UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Najib Razak didakwa hari ini

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dituduh pagi ini di Mahkamah Kuala Lumpur susulan penahanan oleh SPRM pada Selasa.

Astro Awani
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.17 pagi.  Beliau dilihat memakai sut lengkap berwarna biru. - Foto: Astro AWANI/Shahir Omar

[INFOGRAFIK] Kronologi pendakwaan terhadap Najib Razak

Wed Jul 04 2018

KLIK SINI UNTUK LIHAT INFOGRAFIK

Peguam Negara ada kes kukuh terhadap Najib

Wed Jul 04 2018

Pihak pendakwaan yakin mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menerima tuduhan dengan empat pertuduhan pecah amanah dan salah guna kedudukan berjumlah RM84 juta.

Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan berkata pihaknya akan membuktikan kes tersebut dalam perbicaraan nanti.

BERITA LANJUT DI SINI


Lebih banyak pendakwaan terhadap Najib Razak - Peguam Negara

Wed Jul 04 2018

Pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas menjangkakan akan ada lagi pendakwaan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sedikit masa lagi.

Katanya, beliau dimaklumkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang agensi itu sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti.

BERITA LANJUT DI SINI

Ini sidang media oleh Peguam Bela

Wed Jul 04 2018

Najib dilihat meninggalkan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Wed Jul 04 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 3.27 petang Rabu.

Terdahulu, Hakim Datuk Mohd Sofian menetapkan 8 Ogos sebagai hari pengurusan kes, perbicaraan tamat sekitar jam 12.42 tengah hari tadi.


Kalau ini harga yang terpaksa saya bayar selepas berkhidmat untuk negara 42 tahun, saya redha.. - Najib

Wed Jul 04 2018

"Saya telah didakwa secara rasmi hari ini, sesuatu yang telah saya jangkakan. Kalau ini harga yang terpaksa saya bayar kerana 42 tahun saya berkhidmat untuk negara, saya redha.. Saya harap dan bedoa, proses keadilan adalah proses benar-benar adil dan mengikut 'rule of law'," kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas prosiding perbicaraan pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Rabu.


Kalau ini harga yang terpaksa saya bayar selepas berkhidmat untuk negara selama 42 tahun, saya redha.. - Najib

Wed Jul 04 2018

Ini foto sekitar hari pendakwaan Najib Razak

Wed Jul 04 2018

LIHAT FOTO NAJIB DIDAKWA, INI WAJAH YANG HADIR DI MAHKAMAH

AWANI Byte

Wed Jul 04 2018

[VIDEO] Pertuduhan pecah amanah dan rasuah RM42 juta, @NajibRazak mengaku tidak bersalah. #AstroAWANI #AWANInews #AWANIbyte pic.twitter.com/czNEe9OLyv

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) July 4, 2018

Rosmah Mansor dilihat di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Wed Jul 04 2018

Selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai perbicaraan pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur, isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor dilihat di pekarangan kompleks mahkamah tersebut.

Terdahulu, Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat meninggalkan kediaman pasangan itu di Jalan Langgak Duta tengah malam tadi.

BERITA LANJUT DI SINI


Sidang Media Peguam Negara

Wed Jul 04 2018

Larangan perbicaraan merit kes yang dibuat peguambela Najib Razak tidak dapat dijelaskan pihak pendakwaan

Wed Jul 04 2018

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata pihaknya menentang keperluan larangan tersebut dan akan memfailkan bantahan pada pengurusan kes yang seterusnya pada 8 Ogos ini.

"Larangan itu tidak diminta dari pihak kami. Kami membantahnya dan kami tidak tahu apakah bidang larangan tersebut dan tidak pasti tentang bidang kuasa mahkamah dalam hal tersebut," katanya pada sidang media di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Polis beri amaran kepada Tun Faisal

Wed Jul 04 2018

Polis memberi amaran kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz agar tidak membuat sebarang provokasi di kawasan sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini ketika proses perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berlangsung, atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata setakat ini tiada penahanan yang dibuat terhadap Tun Faisal.

BERITA LANJUT DI SINI

Sidang media Peguam Negara tergendala, bertukar kecoh

Wed Jul 04 2018

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang menyaksikan pendakwaan kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertukar kecoh apabila sekumpulan orang awam dipercayai penyokong bekas pemimpin itu dilihat cuba mengganggu sidang media oleh Peguam Negara, Tommy Thomas.

Mereka sebelum itu cuba menyertai sidang media di ruang lobi mahkamah.

BERITA LANJUT DI SINI

Hakim Sofian tetapkan 8 Ogos sebagai hari pengurusan kes, perbicaraan tamat jam 12.42 tengah hari

Wed Jul 04 2018

12.45pm: Hakim Sophian Abdul Razak tetapkan 8 Ogos sebagai hari pengurusan kes, dan tarikh bicara antara 18 hingga 28 Feb 2019, 4 hingga 8 Mac, 11 hingga 15 Mac untuk tarikh-tarikh bicara kes DS @NajibRazak

Kedua-dua pihak bersetuju. Perbicaraan tamat @501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Perbicaraan ditetapkan Februari 2019

Wed Jul 04 2018

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes berhubung dakwaan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada 18 Februari tahun hadapan.

BERITA LANJUT DI SINI

Pertuduhan pecah amanah dan rasuah RM42 juta, Najib mengaku tidak bersalah

Wed Jul 04 2018

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta secara keseluruhan.

Najib membuat pengakuan itu selepas empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, di sini pada Rabu.

BERITA LANJUT DI SINI

Hakim Sofian setuju keluarkan perintah mahkamah agar tiada sebarang kenyataan dari pihak luar boleh dilaporkan media

Wed Jul 04 2018

12.17pm: Hakim Sophian setuju keluarkan perintah mahkamah agar tiada sebarang kenyataan dari pihak luar boleh dilaporkan media dalam apa jua bentuk sekali pun. @501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Peguam Negara dijangka akan membuat sidang media berhubung pendakwaan ke atas Najib Razak

Wed Jul 04 2018

Saya kini di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sebentar lagi Peguam Negara dijangka akan membuat sidang media berhubung pendakwaan terhadap DS Najib Razak @501Awani pic.twitter.com/RnHZKIs89m

— Hakim Rahman AWANI @ Kompleks Mahkamah Jalan Duta (@HakimAstroAWANI) July 4, 2018

Shafee Abdullah mohon bayar pendahuluan RM500,000 dibayar hari ini

Wed Jul 04 2018

11.55am: TS Shafee mohon budibicara Hakim agar pendahuluan RM500,000 dibayar hari ini, baki dibayar hari Isnin 3pm, manakala pasport DS @NajibRazak diserah hari ini.

Hakim Sophian angguk dan Tommy Thomas tidak membantah.@501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Perkembangan di Mahkamah Kuala Lumpur

Wed Jul 04 2018

Shafee Abdullah mohon hakim pertimbang terima geran tanah banglo anak guamnya sebagai tukaran nilai ikat jamin

Wed Jul 04 2018

11.30am: TS Shafee mohon hakim pertimbangkan terima geran tanah banglo anak guamnya di Taman Duta sebagai tukaran nilai ikat jamin.

Tommy bantah kerana ia akan timbulkan kesulitan “Why should the prosecution be saddled with the practical difficulties” @501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Shafee Abdullah cadang ikat jamin antara RM500,000 hingga RM800,000 dan pasport diserahkan kepada pihak berkuasa

Wed Jul 04 2018

TS Shafee cadangkan ikat jamin ditetapkan antara RM500,000 - RM800,000 untuk kesemua pertuduhan, dengan dua penjamin, dan passport diserahkan kepada pihak berkuasa.@501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Tommy Thomas mohon jumlah ikat jamin sekurang-kurangnya RM1 juta bagi setiap satu kesalahan

Wed Jul 04 2018

Peguam Negara Tommy Thomas mahu ikat jamin berjumlah RM4 juta itu dibayar secara tunai, dengan dua penjamin.

Selain membantah jumlah ikat jamin itu, TS Shafee berkata lanjut, anak guam beliau tidak menimbulkan risiko untuk meninggalkan negara ini. @501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Wartawan antarabangsa cedera ketika liputan kes Najib

Wed Jul 04 2018

Seorang wartawan media antarabangsa mengalami cedera ringan ketika membuat liputan berkenaan pendakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut wartawan yang enggan dikenali ia berlaku semasa kekecohan ketika ketibaan Najib memasuki pintu utama kompleks mahkamah berkenaan.

BERITA LANJUT DI SINI

Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Tinggi 3 dan minta dibicarakan

Wed Jul 04 2018

10.45am: Keempat-empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen tadi, dibacakan semula di Mahkamah Jenayah Tinggi 3 kepada OKT iaitu DS Najib Tun Razak.

Beliau mengaku tidak bersalah ke atas empat pertuduhan tersebut, dan minta dibicarakan.@501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Tan Sri Shafee Abdullah ketuai barisan peguambela

Wed Jul 04 2018

Hakim ialah Sophian Abdul Razak, manakala barisan peguambela Datuk Seri Najib diketuai Tan Sri Shafee Abdullah.

Ketika Tommy Thomas sedang bercakap, Datuk M Kumaraendran bangun memperkenalkan diri beliau sebagai peguam pemerhati untuk DS Rosmah Mansor.@501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Najib masuk ke kamar Mahkamah Tinggi Jenayah 3

Wed Jul 04 2018

10.30am: Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke bilik Mahkamah Tinggi Jenayah 3.

Peguam Negara Tommy Thomas memulakan proses pendakwaan.@501Awani @AsyrafAWANI

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Hakim benarkan permohonan pemindahan pendakwaan kes

Wed Jul 04 2018

Kini sedang menanti di dalam bilik Mahkamah Tinggi Jenayah 3, menanti kehadiran DS @NajibRazak.

Antara yang kelihatan, anak-anaknya Nazif, Ashman, Nooryana;, Ketua Wanita UMNO (@norainiahmad67) dan KP UMNO (@drasyrafwajdi); ahli MT UMNO @IsmailSabri60 dan @mynohomar. @501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Najib berdepan 4 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa

Wed Jul 04 2018

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.

Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

BERITA LANJUT DI SINI

Empat pertuduhan dibacakan

Wed Jul 04 2018

Empat pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen terhadap @NajibRazak . Bagaimanapun, tiada pengakuan dibuat Datuk Seri Najib di mahkamah berkenaan. Kes kemudian dipindah ke Mahkamah Tinggi. @501Awani

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 4, 2018

Ini pula tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan

Wed Jul 04 2018

Najib dituduh mengikut Seksyen 2 Akta SPRM 2009

Wed Jul 04 2018

Ini pertuduhan ke atas @NajibRazak mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. @501Awani pic.twitter.com/3SkNiWgy26

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 4, 2018

Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas perdana menteri

Wed Jul 04 2018

Dari @Rahimah501AWANI dari Kamar Mahkamah Sesyen:
Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas perdana memteri , Datuk Seri Najib Tun Razak.

Satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Datuk Seri Najib Razak iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 4, 2018

Najib hadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah

Wed Jul 04 2018

Dari @Rahimah501AWANI dari Kamar Mahkamah Sesyen:
Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas perdana memteri , Datuk Seri Najib Tun Razak.

Satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Datuk Seri Najib Razak iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 4, 2018

[INFOGRAFIK] Ini kronologi siasatan kes 1MDB

Wed Jul 04 2018

Ikuti kronologi melibatkan dakwaan salah laku yang menjurus kepada siasatan dan pendakwaan membabitkan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) melalui pautan ini.

BACA: Kronologi siasatan kes 1MDB

Pertuduhan kes sedang dibacakan

Wed Jul 04 2018

9:05 pagi @NajibRazak memasuki kamar tertuduh. Pertuduhan kes sedang dibacakan. @501Awani

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 4, 2018

Prosiding pendakwaan terhadap Najib Razak bermula

Wed Jul 04 2018

0905: Prosiding pendakwaan DS @NajibRazak di Mahkamah Sesyen KL bermula @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 4, 2018

Pengamal media menanti di hadapan Mahkamah Tinggi Jenayah 1

Wed Jul 04 2018

Di saat DS @NajibRazak sedang hadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, media turut menanti di hadapan Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di aras yang sama, kerana beliau turut akan hadapi pertuduhan di sini.@501Awani pic.twitter.com/BFv0v0Csqo

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Tommy Thomas mengetuai pendakwaan terhadap Najib Razak

Wed Jul 04 2018

Peguam Negara, Tommy Thomas mengetuai 12 orang pasukan pendakwaan terhadap DS @NajibRazak @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 4, 2018

Perkembangan di Mahkamah Sesyen

Wed Jul 04 2018

Oleh @Rahimah501AWANI dari Kamar Mahkamah Sesyen KL

8:35 pagi: DS @NajibRazak dibawa masuk mahkamah
8:44 pagi: Dua anak Najib masuk mahkamah iaitu Nooryana dan suami, serta Norashman @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 4, 2018

Najib Razak dibawa masuk dalam kamar mahkamah

Wed Jul 04 2018

8:35 pagi: Datuk Seri @NajibRazak dibawa masuk ke mahkamah.

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 4, 2018

Wartawan mula memasuki Mahkamah Sesyen bagi mengikuti pendakwaan terhadap Najib Razak

Wed Jul 04 2018

Mahkamah Sesyen dikawal ketat polis. Hanya kira-kira 20 wartawan sahaja dibenarkan masuk ke dalam mahkamah bagi mengikuti kes pendakwaan ke atas Datuk Seri @NajibRazak. @501Awani pic.twitter.com/Lxft3mb8vM

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 4, 2018

Kecoh apabila media cuba rakam kelibat Najib

Wed Jul 04 2018

Suasana agak kecoh apabila media berebut untuk mengambil visual DS @NajibRazak namun keadaan masih terkawal. @501Awani pic.twitter.com/jf6PdP01ei

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan

Wed Jul 04 2018

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.20 pagi untuk menghadapi pertuduhan.

BERITA LANJUT DI SINI

Situasi di Mahkamah Kuala Lumpur saat Najib tiba

Wed Jul 04 2018

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 8.20am, untuk hadapi pertuduhan.

DS @NajibRazak hadir berpakaian suit biru, dan disambut oleh para penyokong beliau. @501Awani pic.twitter.com/gNP5XdM6CT

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Najib Razak tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

Wed Jul 04 2018

Najib Razak tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

Wed Jul 04 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau dilihat memakai sut lengkap berwarna biru.

Laungan 'hidup Najib' bergema mengiringi ketibaan bekas Perdana Menteri.

Harap Najib diberi perbicaraan telus

Wed Jul 04 2018

Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad (@norainiahmad67) harap mantan Presiden mereka DS @NajibRazak diberikan perbicaraan yang telus.

Beliau juga gesa masyarakat untuk tidak terlalu cepat mengadili, tanpa berasaskan fakta sebenar@501Awani pic.twitter.com/zdydHFhhUZ

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018

Penyokong Najib Razak hadir tanda solidariti

Tue Jul 03 2018

7:55 pagi: Antara sebahagian penyokong Datuk Seri @NajibRazak yang menyatakan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri itu di luar mahkamah. @501Awani pic.twitter.com/SomwTY0GJI

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 3, 2018

Astro AWANI akan berikan laporan komprehensif berkaitan pendakwaan bekas perdana menteri

Tue Jul 03 2018

Nantikan laporan komprehensif rakan setugas @HakimAstroAWANI @FirdausAzil @Rahimah501AWANI dan saya berkenaan pendakwaan DS @NajibRazak 8 pagi ini di saluran @501Awani pic.twitter.com/6nBy1C4LPk

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 3, 2018

Puad Zarkashi hadir beri sokongan

Tue Jul 03 2018

7:40 pagi: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi adalah antara yang memberi sokongan moral kepada Datuk Seri @NajibRazak . @501Awani pic.twitter.com/NxawS2dkbY

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 3, 2018

Najib Razak didakwa: Perkembangan di SPRM

Tue Jul 03 2018

Najib Razak dibawa keluar dari SPRM

Tue Jul 03 2018

7.40am: Konvoi membawa bekas perdana menteri keluar dari ibu pejabat SPRM untuk ke mahkamah KL. DS Najib dalam kenderaan Proton Inspira merah tu. @501Awani pic.twitter.com/DqR7EacaHB

— Hakim Rahman AWANI @ Ibu Pejabat SPRM Putrajaya (@HakimAstroAWANI) July 3, 2018

Najib dibawa keluar dari SPRM menuju Mahkamah KL

Tue Jul 03 2018

Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada pukul 7.37 pagi ini.

BERITA LANJUT DI SINI

Kenderaan polis tiba di SPRM dipercayai untuk mengiringi Najib ke Mahkamah Kuala Lumpur

Tue Jul 03 2018

7.15am: Kenderaan polis tiba di ibu pejabat SPRM dipercayai untuk mengiringi bekas perdana menteri ke mahkamah. @501Awani pic.twitter.com/mnLPuxB5P2

— Hakim Rahman AWANI @ Ibu Pejabat SPRM Putrajaya (@HakimAstroAWANI) July 3, 2018

Keadaan di hadapan ibu pejabat SPRM sebelum Najib Razak di bawa ke Mahkamah Kuala Lumpur

Tue Jul 03 2018

Keadaan di hadapan Ibu Pejabat SPRM. Sebentar lagi bekas perdana menteri akan dibawa ke mahkamah KL utk pendakwaan yg diketuai oleh peguam negara Tommy Thomas @501Awani pic.twitter.com/YziJFgDEBO

— Hakim Rahman AWANI @ Ibu Pejabat SPRM Putrajaya (@HakimAstroAWANI) July 3, 2018

Trak FRU, trak polis memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Tue Jul 03 2018

Lima buah trak FRU, 1 trak polis dan 1 jeep FRU memasuki perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta @501Awani pic.twitter.com/TcbfGSpefO

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 3, 2018

Media dibenarkan masuk

Tue Jul 03 2018

7:00 pagi: Media mula dibenarkan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. @501Awani pic.twitter.com/T3G3zl4d0j

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 3, 2018

Pemeriksaan oleh Unit K9

Tue Jul 03 2018

6:55 pagi: Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) mula melakukan pemeriksaan di persekitaran mahkamah atas faktor keselamatan. @501Awani pic.twitter.com/2R0GKTWhqY

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 3, 2018

Astro AWANI akan bawakan perkembangan terkini di Mahkamah Kuala Lumpur

Tue Jul 03 2018

6:30 pagi: Pengamal media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak 5 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan kes pendakwaan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.Setakat ini media hanya dibenarkan berada di luar perkarangan mahkamah. @501Awani pic.twitter.com/F04eyiGTYE

— Rahimah Abdullah @ Kompleks Mahkamah KL (@Rahimah501AWANI) July 3, 2018

Bukan hanya Najib Razak dipanggil untuk beri kenyataan

Tue Jul 03 2018

Ini antara artikel berkaitan individu lain yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BACA: Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM

BACA: Riza Aziz selesai beri keterangan selepas disiasat 9 jam

BACA: Riza Aziz beri keterangan berhubung 1MDB

BACA: Ahmad Said beri keterangan lima jam di SPRM

BACA: SPRM cari empat individu bantu siasatan 1MDB


Najib Razak hadir ke ibu pejabat SPRM untuk beri kenyataan

Tue Jul 03 2018

Ia bagi memberi keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Najib diwakili bekas peguam cara negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, serta enam lagi peguam dalam pasukannya.

ARTIKEL BERKAITAN:

BACA: Najib Razak tiba di ibu pejabat SPRM

BACA: Najib Razak beri kenyataan lanjutan isu SRC International

BACA: Najib hadir di SPRM beri keterangan kali kedua


Rosmah tinggalkan kediaman di Langgak Duta 

Tue Jul 03 2018

Rosmah dilihat keluar menggunakan sebuah kereta jenis SUV dengan berselendang di kepala kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

BERITA LANJUT DI SINI

Peguam Shafee Abdullah tiba di rumah Najib Razak

Tue Jul 03 2018

Kereta berwarna hitam dilihat bergegas masuk ke Jalan Langgak Duta sebelum terus menuju ke rumah Datuk Seri Najib.

BERITA LANJUT DI SINI

Najib ditahan, ini doa Rafizi...

Tue Jul 03 2018

Ini yang Rafizi doakan...

Najib mohon maaf, terima pertuduhan sebagai dugaan dunia

Tue Jul 03 2018

Sambil memohon maaf kepada rakyat Malaysia, bekas presiden UMNO itu berkata beliau akan menghadapi segala yang berlaku ke atasnya dengan tabah.

BERITA LANJUT DI SINI

"Kebenaran akan terserlah akhirnya" - Jurucakap Najib Razak

Tue Jul 03 2018

Menurut jurucakap bekas Perdana Menteri itu, ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat telah sedari awal lagi menjatuhkan 'hukuman bersalah' terhadap bekas perdana menteri itu dan menyuarakan perkara tersebut secara terbuka sejak mengambil alih kerajaan.

BERITA LANJUT DI SINI

Selepas Najib tidur di lokap SPRM malam tadi, ini yang dijangka akan berlaku 

Tue Jul 03 2018

Apa yang kita boleh jangka esok selepas @NajibRazak bermalam di @SPRMMalaysia malam ini? Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar boleh jawab. @501Awani pic.twitter.com/darUnsQhKy

— Ashwad Ismail AWANI (@ashwadismail) July 3, 2018

Najib ditahan SPRM di kediamannya

Tue Jul 03 2018

Najib Razak ditahan SPRM, akan didakwa pagi ini 

Tue Jul 03 2018

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mengesahkan perkara itu berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang Selasa sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.

Sementara Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB turut mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap Najib Tun Razak pada pukul 2.35 petang Selasa berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Najib akan dituduh pada pukul 8.30 pagi ini di Mahkamah Kuala Lumpur.

BERITA LANJUT DI SINI

#bekas perdana menteri#IMDB#Mahkamah Kuala Lumpur#Najib Razak#SPRM
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.