Kronologi tragedi enam anggota bomba lemas
Bagaimana tragedi ini boleh berlaku? Lihat kronologi insiden yang meragut tujuh nyawa ini dalam bentuk infografik yang mudah difahami.
[INFOGRAFIK] Kronologi tragedi enam anggota bomba lemas
Mayat remaja lemas dijumpai
Mayat remaja lelaki yang lemas di lombong Taman Putra Perdana di sini petang semalam berjaya ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.
Mangsa, Mohd Ilham Fahmy, 17, ditemui beberapa meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh semalam.
ARTIKEL PENUH DI SINI
'Manusia mati tinggalkan jasa, haiwan mati tinggalkan rangka'
Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari, anggota bomba yang terkorban dalam tragedi di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi, seakan sudah mengetahui beliau akan meninggalkan keluarga tersayang buat selama-lamanya.
Allahyarham telah memuatkan status di aplikasi WhatsApp dengan ayat "Manusia Mati Meninggalkan Jasa, Haiwan Mati Meninggalkan Rangka", kata sepupunya Mohd Hafrawi Fauzi, 22, ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Terap di sini, hari ini.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Siti Nurhaliza, Sharnaaz Ahmad, Norman Hakim kongsi kesedihan
Semenjak awal pagi, tragedi yang menimpa enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial.
Pada mulanya, pasukan berkenaan dilaporkan turun ke lombong pada pukul 9.15 malam Rabu bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Remaja lelaki jatuh lombong kerap teman rakan memancing
Remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong kerap keluar menemani rakannya memancing sejak kebelakangan ini.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Mazlan sempat tanya khabar ibu sebelum pergi buat selamanya...
"Ibu apa khabar? Ibu sihat? Sekejap lagi saya nak bertugas, cari orang lemas,".
Demikian merupakan panggilan telefon terakhir diterima Asmah Abdalis ibu kepada Allahyarham Mazlan Omarbaki, anggota bomba yang terkorban dalam misi mencari dan menyelamat di Taman Putra Puchong semalam.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Bomba lemas: Bapa remaja jatuh lombong ucap takziah
Bapa remaja yang terjatuh dan dikhuatiri lemas di lombong di Taman Putra Perdana di sini, mengucapkan takziah kepada keluarga enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat anaknya.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Penghormatan terakhir enam anggota PPDA
'Ingat setiap kali pergi kerja ingat kerana Allah'
"Ingat setiap kali pergi kerja ingat kerana Allah."
Itu pesan ibu salah seorang anggota bomba yang lemas ketika usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana malam tadi.
Sharifah Adzam Syed Mohamad berkata dia menerima panggilan dari menantunya memaklumkan anaknya Mohd Fatah Hashim, 34, hilang ketika operasi SAR dan sejurus selepas selesai sembayang hajat, panggilan kedua memberitahu mayat anak telah ditemui.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Operasi SAR remaja lelaki terjatuh dalam lombong diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong diteruskan hari ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Zon 5, Izman Adnan berkata operasi mengesan Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, 17, diteruskan pukul 8 pagi ini dengan melakukan pencarian di kawasan tebing sepanjang 40 meter di lombong berkenaan.
ARTIKEL DI SINI
"Dia baru buat 'surprise' minggu lepas, kali ni dia sudah tiada"
"Hari penamaan Sabtu lepas Adnan balik buat surprise untuk pakcik dengan makcik."
Itu luahan bapa kepada anggota bomba, Adnan Othman, 33 tahun yang lemas bersama lima anggota bomba lain malam tadi.
Kata Othman Surati, kali terakhir beliau berjumpa dengan anak keduanya itu adalah pada 29 September lalu, iaitu pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.
ARTIKEL PENUH DI SINI
'Dia harapan keluarga tetapi hari ini dia syahid' - Ibu mangsa
Remuk dan runtun.
Itulah situasi yang digambarkan di rumah Allahyarham Yahya Ali, 24 tahun, yang lemas bersama lima anggota bomba lain ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor malam tadi.
Ibunya, Halimah Geronggong, 42 tahun, masih tidak percaya bahawa semalam merupakan hari terakhir anaknya bertugas.
KPKT arah benteng banjir ditutup kepada awam
Jambatan di atas benteng banjir atau 'flood gate' akan ditutup kepada orang awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata ini bagi memastikan keselamatan awam lebih terjamin.
Operasi menyelamat di Puchong ikut prosedur
Kesemua anggota bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong Taman Putra Perdana Puchong malam tadi telah menjalankan operasi mengikut prosedur.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid berkata operasi oleh anggota dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) itu juga dijalankan dengan menggunakan peralatan khas.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Bantuan pernafasan anggota bomba tertanggal ketika operasi SAR
Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang lemas, diikat pada satu tali ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) unit berkenaan termasuk lengkap dengan memakai peralatan menyelam ketika SAR.
Latihan lebih berkesan, elak tragedi berulang - PM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap latihan yang lebih berkesan perlu diadakan agar tragedi yang melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat tidak berulang pada masa hadapan.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Penghormatan terakhir buat anggota bomba lemas
Enam jenazah anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana malam tadi, selamat disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 kira-kira pukul 9 pagi ini.
Jenazah dibawa ke kampung halaman masing-masing di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak untuk dikebumikan.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Dia baru buat 'surprise' minggu lepas
"Hari penamaan Sabtu lepas Adnan balik buat surprise untuk pakcik dengan makcik."
Itu luahan bapa kepada anggota bomba, Adnan Othman, 33 tahun yang lemas bersama lima anggota bomba lain malam tadi.
ARTIKEL PENUH DI SINI
'Dia harapan keluarga tetapi hari ini dia syahid'
Remuk dan runtun.
Itulah situasi yang digambarkan di rumah Allahyarham Yahya Ali, 24 tahun, yang lemas bersama lima anggota bomba lain ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor malam tadi.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Ini tragedi pertama dalam sejarah
Tragedi enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas ketika melakukan operasi SAR adalah yang pertama dalam sejarah jabatan itu melibatkan sekumpulan anggota terkorban pada satu masa.
ARTIKEL PENUH DI SINI
JBPM ucap takziah kepada mangsa
Salam takziah buat keluarga 6 pegawai bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat.
— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) October 3, 2018
Ya Allah ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, ampunilah kesalahan mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka. pic.twitter.com/MVndH0ymfO
Enam anggota maut dalam operasi SAR
Enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam ini.
Dalam kejadian malam Rabu itu, kesemua anggota terbabit dilaporkan lemas ketika mencari seorang remaja 17 tahun yang dipercayai terjatuh dalam lombong tersebut.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI