
Infografik: Apa yang perlu anda tahu tentang kebakaran di Hospital Sultanah Aminah
Seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi Selasa.
Berikut adalah garis masa, peta lokasi, senarai nama dan kedudukan mangsa ketika kejadian.
KLIK UNTUK LIHAT INFOGRAFIK
Proses forensik selesai
#LANGSUNG dari #HSA: Kesemua jasad mangsa selesai jalani proses forensik & dituntut waris masing-masing @501Awani pic.twitter.com/v75EZGV0Ak
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 25, 2016
SOP di 145 hospital awam akan diteliti semula
Prosedur Keselamatan dan Pengurusan Krisis (SOP) di semua 145 hospital kerajaan di seluruh negara akan diteliti semula oleh skuad khas di bawah kendalian Kementerian Kesihatan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Saksi sifatkan kebakaran di ICU HSA tragedi tidak dapat dilupakan
Suasana kelam-kabut dan asap tebal yang menyelubungi Wad Neurologi akibat kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini menjadi satu pengalaman mencemaskan yang tidak mungkin dapat dilupakan beberapa pesakit di hospital berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Kenapa kematian menimpa keluarga sebelum Deepavali?' - Ibu K.Logeswaran
#LANGSUNG dari #HSA: Suasana pilu menyelubungi Unit Forensik apabila ibu kepada salah seorang mangsa meratapi pemergian anaknya @501Awani pic.twitter.com/PbAPIysJrb
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 25, 2016
#PrayForHSA trending di media sosial
Antara yang turut berkongsikan ucapan di media sosial adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pelakon serta pengacara popular, Neelofa yang turut meluahkan rasa simpati atas insiden tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sultan Johor perkenan pesakit guna Wad Diraja di HSA
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan negeri hulur bantuan kepada mangsa
Kerajaan negeri Johor akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kerajaan negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merasa terharu dengan kejadian tersebut.
"Kita akan menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada keluarga mangsa dalam masa terdekat," katanya.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
Taklimat Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Johor
#HSATerbakar: Penolong Pengarah Bahagian Operasi @bombaJBPM Johor Mohd Rizal Buang menunjukkan kedudukan mangsa-mangsa ketika kejadian pic.twitter.com/PlsaxNJyrc
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 25, 2016
Taklimat Pengarah Bomba Johor kepada DYMM Permaisuri Johor
KEBAKARAN WAD ICU HOSPITAL DI JOHOR BARU: Taklimat oleh YS Pengarah #BOMBA Johor kepada DYMM Permaisuri Johor pic.twitter.com/zph2fboD6I
— BOMBA (@bombaJBPM) October 25, 2016
Takziah dan simpati dari netizen
Kejadian kebakaran di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi tadi menjadi topik utama perbualan pengguna media sosial.
Rata-ratanya menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk berkongsi foto-foto keadaan semasa.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
[VIDEO] Empat wanita dan dua lelaki meninggal dunia
[VIDEO] Kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB
Perdana Menteri maklum mengenai kejadian
Dimaklumkan mengenai kebakaran di Hosp Sultanah Aminah. @KKMPutrajaya & pihak @bombaJBPM sdg uruskan keadaan. Sy sdg tggu laporan terkini
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 25, 2016
Seorang lagi mangsa ditemui, 6 meninggal dunia
25/10/2016: SUSULAN KES HOSPITAL TERBAKAR DI JOHOR BAHRU - Mangsa terakhir telah dijumpai maut #BOMBA
— BOMBA (@bombaJBPM) October 25, 2016
[VIDEO] Operasi tamat, bomba sahkan 6 meninggal dunia
[VIDEO] Bomba sahkan enam meninggal dunia
Bomba mengesahkan 5 maut, 1 diselamatkan
SUSULAN KES HOSPITAL TERBAKAR DI JB Mgsa yg dikeluarkan 6 org - 1 hidup & 5 maut. Ops mcari teruskan krn masih ada lagi 1 mgsa terperangkap
— BOMBA (@bombaJBPM) October 25, 2016
Wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar
Wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru di sini dilaporkan terbakar pagi ini.
Menurut laporan, kejadian berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU).
Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan setakat ini enam orang dilaporkan meninggal dunia dan seorang berjaya diselamatkan dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar 8.56 pagi itu.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Niaga AWANI

AWANI Jr

Komuniti AWANI

AWANI Sarawak

Awani 7.45

Agenda AWANI

AWANI Pagi

Cerita Normal Baharu

Consider This

Notepad with Ibrahim Sani

Let's Talk

The Future is Female

AWANI Review

AWANI Byte

Undi Bootcamp

KiniTV

Menang Saham

Kamek Anak Sarawak

Lan Berdagang

Health Matters

Bual Bola

Week Ahead

Fokus Minggu Depan

Agenda AWANI Asia

AWANI Global
