Pertunjukan bunga api di Lake Garden
Pertunjukan bunga api sempena sambutan Merdeka diadakan di Lake Garden. >>#60JalanMerdeka pic.twitter.com/INOP09gplV
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sesi persembahan di laman Istana
Persembahan tarian di hadapan dif memaparkan kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini. >>pic.twitter.com/IZHhCIeq4v
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Jamuan rasmi di Balai Rong Seri, Istana Negara
Gong dibunyikan di Balai Rong Seri, tanda jamuan rasmi bermula. >pic.twitter.com/nGMOKpKXZN
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sir Donald MacGillivray tinggalkan negara
Sir Donald & Lady MacGillivray menaiki pesawat dan meninggalkan negara. Beliau berkhidmat di Malaya dari tahun 1954 sehingga 1957. >pic.twitter.com/sMEsiXvNLM
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Pengalungan pingat kepada Tunku
Ketua Pemuda UMNO (Tun) Sardon Jubir mengalung pingat kepada Tunku & melaung 'Bapa Kemerdekaan Tanah Air' 3 kali yang disambut hadirin.
Sambutan di Melaka
Sambutan Merdeka bermula di Reclamation Ground (Dataran Pahlawan), Melaka. Sambutan dihadiri Gabenor Melaka, Leong Yew Koh. Turut hadir ke sambutan itu, Pesuruhjaya Residen H.G. Hammett. Bedilan meriam 17 kali kedengaran, diikuti doa oleh mufti Melaka.
Lagu Negaraku dimainkan, Azan dilaungkan
Dram dipalu. Seluruh hadirin berdiri. Lagu Negaraku dimainkan, hadirin menyanyi. Bendera serentak dinaikkan. Anda juga boleh nyanyi bersama! >>>pic.twitter.com/jt4iV7VuXW
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Laungan 'Merdeka' sebanyak 7 kali
Detik dinanti tiba jua. Tunku melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali dan disambut oleh hadirin. Diingati selamanya. >#60JalanMerdeka pic.twitter.com/va54W60EWi
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sambutan kemerdekaan di Kelantan
Ribuan hadirin berkumpul di Padang Bank, Kota Bharu. Tembakan meriam 11 das dilepaskan, 200 merpati dibebas ke udara.
Sambutan kemerdekaan di Pahang
Di Kuantan, Tengku Mahkota membaca perisytiharan kemerdekaan di hadapan 3,000 orang.
Ucapan Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan. >#60JalanMerdeka pic.twitter.com/qxPGWwirll
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Penyerahan dokumen kemerdekaan
Duke of Gloucester menyerahkan dokumen kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman. >>>pic.twitter.com/MBfVZPh8iF
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Ucapan Duke of Gloucester
Duke of Gloucester menyampaikan ucapan bagi pihak Ratu Elizabeth II. >>#60JalanMerdeka pic.twitter.com/L7F3eUgzYE
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sambutan kemerdekaan di Terengganu
Sambutan kemerdekaan bermula di Padang Penghiboran Kemaman, Terengganu. Ratusan hadirin memenuhi jalan raya, ada yang datang dengan berjalan kaki dan menggunakan perahu.Hadirin terdiri daripada pengakap, Home Guard, pelajar, dan sukarelawan.
Duke of Gloucester menerima Royal Salute
Duke of Gloucester menerima Royal Salute oleh anggota perbarisan. Lagu God Save The Queen dimainkan. >pic.twitter.com/5ZUMctRINc
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Ketibaan Duke of Gloucester & Sir Donald MacGillivray
Duke of Gloucester (bapa saudara Ratu Elizabeth II) dan Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray tiba di stadium. >#60JalanMerdeka pic.twitter.com/boZ02urRHW
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sambutan kemerdekaan di Johor
Sambutan kemerdekaan di Johor bermula di Padang Johor Bahru. Sambutan dihadiri cucunda Sultan Johor, Tengku Mahmud yang menggantikan nendanya kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Perisytiharan kemerdekaan dibacakan oleh Timbalan Menteri Besar Johor, diikuti dengan upacara menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku.
Ketibaan Yang di-Pertuan Agong yang pertama
Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman dengan persalinan warna perang. >pic.twitter.com/8MSTGn5TAb
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sultan Selangor yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Sultan Selangor yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong. >>pic.twitter.com/ZE3bmpSaZe
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sultan Pahang dengan persalinan warna merah senduduk.
Sultan Pahang dengan persalinan warna merah senduduk. >pic.twitter.com/N5Rib33NCu
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Raja Perlis dengan persalinan warna emas.
Raja Perlis dengan persalinan warna emas. >pic.twitter.com/SVMckmzeIx
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sultan Kedah dengan persalinan warna biru dan perak.
Sultan Kedah dengan persalinan warna biru dan perak. >pic.twitter.com/CDc2hw7AZq
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sultan Kelantan dengan persalinan warna emas pudar.
Sultan Kelantan dengan persalinan warna emas pudar. >pic.twitter.com/lVuqbtskB3
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sultan Perak dengan persalinan warna krim
Sultan Perak dengan persalinan warna krim. >pic.twitter.com/9JZHF1kTXa
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Sultan Terengganu dengan persalinan warna emas.
Sultan Terengganu dengan persalinan warna emas. >pic.twitter.com/cORAZMsa83
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Tengku Mahkota Johor dengan persalinan tentera.
Tengku Mahkota Johor dengan persalinan tentera. >pic.twitter.com/NncVLc1wP1
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. >>pic.twitter.com/y06mocgvRp
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Ketibaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Ketibaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja disambut dengan iringan lagu dan tepukan gemuruh hadirin yang berdiri.
Acara perbarisan bermula
Muzik perbarisan mula dimainkan oleh ahli pancaragam polis. Anggota perbarisan mula berarak masuk ke stadium.
- Kadet: Seragam khaki & beret hijau
- Pengakap Laut: Kemeja putih, topi putih & seluar pendek biru
- Pandu Puteri: Seragam biru muda
- Pengakap: Skaf merah-emas, merah-hitam, merah-biru & merah-putih
- Briged St John’s Ambulance & British Red Cross: Seragam putih
Susun atur Stadium Merdeka
Macam mana agaknya susun atur Stadium Merdeka yang menyambut kemerdekaan buat kali pertama? Ini dia: pic.twitter.com/6SXrvp0ej0
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Stadium Merdeka mula dipenuhi orang ramai
Hadirin memenuhi Stadium Merdeka. Ramai berpayung kerana masih hujan. Ada yang masih simpan payung retro begitu? >>>#60JalanMerdeka pic.twitter.com/uaUrLXegnw
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Hiasan Merdeka dan Bendera
Bandar kini dipenuhi dengan hiasan Merdeka dan juga bendera. Semuanya meraikan hari munculnya negara baharu. #60JalanMerdeka pic.twitter.com/4JQCX6Ic38
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Peserta perbarisan juga mula bergerak ke stadium
Peserta perbarisan juga mula bergerak meredah hujan dari petempatan sementara ke stadium. Mereka bermalam di sekolah sekitar stadium agar mereka tiba tepat pada masanya.
- Lebih 1,800 anggota tentera ditempatkan di: Victoria Institution, Methodist Boys’ School KL, Maxwell School (SMK Maxwell)
- Tentera juga bermalam di Batu Road School (SK Lelaki Jalan Batu) & Chinese Govt School Davidson Road (SJKC Jalan Davidson)
- Hampir 500 ahli Pandu Puteri, Palang Merah British & bekas tentera di Kuen Cheng Girls’ School (SM Kuen Cheng) dan Tsun Jin High School.
Rakyat bersiap sedia ke Stadium Merdeka
60 tahun lalu, sebuah negara baharu lahir. Pagi ini, warganya sedang bersiap untuk ke Stadium Merdeka. Anda bagaimana? >>>>#60JalanMerdeka pic.twitter.com/RcnuIaixL3
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Hujan ribut di Kuala Lumpur
Hujan disertai ribut di Kuala Lumpur, dijangka berterusan sehingga subuh. Bagaimana sambutan Merdeka pukul 8 pagi nanti? >#60JalanMerdeka pic.twitter.com/L4FEXAiCZs
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Hujan lebat mencurah...
xxx
Kuala Lumpur bermandi cahaya
Ramai yang masih berlegar di kota dua jam selepas Tunku laungkan Merdeka. Mengapa? Indahnya Kuala Lumpur bermandi cahaya. >#60JalanMerdeka pic.twitter.com/lM6NWy07rT
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Jamuan perpisahan Sir Donald MacGillivray
Tunku Abdul Rahman mengadakan jamuan perpisahan kepada Sir Donald MacGillivray di kediaman Perdana Menteri. >#60JalanMerdeka pic.twitter.com/1rRVd9ULh1
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 31, 2017
Lagu merdeka di corong radio
#60JalanMerdeka Kedengaran sayup-sayup dari corong Radio Malaya lagu Tanggal 31 Ogos nyanyian Ahmad CB
https://open.spotify.com/track/3FwXy4hNMyT43Sk4SP96Ff?si=NmiCDRWL
Tunku beri ucapan
Tunku memberi ucapan, diikuti oleh Pegawai Agama UMNO Selangor, Haji Masod Hayati. Tun Sardon juga pernah pegang beberapa jawatan penting: Menteri Pengangkutan, Menteri Kesihatan & Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Pengalungan pingat kepada Tunku
Ketua Pemuda UMNO (Tun) Sardon Jubir mengalung pingat kepada Tunku & melaung 'Bapa Kemerdekaan Tanah Air' 3 kali yang disambut hadirin.
Perbarisan hormat
Perbarisan hormat diadakan oleh 300 orang wakil pemuda Perikatan yang memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman.
Laungan merdeka
Tunku Abdul Rahman laung merdeka 7 kali, disahut ribuan yang hadir di padang, para menteri & ahli Parti Perikatan di pentas. Tunku kelihatan terharu selepas melaungkan merdeka. Cita-cita sebuah negara sudah tercapai.
Bendera Persekutuan dinaikkan
Bendera Persekutuan diusung dalam dulang kedua, dinaikkan dan lagu kebangsaan dimainkan.
Bendera Union Jack diturunkan di Padang Merdeka
Masanya sudah tiba. Lampu dipasang. Bendera Union Jack diturunkan. Lagu God Save The Queen dimainkan. >>#60JalanMerdeka pic.twitter.com/c5WDHbX2NL
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Tunku Abdul Rahman tiba di Padang Merdeka.
Tunku Abdul Rahman sudah tiba di Padang Merdeka. #60JalanMerdeka
Menunggu detik 12 malam. Detik merdeka.
Menunggu detik 12 malam. Detik merdeka. >>pic.twitter.com/5UFyzcKj6U
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Bendera Union Jack diturunkan di Melaka
Di Melaka, bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir oleh dua orang kelasi dari kapal perang kecil St Brides Bay. Bendera tersebut kemudian diserahkan kepada Pesuruhjaya Residen H.G. Hammet.
Pameran Sejarah
Pameran sejarah bermula di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Pameran dibuka sehingga 8 September.
8 jam menjelang sambutan kemerdekaan
Kurang lapan jam lagi menjelang sambutan di Padang Merdeka tengah malam ini. Bendera dikibar di mana-mana. #60JalanMerdeka pic.twitter.com/SXegdakTWB
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Duke & Duchess of Gloucester tiba di Kuala Lumpur
- Wakil Ratu Elizabeth II, Duke & Duchess of Gloucester tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (Sungai Besi) untuk sambutan Merdeka.
- Duke of Gloucester (nama sebenar: Henry William Frederick Albert) merupakan bapa saudara Queen Elizabeth II.
- Duke & Duchess of Gloucester tiba dengan pesawat Bristol Britannia atau nama gelarannya 'Whispering Giant' (Gergasi Berbisik).
- Pesawat itu digelar 'Gergasi Berbisik' kerana bunyi yang dihasilkan hanya sedikit dan penerbangan yang lancar.
- Barisan kehormat dan tetamu kenamaan juga telah bersedia menanti ketibaan Duke & Duchess of Gloucester. Antaranya: 48 Filed Regiment Royal Artillery & Pancaragam Polis Persekutuan Tanah Melayu berada di hujung lapangan terbang sebelah utara.
- Batalion kedua Askar Melayu & Askar RAF berada di hujung lapangan terbang sebelah selatan.
- Para kenamaan tiba, bermula dengan Sultan Perak dan terakhir sekali Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
- Duke of Gloucester memakai seragam putih dengan pingat Order of St Michael and St George tersemat di dada.
- Duchess of Gloucester pula berpakaian kelabu biru. Mereka tiba dengan anak mereka, Prince Williams yang berusia 15 tahun.
- Pasukan pancaragam memainkan lagu God Saves The Queen diikuti tembakan kehormat sebanyak 21 das
- Duchess of Gloucester menerima sebakul bunga orkid dari seorang kanak-kanak perempuan, Azizam Hashim, yang berusia 12 tahun.
Beberapa jalan di Kuala Lumpur ditutup
Jalan-jalan ini ditutup pada 31 Ogos 1957 (5am-10:30pm) untuk sambutan Merdeka.
— #60JalanMerdeka (@60jalanmerdeka) August 30, 2017
Siapa tahu nama jalan-jalan ini sekarang? #60JalanMerdeka pic.twitter.com/ey4vZaPAai
Australia umum beri hadiah kereta api diesel
Sempena Merdeka, Australia umum beri hadiah kereta api diesel. Hadiah kereta api itu bernilai 400,000 pound Australia. Kalau ikut tukaran & inflasi sekarang, AUD12.1 juta = RM41 juta.