserta telah berkumpul di sekitar Hotel Campbell di Jalan Munshi Abdullah. Rata rata peserta mengambil peluang makan sebelum perhimpunan yang dijadual jam 2 petang. #Himpunan812 #Icerd @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/QpAxfa9BC0

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) December 8, 2018

FRU bersedia di sekitar Dang Wangi

Sat Dec 08 2018

11:00AM Anggota @PDRMsia dan pasukan FRU telah bersedia di sekitar Dang Wangi#Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/vApCTgSxtx

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Trak polis, FRU dilihat masuk Jalan Dang Wangi

Sat Dec 08 2018

#Himpunan812 #Icerd Beberapa buah trak polis dilihat memasuki jalan Dang Wangi serta pasukan FRU turut dilihat bersiap sedia. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/QslSY2ETaE

— Fareez Azman (@Fareez_Awani) December 8, 2018

'Kami sampai 4 pagi tadi dari Kuantan'

Sat Dec 08 2018

10:53AM “Kami bertolak jam 12 tengah malam semalam, sampai 4 pagi tadi,” Ahmad Rahimy dari Kuantan #Himpunan812 @501Awani pic.twitter.com/SurXqhXqjb

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

Peserta himpunan mula penuhi beberapa lokasi

Sat Dec 08 2018

Peserta Himpunan Kesyukuran Penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sudah mula memenuhi beberapa lokasi dan sudah ada yang mula bergerak ke Dataran Merdeka. 

Langsung dari Lebuh Ampang

Sat Dec 08 2018

10:45AM Saya kini di Lebuh Ampang... Ikuti #KamiAWANI dalam #Himpunan812 secara komprehensif di @501Awani pic.twitter.com/qEaGbvYxzH

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018

300 ahli Pertubuhan Silat Semalaysia berkumpul di pekarangan Masjid WP

Sat Dec 08 2018

Kira-kira 300 orang yang dipercayai sebahagian ahli gabungan Pertubuhan Silat Semalaysia berkumpul di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sejak pagi tadi.#Himpunan812 #daulat812 @501Awani pic.twitter.com/hEK61wK3ss

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018

300 ahli silat berkumpul di pekarangan masjid

Sat Dec 08 2018

Kira-kira 300 orang yang dipercayai sebahagian ahli gabungan Pertubuhan Silat Semalaysia berkumpul di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sejak pagi tadi.#Himpunan812 #daulat812 @501Awani pic.twitter.com/hEK61wK3ss

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018

Himpunan 812: 5,000 telah mula berkumpul - KPN

Sat Dec 08 2018

Perhimpunan kesyukuran menolak ICERD, setakat pagi ini, kira-kira 5,000 orang telah mula berkumpul dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga pukul 2 nanti. - @Fuzi_Harun
#Himpunan812 #Daulat812 @501Awani pic.twitter.com/00DBNlOwCf

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 8, 2018

Keselamatan orang awam dan Perdana Menteri

Sat Dec 08 2018

"Ancaman keselamatan kita tidak boleh reveal, tetapi yang penting keselamatan orang awam dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dijaga" - @Fuzi_Harun @501Awani #Himpunan812 #Daulat812 pic.twitter.com/vFTwZb5nOs

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 8, 2018

Ditangguh atas isu keselamatan

Sat Dec 08 2018

Perhimpunan SUHAKAM ditangguhkan atas isu keselamatan jika ia diadakan serentak dengan perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD. -@Fuzi_Harun @501Awani #Himpunan812 #Daulat812

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 8, 2018

Kira-kira 5,000 mula berkumpul

Sat Dec 08 2018

Perhimpunan kesyukuran menolak ICERD, setakat pagi ini, kira-kira 5,000 orang telah mula berkumpul dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga pukul 2 nanti. - @Fuzi_Harun
#Himpunan812 #Daulat812 @501Awani pic.twitter.com/00DBNlOwCf

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 8, 2018

Himpunan 812: Video suasana sekitar Istana Negara

Sat Dec 08 2018

Polis kini berada dalam keadaan siap siaga menjalankan kawalan keselamatan di luar pintu 3, Istana Negara. Jalan keluar masuk menuju ke Istana Negara ditutup bagi mengawal kesesakan trafik. #Himpunan812 #daulat812 @501Awani pic.twitter.com/se0hzc501q

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018

MB Kelantan dan Terengganu siap ke Himpunan 812

Sat Dec 08 2018

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dan rakan sejawatnya dari Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sudah berada di ibu negara pagi ini untuk menyertai Himpunan Kesyukuran Penolakan Konvensyen Antabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

BACA BERITA PENUH

MB Kelantan dan Terengganu siap sedia ke Himpunan Kesyukuran Penolakan ICERD

Sat Dec 08 2018

Sarapan pagi bersama YAB Ustaz Dato Ahmad Yaacob, Menteri Besar Kelantan Darul Naim dan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu sebelum persiapan ke Perhimpunan menolak ICERD zohor nanti. pic.twitter.com/Z3ELkfUD60

— Nasharudin Mat Isa (@nasharudin) December 8, 2018

Himpunan 812: Najib ajak rakyat bangkit

Sat Dec 08 2018

Demi agama, bangsa dan tanah air. Ayuh bangkit ! #KL812 #Daulat812

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 7, 2018

Polis pastikan serahan memorandum oleh kumpulan silat berjalan lancar

Sat Dec 08 2018

Seramai 170 anggota Polis ditempatkan di hadapan Istana Negara bagi memastikan penyerahan memorandum oleh beberapa kumpulan silat yang dijadual menyerahkan memorandum sempenan himpunan kesyukuran penolakan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), pada Sabtu.

Difahamkan, kumpulan silat yang akan menyerahkan memorandum berkenaan akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sebelum berarak menuju ke pintu 3 Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

BACA BERITA PENUH

Anggota polis siap sedia jalankan tugas

Sat Dec 08 2018
Anggota polis siap sedia jalankan tugas

Lapor langsung dari Istana Negara

Sat Dec 08 2018

Nik Abduh akan bawa keluarga serta Himpunan 812

Fri Dec 07 2018

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akan membawa keluarga untuk menyertai Himpunan Kesyukuran Menolak ICERD.

Dalam posting terbaru di Facebooknya, Ahli Parlimen Bachok itu berharap perserta berhimpun dengan aman dan bertanggungjawab.

"Berhimpunlah dengan penuh aman, tanggung jawab dan sedar. Binalah niat yang ikhlas kepada-Nya," katanya.

BACA BERITA PENUH

Nik Abduh bawa keluarga ke Himpunan 812

Fri Dec 07 2018

Nik Abduh akan bawa keluarga serta Himpunan 812

Fri Dec 07 2018

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akan membawa keluarga untuk menyertai Himpunan Kesyukuran Menolak ICERD.

Dalam posting terbaru di Facebooknya, Ahli Parlimen Bachok itu berharap perserta berhimpun dengan aman dan bertanggungjawab.

"Berhimpunlah dengan penuh aman, tanggung jawab dan sedar. Binalah niat yang ikhlas kepada-Nya," katanya.

" target="_blank">http://


Silakan berhimpun tetapi jaga keamanan - Hanipa

Fri Dec 07 2018

Peserta perhimpunan aman bagi 'kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me-ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara pada Sabtu, diminta agar menjaga keamanan dan kebersihan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Mohamed Hanipa Maidin berkata setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengadakan perhimpunan aman mengikut undang-undang negara, namun perhimpunan itu perlu dikawal supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.

BACA BERITA PENUH

Menjelang perhimpunan kesyukuran penolakan ICERD

Fri Dec 07 2018

'Himpunan hanya untuk kepentingan Pas, UMNO'

Fri Dec 07 2018

Penganjur perlu kerjasama dengan polis, pihak berkuasa

Fri Dec 07 2018

'Raikan demokrasi', ini pesan Tun Mahathir

Fri Dec 07 2018

Kerajaan meminta supaya penganjur perhimpunan 'kesyukuran' penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) supaya bekerjasama dan membantu polis serta pihak berkuasa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ia bagi memastikan tidak berlaku kekacauan pada perhimpunan itu pada Sabtu.


BACA BERITA PENUH

'YB Syed Saddiq, rakyat Malaysia memang gemar cuti tambahan'

Fri Dec 07 2018

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik 'Twitter Poll' berkaitan keputusan kerajaan Kelantan mengisytiharkan 9 Disember ini sebagai cuti peristiwa sempena penganjuran perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ICERD.

Berdasarkan undian tersebut, rata-rata netizen telah memilih untuk bersetuju dengan pengisytiharan cuti peristiwa tersebut.


BACA BERITA PENUH

6 jalan ditutup sempena ICERD

Fri Dec 07 2018

Menjelang perhimpunan kesyukuran ICERD

Fri Dec 07 2018

Himpunan anti-ICERD: Ironik dan kronik

Fri Dec 07 2018

BERHIMPUN untuk menyatakan sesuatu adalah fitrah manusia, Allah juga menghimpun manusia untuk menyatakan kekuasaanNya di padang mashar kelak. Hari Perhimpunan adalah nama yang diberikan selain Hari Akhirat.

Perhimpunan manusia sesama manusia lebih kepada menyatakan sokongan atau tidak menyokong sesuatu isu. Selain itu ada juga perhimpunan yang sekadar berseronok untuk menikmati sesuatu atau sekadar lepak ramai-ramai. Bahasa politik untuk berhimpun untuk tujuan politik disebut sebagai demonstrasi atau 'demo'. Ungkapan lebih tepat memenuhi tujuan berhimpun itu ialah 'unjuk rasa' atau tunjuk perasaan.


BACA BERITA PENUH

Keputusan tetapkan tarikh Sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 18 Oktober

Fri Dec 07 2018

Let's Talk: ICERD - Future Of Reform

Thu Dec 06 2018

Let's Talk: ICERD - Politics or Panic?

Thu Dec 06 2018

ICERD: Rakyat Malaysia jadi mangsa mitos dan salah faham - Kit Siang

Thu Dec 06 2018

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia menjadi mangsa begitu banyak mitos dan salah faham berkenaan Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurutnya, cadangan meratifikasi ICERD tidak berpunca daripada agenda rahsia untuk melemahkan Perlembagaan Persekutuan atau menyerang kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu.


BACA BERITA PENUH

'Saya tidak perlu hadir perhimpunan ICERD'

Thu Dec 06 2018

Perhimpunan ICERD: Enam jalan utama ditutup

Thu Dec 06 2018

Himpunan Ummah: 5,000 Pemuda UMNO, Jabatan Amal Pas bergabung, bantu PDRM

Thu Dec 06 2018

Kira-kira 5,000 anggota Pemuda UMNO dan Jabatan Amal Pas akan bergandingan dan bekerjasama dengan pihak polis pada himpunan 'kesyukuran' penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar berhimpun dengan aman dan tidak mencetuskan sebarang unsur-unsur perkauman atau menyentuh sensitiviti mana-mana agama.


BACA BERITA PENUH

Usul ICERD oleh Anwar Ibrahim ditolak

Thu Dec 06 2018

Perhimpunan ICERD: 6 jalan utama ditutup

Thu Dec 06 2018

Polis akan memantau perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan diadakan di sepanjang Jalan Raja, pada Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata,ini akan melibatkan penutupan jalan dan lencongan jalan di enam lokasi iaitu Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Hishamuddin, Leboh Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bulatan Dato Onn, seawal 6 pagi.


BACA BERITA PENUH

Himpunan bantah ICERD & penyerahan memorandum di Istana Negara: Sidang media Ketua Polis KL

Thu Dec 06 2018

Tak perlu hadir perhimpunan ICERD - Anwar Ibrahim

Thu Dec 06 2018

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pelawaan menghadiri Perhimpunan Perhapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu ini sekali gus menegaskan pendiriannya berhubung itu adalah jelas.

Anwar berkata, beliau menyokong keputusan Putrajaya membatalkan ratifikasi ICERD dan diterjemahkannya dengan membawa usul berkenaan di Parlimen.


BACA BERITA PENUH

Dakwa Suhakam cetus provokasi: 'Ini politik 'acaq!' - Razali

Thu Dec 06 2018

Tidak adil untuk sesetengah pihak mendakwa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sengaja mencetuskan provokasi susulan penganjuran sambutan Hari Hak Asasi Manusia.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail menegaskan, pihaknya telah berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri sejak September lalu.

"Tarikh tidak boleh ditukar kerana ia perlu dilakukan pada Disember. 10 Disember merupakan sambutan peringkat antarabangsa.


BACA BERITA PENUH

Usul Anwar bahas keputusan ratifikasi ICERD ditolak

Thu Dec 06 2018

Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan keputusan Putrajaya menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau berkata keputusan menolak usul itu adalah di bawah Peraturan Mesyuarat 18 di mana tidak ada keperluan segera untuk usul itu dibahaskan.


BACA BERITA PENUH

Anwar beri penjelasan usul isu ICERD

Thu Dec 06 2018

Kelantan umum cuti peristiwa

Wed Dec 05 2018

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 9 Disember ini sebagai cuti peristiwa sempena penganjuran Perhimpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bertujuan memberi peluang kepada rakyat negeri ini menghadiri perhimpunan tersebut yang bakal diadakan pada 8 Disember di ibu negara.


BACA BERITA PENUH

Perhimpunan ICERD: PDRM & MKN mesyuarat esok

Tue Dec 04 2018

'Jaga tutur kata, tingkah laku'

Tue Dec 04 2018

Peserta himpunan 'kesyukuran' penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diingatkan agar menjaga tutur kata dan tidak memainkan sentimen perkauman ketika perhimpunan itu, 8 Disember depan.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis akan mengambil tindakan jika wujud sebarang pelanggaran peraturan dan undang undang oleh peserta perhimpunan itu.


BACA BERITA PENUH

UMNO jamin patuh semua SOP perhimpunan aman

Tue Dec 04 2018

'Himpunan kesyukuran dijamin tiada unsur perkauman'

Tue Dec 04 2018

Himpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu ini dijamin bebas daripada unsur perkauman dan sensitif.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tersebut lantaran perhimpunan itu dibuat bertujuan menzahirkan kesyukuran rakyat Malaysia.


BACA BERITA PENUH

DBKL benarkan anjur majlis 'kesyukuran'

Mon Dec 03 2018

'Jangan tanam kebencian, ketakutan'

Mon Dec 03 2018

Peserta perhimpunan kesyukuran Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu kota Sabtu ini, diminta tidak menimbulkan masalah dan menghasut sehingga boleh menyebabkan ketegangan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut menasihatkan mereka supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak bertindak menanam ketakutan serta kebencian di kalangan rakyat.


BACA BERITA PENUH

Perhimpunan ICERD hanya di Jalan Raja - DBKL

Mon Dec 03 2018

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membenarkan penganjur perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya menggunakan Jalan Raja, di sini pada Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata perhimpunan itu hanya boleh dilakukan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula pukul 2 petang hingga 6 petang.


BACA BERITA PENUH

'Tidak halang perhimpunan, tetapi tidak sesuai'

Sat Dec 01 2018

'Tidak sesuai anjur perhimpunan buat masa ini'

Sat Dec 01 2018

Pembangkang tidak dihalang untuk mengadakan perhimpunan aman bagi meraikan kejayaan selepas kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).

Namun demikian, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata perhimpunan itu dilihat tidak sesuai dilakukan selepas mengambil kira situasi sekarang.


BACA BERITA PENUH

'Menteri jangan lebih sudu daripada kuah!'

Fri Nov 30 2018

Himpunan Perdana Rakyat Tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember ini akan diteruskan.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, himpunan itu perlu diteruskan bagi menunjukkan kekuatan orang Islam kepada segelintir menteri yang kelihatan ‘lebih sudu daripada kuah’.


BACA BERITA PENUH

Papagomo ditahan kerana siar kenyataan berbaur hasutan

Fri Nov 30 2018

Penahanan Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dibuat kerana tindakannya menyiarkan kenyataan-kenyataan menerusi video berbaur hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Papagomo juga dilihat cuba menaikkan sentimen perkauman.


BACA BERITA PENUH

Polis perlu buat penilaian keselamatan

Thu Nov 29 2018

Perhimpunan Bantah ICERD perlu bebas unsur perkauman

Wed Nov 28 2018

Penganjur Perhimpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) harus memastikan perhimpunan itu bebas dari sebarang elemen yang boleh disalaherti sebagai provokasi perkauman.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, perhimpunan yang dirancang berlangsung 8 Disember itu perlu berjalan dalam keadaan aman, mematuhi undang-undang, serta tidak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.


BACA BERITA PENUH

#Dataran Merdeka#ICERD#jalan raja#Kuala Lumpur
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.