UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Najib Razak didakwa sekali lagi hari ini

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal didakwa sekali lagi petang ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Astro Awani
Astri AWANI difahamkan penahanan beliau berkaitan dengan kes dana RM2.6 bilion yang berkait dengan 1MDB. -Gambar fail

'Saya bukan pencuri'

Thu Sep 20 2018

"Saya bukan pencuri."

Itu peringatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin dari 25 pertuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi.

"Saya hanya hendakkan keadilan bagi membersihkan nama saya," katanya.

Untuk berita lanjut, BACA DI SINI.

Tidak mengaku bersalah

Thu Sep 20 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Pada masa sama, beliau turut dituduh melakukan empat kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Ikuti perkembangannya di sini...

Pendakwaan dibacakan

Thu Sep 20 2018

Najib Razak didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas 4 tuduhan rasuah melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Pasukan pendakwaan diketuai Datuk Seri Gopal Seri Ram

Thu Sep 20 2018

Pasukan pendakwaan diketuai Datuk Seri Gopal Seri Ram.

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 20, 2018

Ashman setia menemani...

Thu Sep 20 2018

Anak Datuk Seri @NajibRazak, Ashman Najib turut berada dalam mahkamah bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu. @501Awani

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 20, 2018

Kekecohan di pekarangan mahkamah!

Thu Sep 20 2018

Kekecohan ditimbulkan oleh penyokong Najib yang mempersoalkan tindakan polis tidak memberi kebenaran untuk mereka memasuki pekarangan mahkamah.

Anggota FRU bersiap sedia di pintu masuk

Tangguh 15 minit

Thu Sep 20 2018

Prosiding ditangguhkan selama 15 minit kerana Muhammad Shafee meminta kertas pertuduhan diberikan kepada pihak peguambela.

Kawalan ketat di Mahkamah Kuala Lumpur

Thu Sep 20 2018

Perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur dikawal ketat pihak berkuasa polis susulan pendakwaan kes melibatkan Datuk Seri @NajibRazak. Ia termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9). @501Awani pic.twitter.com/3Cv6OrugNL

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 20, 2018

Media mula berkumpul di mahkamah

Thu Sep 20 2018

Media mula memenuhi perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengikuti perkembangan kes pendakwaan ke atas Datuk Seri @NajibRazak yang dijangka bermula jam 3 petang.@501Awani pic.twitter.com/f2aRMWFhwX

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 20, 2018

Timbalan Ketua Polis Negara keluar kenyataan media

Thu Sep 20 2018

FLASH:

Penjelasan Ketua Polis Negara tentang isu penangkapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi ini.@501Awani pic.twitter.com/pF4Knu9B6K

— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) September 20, 2018

Najib bakal berdepan 21 pertuduhan

Thu Sep 20 2018

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal berdepan 21 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Ini tidak termasuk beberapa pertuduhan lagi yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan 21 pertuduhan ini melibatkan dana RM2.6 bilion atau USD 681 juta, iaitu sembilan (9) pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram dan lima (5) pertuduhan melibatkan penggunaan wang haram dan tujuh (7) pertuduhan yang melibatkan pemindahan wang harap ke entiti lain.

BERITA LANJUT DI SINI

DS Azam Baki memasuki galeri awam mahkamah

Thu Sep 20 2018

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki memasuki galeri awam mahkamah.

Pasukan pembelaan kes diketuai Tan Sri Dr Muhammad Shafee tiba di mahkamah

Thu Sep 20 2018

Pasukan pembelaan kes diketuai Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah. @501Awani pic.twitter.com/QAzgNlXmP7

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 20, 2018

Polis rakam keterangan Najib

Thu Sep 20 2018

Najib tiba di mahkamah, prosiding bermula jam 3 petang

Thu Sep 20 2018

Datuk Seri @NajibRazak tiba di mahkamah jam 1.48 petang @501Awani pic.twitter.com/ysrN7t6KGw

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 20, 2018

Najib tiba di JSJK

Thu Sep 20 2018

Najib tiba di Menara 238, Jalan Tun Razak kira-kira jam 9:20 pagi menaiki kereta Alphard hitam. @501Awani pic.twitter.com/mSJvgJxdGS

— Dania Zainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) September 20, 2018

Najib dibawa ke JSJK selepas ditahan SPRM lebih 16 jam

Thu Sep 20 2018

Kenderaan membawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kira-kira jam 8.55 pagi.

Najib yang ditahan sejak jam 4 petang semalam dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.

BERITA LANJUT DI SINI

Kenderaan polis tiba di SPRM untuk mengiringi Najib

Thu Sep 20 2018

Najib dibawa keluar dengan menaiki kenderaan MPV jenis Alphard berwarna hitam serta diiringi kenderaan pihak berkuasa SPRM dan polis. @NajibRazak

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 20, 2018

Najib dibawa ke JSJK

Thu Sep 20 2018

Najib kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.

Najib Razak dibawa keluar dari SPRM

Thu Sep 20 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri @NajibRazak mula keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini selepas ditahan sejak jam 4 petang semalam. @501Awani pic.twitter.com/pyOyYR8tmz

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 20, 2018

Perkembangan terkini di Pejabat SPRM

Thu Sep 20 2018

Najib masih berada di Ibu Pejabat SPRM

Wed Sep 19 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri @NajibRazak masih ditahan SPRM sejak jam 4 petang semalam dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL 3 petang ini melibatkan kes dana RM2.6 bilion berkait dengan 1MDB. @NajibRazak pic.twitter.com/DjzYT3uROr

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 19, 2018

Ashman Najib doa bapanya diberi layanan adil

Wed Sep 19 2018

Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berdoa agar bapanya diberi layanan yang adil.

Menerusi perkongsian dalam Instagram peribadinya, Mohd Ashman Najib berkata, dia tidak dapat membayangkan kesusahan bapanya yang ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

BERITA LANJUT DI SINI

Najib mungkin bermalam di Sungai Buloh?

Wed Sep 19 2018

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan ditahan di penjara Sungai Buloh sekiranya proses ikat jamin atas beberapa pertuduhan yang akan dikemukakan hari ini tidak sempat diselesaikan.

Peguam Adzly Abdul Manas berkata kemungkinan itu boleh berlaku kerana Pejabat Pendakwa Raya memutuskan untuk memulakan pendakwaan pada jam 3.00 petang.

Menurut Adzly kaunter ikat jamin biasanya akan ditutup pada jam 4.30 petang sedangkan penjamin beliau memerlukan masa untuk berurusan dengan bank bagi tujuan membuka akaun dan mengira wang tunai lebih-lebih lagi membabitkan jumlah yang besar.

BERITA LANJUT DI SINI

Najib hadir ke SPRM

Wed Sep 19 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam pada kira-kira jam 4.15 petang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan, berkata Najib akan didakwa jam 3 petang hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

BERITA LANJUT DI SINI

#1MDB#didakwa#Najib Razak#Rasuah#SPRM
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.