Jenazah Sultan Kedah selamat disemadikan
Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, petang ini.
Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pukul 2.30 petang semalam selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.
Jenazah Almarhum baginda disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit dari pukul 11 hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir.
Untuk berita penuh, SILA BACA DI SINI.
Almarhum Sultan Abdul Halim selamat disemadi di Makam Diraja Langgar
Semoga Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditempatkan bersama golongan beriman. Al-Fatihah. #JiwaRakyat #AWANInews pic.twitter.com/2Wuww55EXf
— Astro AWANI (@501Awani) September 12, 2017
Bacaan talkin dan tahlil oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang
[LIVE] Bacaan talkin dan tahlil oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang. Tonton secara langsung: https://t.co/hJnX2DGkB2 pic.twitter.com/AF8D8am2Qv
— Astro AWANI (@501Awani) September 12, 2017
Almarhum Sultan Abdul Halim dan bola sepak berpisah tiada - Radhi Mat Din
Tentunya dikalangan bekas pemain bolasepak Malaysia dan Kedah tidak mungkin akan melupakan keakraban dan komitmen Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan dunia bola sepak.
Bekas kapten hijau kuning Muhamad Radhi Mat Din adalah antara yang memiliki kenangan peribadi bersama sepanjang kariernya dalam dunia bola sepak.
BACA ARTIKEL DI SINI
Tunku Sallehuddin diangkat dan diisytihar Sultan Kedah ke-29
Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah diangkat dan diisytihar sebagai Sultan Kedah yang ke-29 mulai hari ini.
Pengisytiharan tersebut dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit pada petang tadi.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Jalan Langgar sesak dengan rakyt Kedah yang mahu memberikan penghormatan terakhir
3:00PM Jalan Langgar sesak dengan rakyt Kedah yang mahu memberikan penghormatan terakhir#JiwaRakyat @501Awani pic.twitter.com/BZovnaaGK4
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) September 12, 2017
Persiapan pasukan Batalion 19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize, TLDM, TUDM
2:30PM Persiapan pasukan Batalion 19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize, TLDM dan TUDM utk Istiadat Pemakaman nanti#JiwaRakyat @501Awani pic.twitter.com/Q7GIeKg53f
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) September 12, 2017
Laluan istiadat pengiringan jenazah Almarhum Sultan Kedah
Laluan istiadat pengiringan jenazah Almarhum Sultan Kedah. Tonton Buletin AWANI khas, LIVE : https://t.co/lhGMevb9QB #JiwaRakyat pic.twitter.com/lJ8jryKaov
— Astro AWANI (@501Awani) September 12, 2017
'Almarhum Sultan Kedah akan sama-sama berada di padang (bola) untuk memberi sokongan baginda' - Datuk Soh Chin Aun
Mengenang Almarhum Sultan Kedah - Tan Sri Syed Abdul Jabbar
'Almarhum Sultan instrumental dalam memartabatkan institusi pemerintahan Islam' - Prof Dr Shamrahayu
Mengenang Almarhum Sultan Kedah - Dr. Mokhtar Saidin
Mengenang Almarhum Sultan Kedah - Prof. Madya Mohd Samsudin
Rekod pemerintahan Almarhum sangat dinamik - Tan Sri Osman Aroff
Pedati Diraja yang akan membawa Almarhum Sultan Abdul Halim ke Makam Diraja Langgar
#JiwaRakyat Pedati Diraja yang akan membawa Almarhum Sultan Abdul Halim ke Malam Diraja Langgar @501Awani pic.twitter.com/S7l4xRdjEo
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) September 12, 2017
Kenderaan YTAM Pemangku Sultan Pahang tiba di Istana Anak Bukit
Kenderaan YTAM Pemangku Sultan Pahang tiba di Istana Anak Bukit
10:50AM Kenderaan Pemangku Sultan Pahang tiba di Istana Anak Bukit#JiwaRakyat@501Awani pic.twitter.com/xMJ6YkAJtQ
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) September 12, 2017
Jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim dibawa masuk ke Balai Penghadapan, diiringi kerabat Diraja Kedah
#JiwaRakyat Jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim dibawa masuk ke Balai Penghadapan, diiringi kerabat Diraja Kedah @501Awani pic.twitter.com/8GORiKBXBy
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) September 12, 2017
Orang awam mula tiba di Istana Anak Bukit
#JiwaRakyat Orang awam mula tiba di Istana Anak Bukit bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Abdul Halim @AsyrafAWANI pic.twitter.com/wxPH77hKZ1
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) September 12, 2017
Warga Kedah hadir memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah
9:25AM Antara yang hadir dari Yan untuk solat jenazah Almarhum Sultan Kedah #JiwaRakyat @501Awani pic.twitter.com/6onAP3cdT2
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) September 12, 2017
Persiapan akhir di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit
#JiwaRakyat Persiapan akhir di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit sebelum istiadat penghormatan terakhir bermula @501Awani pic.twitter.com/ax5qIMMmgb
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) September 12, 2017
Petugas kru Astro AWANI di Alor Setar, Kedah
8:00AM Petugas media mula mendaftar di kaunter sekretariat SUK Kedah.@501awani #JiwaRakyat pic.twitter.com/0PVc9t2mR0
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) September 12, 2017
Kenderaan membawa YM kerabat Diraja Kedah tiba di perkarangan Istana Anak Bukit
8:28AM Kelihatan kereta MB Kedah memasuki perkarangan Istana Anak Bukit#JiwaRakyat@501Awani pic.twitter.com/dsZvNDmUVK
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) September 12, 2017
Kru Astro AWANI membuat liputan istiadat pemakaman di Alor Setar, Kedah
KRU Astro AWANI termasuk dari meja berita dan teknikal kini berada di beberapa lokasi di sekitar Alor Setar untuk memberi liputan komprehensif istiadat pemakaman Almarhum Sultan Kedah petang nanti.
Wartawan penyiaran, Harits Asyraf Hasnan dan Hilal Azmi bersama-sama dengan juru kamera, Nurfahmi Md Azhar, AB Uzza AB Latiff dan juru teknik penyiaran Zulfadli Misbah dan Irwan Felany akan memberikan anda liputan 360 darjah sehingga selesai istiadat pemakaman Almarhum Sultan.
Berikut adalah istiadat kemangkatan dan pemakaman Diraja:
PENETAPAN ATURCARA ISTIADAT
8:00 pagi : Istiadat Bersiram
9:30 pagi : Istiadat Mengkafan dan Menabur Cendana
10:30 pagi : Sembahyang Jenazah
11: 00 - 12:30 tengah hari : Istiadat penghormatan terakhir bagi orang awam dan kenamaan
1:30 petang : Pengisytiharaan keputusan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja
2:00 petang : Pengiringan Jenazah
4:00 petang : Pemakaman. Majlis tahlil dan doa selamat
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang
Kerajaan mengisytiharkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara sebagai tanda berkabung berikutan kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bendera Malaysia itu dikibarkan separuh tiang selama dua hari bermula dari hari pemakaman jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim esok dan Rabu.
Untuk berita penuh, SILA BACA DI SINI.
Bendera Johor, daerah dikibar separuh tiang
Bendera Johor dan bendera daerah di negeri ini dikibarkan separuh tiang mulai hari ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Untuk berita penuh, SILA BACA DI SINI.
Sultan yang memerintah Kedah selama 59 tahun
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat hari ini pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.
Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Almarhum baginda begitu disenangi oleh semua, kerana cukup dikenali dengan perwatakan baik, pertuturan lembut dan merendah diri yang menjadikan baginda kesayangan rakyat Kedah.
Untuk berita penuh, SILA BACA DI SINI.
Galeri foto: Almarhum Sultan Kedah dalam kenangan
Kemangkatan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dirasai bukan sahaja rakyat Kedah. Namun, rakyat Malaysia turut bersedih ke atas kehilangan seorang pemerintah berjiwa rakyat yang mangkat pada usia 89 tahun.
LIHAT GALERI FOTO DI SINI
Sultan Kedah dalam kenangan
Kemangkatan Sultan Kedah
Almarhum Sultan Kedah seorang yang amat disanjung tinggi - Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa dukacita atas berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Dalam twit terbaru, Perdana Menteri akui bahawa Almarhum Baginda adalah seorang Sultan yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat.
Luahan penuh emosi dan bermakna daripada cucunda Sultan Kedah
Cucunda Almarhum Sultan Kedah, Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi penghormatan terakhir buat Almarhum nendanya yang mangkat kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Menerusi laman Instagram, Raja Sarina Iskandar mengimbas kembali memori beliau bersama Almarhum serta pengorbanan baginda buat negara Malaysia dan Kedah.
Sultan Kedah mangkat: Perak kibar bendera separa tiang
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua bendera di negeri Perak dikibar separuh tiang sebagai tanda turut bersedih dan dukacita rakyat negeri Perak atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj.
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Isnin berkata, baginda menitahkan supaya semua bendera di negeri Perak dikibarkan separa tiang sehingga selesai istiadat pemakaman.
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit pada jam 2.30 petang hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam satu sidang akhbar telah mengumumkan mengenai khabar dukacita itu di Wisma Darul Aman sekitar jam 6.30 petang tadi.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Sultan Kedah mangkat: Perak kibar bendera separa tiang
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua bendera di negeri Perak dikibar separuh tiang sebagai tanda turut bersedih dan dukacita rakyat negeri Perak atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam pada Isnin.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI