15 ditahan susulan Bersih 5
Polis menahan pemimpin kumpulan Baju Kuning Hishammuddin Rais di Bangsar Utama pagi ini, menjadikan jumlah mereka yang ditahan berhubung perhimpunan haram di ibu negara seramai 15 orang setakat 6 petang tadi.
BACA ARTIKEL DI SINI
Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
Tiada drama!
Ini predikat yang boleh menggambarkan himpunan Bersih 5 anjuran gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 pada Sabtu.
Sejujurnya, ketidakhadiran insiden provokasi, keganasan dan vandalisme di sekitar ibu negara cukup mengejutkan sesetengah pemerhati yang mengikuti rapat perhimpunan yang sudah menjangkau edisi kelima tahun ini.
Pendapat wartawan Astro AWANI tentang penganjuran Bersih 5, di sini.
Bersih 5: Jumlah peserta Baju Kuning, Baju Merah cecah 18,000 - Polis
Sejumlah 18,000 peserta Baju Merah dan Baju Kuning telah mengikuti perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan 15,500 peserta adalah dari kumpulan Baju Kuning manakala 2,500 pula ialah Baju Merah.
Armand, Howard Lee ditahan polis
Menjelang penghujung perhimpunan Bersih 5, lagi aktivis ditahan polis.
Terbaharu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah telah diberkas ketika beliau berhimpun bersama-sama kumpulan penyokong Gerakan Baju Merah di Padang Merbok.
Penahanan beliau disahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Baju Merah, Zainuri Zainal kepada Astro AWANI pada petang Sabtu.
DI SINI BERITA PENUH.
Rafizi Ramli di KLCC
Exco Pemuda UMNO ditahan
Ketua Pemuda Gerakan Baju Merah Zainuri Zainal sahkan Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand (pic) ditahan ketika berhimpun di Pdg Merbok.@501Awani pic.twitter.com/TqoBEvYriE
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Peserta mula bersurai
5.15: Di perkarangan Masjid Jamek. Peserta #Bersih5 mula bersurai, cuaca mendung, diramal hujan @501Awani pic.twitter.com/0xNM8bWWaS
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Melangkah ke KLCC
Plastik sampah merah
Keadaan di Padang Merbok selepas kumpulan Baju Merah berhimpun di sini selama 3 jam. @501Awani pic.twitter.com/JLCe7wCTOE
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
[FB Live] Tun Mahathir berucap di KLCC
Khalayak di Masjid Jamek bergerak ke KLCC
#Bersih5 3.30pm. Para peserta dr Masjid Jamek bergerak ke tempat berkumpul baru yg diumum penganjur iaitu KLCC. @501Awani pic.twitter.com/xUV4xIs6sq
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
'Lebih ramai peserta Baju Kuning, Baju Merah akan ditahan'
Lebih ramai individu yang menyertai Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu, senarai individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah dikenal pasti namun pihak polis tidak akan mendedahkan senarai nama berkenaan.
BERITA LANJUT DI SINI
Tun Mahathir sertai Bersih 5
Penahanan pemimpin Bersih 5: 'Jangan salahkan polis'
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak seharusnya dipersalahkan kerana menahan pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan beberapa lagi pemimpin pembangkang kerana disyaki terlibat dengan penganjuran demonstrasi Bersih 5.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, PDRM hanya menjalankan tanggungjawab mereka dan mengambil tindakan yang diperlukan demi menjamin keamanan dan keselamatan negara ini.
BERITA LANJUT DI SINI
Bersih 5 gerakan politik manipulasi orang awam - Azalina
Penganjur perhimpunan Bersih 5 memanipulasi orang awam dengan gerakan politik pembangkang yang menyamar sebagai orang awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Katanya pemimpin pembangkang di belakang Bersih adalah kumpulan yang pernah bermusuhan dan didorong kepentingan peribadi masing-masing.
"Jika betul mereka mahu membela rakyat, mereka tidak akan melanggar undang-undang dan menjejaskan perniagaan dan rakyat yang ingin meneruskan kehidupan harian.
BERITA LANJUT DI SINI
'Baju Merah kumpulan sokongan', kata Zainuri
3.00pm -"Kumpulan Baju Merah adalah kumpulan sokongan PDRM, bagi menyekat #Bersih5 " - Zainuri, Ketua Pemuda Gerakan Baju Merah. @501Awani pic.twitter.com/fOhDL6RZio
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Situasi di Jalan Ampang
2.48pm - Situasi di Jalan Ampang ketika ini. Peserta #Bersih5 kini menuju ke KLCC. @501Awani pic.twitter.com/FKN4bAypN8
— Syafique Shuib AWANI (@syafique_AWANI) November 19, 2016
Peserta beralih haluan menuju KLCC
Penyokong Bersih kini bergerak menuju KLCC #Bersih5 @501Awani pic.twitter.com/8yB43VdFFO
— Faeza AWANI (@faezaauzar) November 19, 2016
Maria Chin ditahan di bawah SOSMA
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Menurut tweet daripada Lawyers For Liberty, Maria yang ditahan polis semalam boleh ditahan selama 28 hari lagi.
Peserta Bersih 5 melewati Nu Sentral
Peserta #Bersih5 dari LRT Bangsar kini menuju ke Masjid Jamek, Jalan Tun Perak melalui NU Sentral @501Awani pic.twitter.com/MT1WeMtLKR
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Perkembangan di Bangsar jam 2 petang
Ada apa dengan Padang Merbok?
1.45pm - Ada apa di Padang Merbok? Peserta Baju Merah dimaklumkan akan berkumpul di sini, namun ini situasi ketika ini. @501Awani pic.twitter.com/YEl5Pc2GrU
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Terus bergerak
#Bersih5 1.13pm. Kump dr Masjid Negara sudah di Jln Tun Tan Chen Lock, depan Petaling St. Menuju Masjid Jamek. @501Awani pic.twitter.com/Yt2dVfLhCg
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
Sekatan dan rundingan
Sehingga jam 1 petang, situasi masih terkawal walaupun di beberapa lokasi tercetus rasa tidak puas hati dalam kalangan para peserta perhimpunan Bersih 5 kerana laluan mereka dihalang pihak berkuasa.
Kelompok yang sudah bergabung dari Brickfields dan Bangsar kini berada di persimpangan Jalan Travers dan tidak dapat mara ke hentian seterusnya, iaitu Masjid Negara.
Berikutan sekatan itu, bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga pada jam 12.20 tengah hari tadi mengadakan rundingan dengan pihak polis.
Proses rundingan itu diadakan di hadapan barisan kawalan polis dekat Balai Polis Travers.
Bagaimanapun, selesai proses rundingan, Ambiga memaklumkan, pihak polis tidak akan membuka sekatan bagi memberi laluan kepada mereka untuk terus mara.
Pada masa yang sama, kelompok di Masjid Negara sudah mula memikirkan alternatif dengan mengubah haluan ke jalan lain untuk ke Masjid Jamek. Ia terpaksa dilakukan kerana laluan menyusuri Jalan Kinabalu turut disekat.
Sementara itu, bagi kumpulan Baju Merah, mereka akhirnya mendapat kebenaran pihak polis untuk bergerak ke Jalan Kuching, dan seterusnya ke Padang Merbok melalui Jalan Kinabalu.
Sebelum itu, kira-kira 4,000 anggota kumpulan Baju Merah terkandas di hadapan Kompleks Pertama sementara wakil mereka iaitu Armand Azha dan Musa Sheikh Fadzir membuat rundingan dengan polis.
Pihak polis turut menasihatkan peserta kumpulan Baju Merah tidak membawa sebarang objek keras seperti batang kayu atau buluh ke Padang Merbok, atas sebab-sebab keselamatan.
Tutup kedai
Kedai di kaki lima Jalan Dang Wangi juga mula tutup susulan amaran polis sebentar tadi. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/9aUggqxukc
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Perkembangan di Masjid Negara jam 12 tengah hari
#Bersih5 12.00pm. Masih menanti kumpulan dari Bangsar yg dikhabarkan tersekat dek hadangan polis di tengah jalan. @501Awani pic.twitter.com/YohfYgapF1
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
[FOTO] Keadaan di sekitar Masjid Jamek
'Sangkut' di Bangsar
11.58am: Kenderaan meriam air FRU bergerak ke barisan larangan polis berdepan peserta #Bersih5, kurang 500m @501Awani pic.twitter.com/PbwMONrZ3e
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Orang ramai di sekitar Sogo diarah beredar
Orang ramai di luar Sogo turut diarahkan beredar. Polis halang orang drpd memasuki persimpangan Jalan Dang Wangi. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/l8oFkNPhwk
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Pasukan FRU halang Baju Merah
11.45am - Peserta Baju Merah dihalang daripada melalui jalan ke arah Sogo. Anggota FRU bersiap sedia di sini. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/FBIFC8dHLa
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Perarakan kumpulan Baju Merah
11.30am - LAPOR LANGSUNG :Peserta Baju Merah mula memenuhi Jalan TAR. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/3tgZWzIxnD
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Penyanyi Aishah di tengah khalayak
#Bersih5 11.26am. Penyanyi, Aishah juga tak lepas peluang berucap sampaikan rasa hati. @501Awani pic.twitter.com/DNrHekSCUd
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
Dari Bangsar ke Dataran Merdeka
11.15am: Peserta #Bersih5 yang berkumpul di LRT Bangsar mula bergerak menuju Dataran Merdeka @501Awani pic.twitter.com/6SOsrFhUcG
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Sedia untuk bergerak
Menurut Hafiz dr Klang (bertopi) mereka diberitahu utk berkumpul di PWTC dan akan beredar ke lokasi baru slps diberitahu. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/hHSexMFigP
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
'Hidup Melayu' & 'Allahu Akbar'
11.00am - Peserta Baju Merah mula berarak. Melaungkan "Hidup Melayu" dan "Allahuakbar". @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/3T8ERXyXnx
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Baju Merah mula beraksi
10.55 - Sementara itu peserta Baju Merah dilihat berkumpul di sekitar PWTC. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/v1ZZ67Df5P
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Menunggu perarakan dari Bangsar
#Bersih5 10.45am. Masjid Negara makin meriah. Ucapan disampai sementara tunggu rombongan dr Bangsar tiba. @501Awani pic.twitter.com/K7zVRklqSR
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
Hishamuddin Rais ditahan
Aktivis Hishammuddin Rais ditahan di Bangsar selepas menyampaikan ucapan kepada peserta Bersih 5. Dia telah dibawa pergi dari lokasi itu dengan kereta polis.
Penahanan Hishamuddin Rais
11.00am: @IshamRais ditahan polis di LRT Bangsar sekitar 10.37am tadi. @501Awani pic.twitter.com/jcuhKSFHzy
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Polis minta peserta Bersih 5 beredar dari Sogo
10.30am - Polis memberi nasihat kepada peserta >#Bersih5 tidak berkumpul di sini. Jika lebih 100 org berkumpul,diarahkan beredar. @501Awani pic.twitter.com/YP6DmZFDfi
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Marina Mahathir berucap
10.30am: Marina Mahathir @netraKL memberi ucapan kepada peserta #Bersih5 di LRT Bangsar @501Awani pic.twitter.com/4YZx6otKLM
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Perkembangan di Sogo
10.25am - Keadaan di sekitar Sogo, pegawai polis dan anggota FRU turut bersiap sedia di sini. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/ZVDJ4Qr1cO
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Lim Kit Siang di LRT Bangsar
'Kami tidak gentar'
'Semangat mereka tetap bersama kita'
Peserta perhimpunan Bersih 5 di sekitar Brickfields dan Bangsar berhimpun di bawah Stesen LRT Bangsar bagi mendengar ucapan daripada Mantan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Sabu.
Dalam ucapan Ambiga, beliau berkata peserta Bersih 5 tidak pernah gentar dengan apa-apa halangan yang sedang dan bakal dihadapi mereka.
"Semalam adalah hari yang amat 'hitam' kepada kita kerana Maria dan Mandeep serta kawan-kawan yang lain ditangkap pihak polis.
"Tidak mengapa. Walaupun mereka tidak bersama dengan kita hari ini, tetapi semangat mereka bersama dengan kita," katanya ringkas.
Taklimat peserta di Masjid Negara
Pengendali kump peserta di Masjid Negara sdg beri taklimat. Nombor talian Majlis Peguam, bantuan perubatan diberi. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/oUcdx55jrp
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
Peserta bergabung
Kumpulan #Bersih5 dari Brickfields tiba di LRT Bangsar @501Awani pic.twitter.com/xM5dZadWyj
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Suasana mula hangat di LRT Bangsar
Mat Sabu turut berhimpun di Bangsar
#Bersih5 Presiden AMANAH, Mohd Sabu tiba di LRT Bangsar @501Awani pic.twitter.com/UOIkto7MKp
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Anggota polis berkawal
BERDIRI TEGUH. Sepasukan anggota PDRM bersiap sedia di bahagian belakang penghadang, di simpang Jalan Tun Perak. @501Awani pic.twitter.com/aQ7ppXSOS2
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Bersih 5 akan diteruskan, kata Ambiga
#Bersih5 "Kita akan teruskan perhimpunan ini. Perjuangan ini termasuk untuk Maria, Mandeep & ramai lagi" - Datuk Ambiga @501Awani pic.twitter.com/TOkN61tRO4
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Peserta di LRT Masjid Jamek semakin bertambah
Peserta #Bersih5 di Masjid Jamek melaungkan: "Bersih! Bersih!" dan "Reformasi!" @501Awani pic.twitter.com/jnUsQVs3z2
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Lintas langsung dari Dataran Maybank
Ambiga hadir di stesen LRT Bangsar
Berkumpul sementara menunggu jam 10 pagi
Para peserta menunggu mulanya perhimpunan #Bersih5 yg dijadual pukul 10 pagi. Tiada kelihatan #BajuMerah di Masjid Negara. @501Awani pic.twitter.com/Jfay8DZGmV
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
Laluan ke Dataran Merdeka dari Masjid Negara
Jalan ke Dataran Merdeka di hadapan Masjid Negara ditutup. Polis sudah sedia berkawal. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/5yu6P9q67b
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
Penjual cenderamata Bersih 5 di Jalan Pudu
Jalan Pudu lengang. Namun kelihatan beberapa brgn #Bersih5 sudah mula dijual di sekitar sini.@501Awani pic.twitter.com/3TtkqMxRpy
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Pengurusan lalu lintas
#Bersih5 Polis buka susur keluar Jalan Maarof, membolehkan kenderaan membuat U-turn & ke Kuil Arulmigu Sri Ramalinga Eeswarar @501Awani pic.twitter.com/PBLMTrx7U7
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Keadaan semasa di Jalan Pudu
Hari ini saya bersama jurukamera Rozi Mat Sani, sempena #Bersih5. Kami akan bermula dari Jalan Pudu. @501Awani pic.twitter.com/uESZKKrH0o
— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
Kawasan sekitar Masjid Negara mula 'hidup'
Keadaan semasa di Masjid Negara. Macam karnival. Ada jualan makanan & baju. @501Awani #Bersih5 pic.twitter.com/MqQjd1t1qS
— israrkhalid (@ciakhalid) November 19, 2016
Warga OKU turut serta
Isaiah Jacob, 50, OKU dari Selayang telah berpuasa dan berdoa sejak 13 Nov lalu hanya untuk #Bersih5 @501Awani pic.twitter.com/fK8S2nVu9D
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 19, 2016
Kesesakan lalu lintas di Brickfields
Suasana di Dataran Maybank
#Bersih5 7:55am Dataran Maybank, Bangsar lengang. Hanya ada beberapa individu berbaju Bersih 5 kelihatan. @501Awani pic.twitter.com/e5d808NqdC
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 18, 2016
Anggota FRU berkawal
Bersih berarak buat kali kelima
Puluhan ribu rakyat Malaysia dijangka memenuhi jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai Perhimpunan Bersih 5.
Peserta protes ini difahamkan akan berhimpun di Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan stesen LRT Bangsar seawall jam 10 pagi sebelum bergerak ke titik akhir perhimpunan di Dataran Merdeka.
Perhimpunan ini dijangka berlanjutan hingga jam 6 petang.
Sementara itu, pihak polis memberitahu bahawa kawasan berdekatan Dataran Merdeka akan ditutup kepada umum.
Bersih 5 merupakan siri kelima perhimpunan yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sejak tahun 2007.
Pada masa yang sama, kumpulan yang menentang penganjuran Bersih adalah Gerakan Baju Merah yang dikatakan turut membuat kemunculan di lokasi-lokasi sama hari ini.
Pihak polis telahpun memberi amaran kepada kedua-dua kumpulan mengenai aktiviti perhimpunan itu dan akan mengambil tindakan tegas jika ia diteruskan juga.
Bagaimanapun, polis juga dilaporkan sebagai berkata, mereka akan melakukan sehabis baik untuk mengelakkan pertembungan antara peserta Bersih dan Baju Merah.
Pada Jumaat, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ketua Sekretariat Mandeep Singh telah ditahan dan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk disoal siasat susulan serbuan yang dibuat polis di pejabat Bersih di Petaling Jaya, Selangor pada jam 3 petang.
Sementara itu, Bersih mendakwa, perhimpunan yang seumpamanya namun dalam skala lebih kecil turut dijadual berlangsung di 57 bandar di seluruh dunia oleh rakyat Malaysia.
Ini termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, New Zealand, Belanda, Australia, Switzerland, Kanada, Brazil, Colombia, Peru dan Ecuador.
Lebih dekat dengan tanah air pula, perhimpunan Bersih juga dianjurkan di Singapura, Filipina, Hong Kong, Korea Selatan, China, Jepun dan Taiwan.
Terdahulu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kemunculan dalam rakaman video yang menyeru rakyat Malaysia untuk menyertai Bersih 5.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa telah mengingatkan penjawat awam diingatkan supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan atau berhadapan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.
Wartawan Astro AWANI di lokasi
Berikut ialah wartawan kami yang akan menyampaikan lapor langsung perhimpunan ini dari beberapa lokasi sekitar ibu negara.
Media Malaysia akan memberi tumpuan penuh mengenai Perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur hari ini, manakala media antarabangsa juga tidak ketinggalan untuk melaporkan perkembangan mengenai demonstrasi ini.
Astro AWANI menempatkan wartawannya di beberapa lokasi bagi menyampaikan laporan dari semasa ke semasa:
Wartawan penyiaran:
1. Harith Asyraf Hasnan di Dataran Maybank, Bangsar
2. Israr Khalid di Masjid Negara
3. Mariah Ahmad di Dataran Merdeka
4. Dinni Azween Zakaria
Wartawan media sosial:
1. Khairul Nizam Bakeri
2. Syafique Shuib
Krew:
Rozi Mat Sani, Fahmey Md Azhar, Ab Uzza Ab Latiff, Sallehin Hussain, Rizal Rahim, Amir Ariffin, Khairul Azman Muhammad, Irwan Felany, Ahmad Nabal Ahmad Shah, Selvan Ponnusamy.
Jurufoto:
Shahir Omar
Tujuh kawasan sekitar Dataran Merdeka akan ditutup - Polis
Polis Kuala Lumpur akan menutup tujuh jalan di kawasan sekitar Dataran Merdeka berikutan perhimpunan Bersih 5 bermula 7 pagi. Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memasuki laluan ke Dataran Merdeka kerana dikhuatiri berlaku kesesakan lalu lintas.
Apakah laluan jalan yang ditutup? Sila BACA DI SINI.
Jamal Yunos ditahan polis
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan telah ditahan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam sekitar jam 1.30 pagi Sabtu.
BACA: Jamal Yunos ditahan
Bersih 5: Siapa yang telah ditahan setakat ini?
Menjelang perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara hari ini, beberapa penangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa pada Jumaat.
LIHAT SENARAI