SPR jangka 80 peratus keluar mengundi, keputusan 10 malam
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini sebanyak 80 peratus.
Timbalan Pengerusinya Tan Sri Othman Mahmood berkata sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran mengundi akan dibuka pada PRK berkenaan melibatkan 18 buah sekolah dan satu dewan orang ramai.
BERITA LANJUT DI SINI
Tidak kecewa dengan pencalonan Mohd Zawawi - Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau kecewa dengan pencalonan Mohd Zawawi Ahmad Mughni bagi mewakili parti itu dalam PRK DUN Sungai Kandis.
Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah perkara yang sengaja ditimbulkan BN untuk memberi gambaran seolah-olah berlaku pepecahan dalam Pakatan Harapan (PH).
BERITA LANJUT DI SINI
#AWANIbyte
Pertandingan tiga penjuru PRK Sungai Kandis
Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.
Ia melibatkan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.
BERITA LANJUT DI SINI
PRK Sungai Kandis secara rasminya bermula
Pilihan Raya Kecil PRK Sg Kandis secara rasminya BERMULA. @501Awani pic.twitter.com/FzSxDxW1r2
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Tiga calon disahkan bertanding PRK Sungai Kandis
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad mengesahkan tiga calon akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.
Beliau turut mengumumkan menerima borang pencalonan dari Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR, Datuk Lokman Noor Adam dari BN dan Murthy Krishansamy dari Parti Bebas.
PRM tarik diri, pertarungan tiga penjuru antara PKR, BN dan Bebas
Selepas penarikan diri oleh calon PRM, PRK Sg Kandis menyaksikan hanya pertandingan 3 penjuru, PKR, BN dan Bebas. @501Awani pic.twitter.com/odIq3ncfzO
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Kini pertarungan antara empat penjuru, PRM dan Bebas serah borang calon
PRK Sg Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Parti Rakyat Malaysia PRM dan Parti Bebas menghantar borang calon @501Awani https://t.co/artkPZ6uza pic.twitter.com/23fRzGV930
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Lawan tetapi tetap kawan
Kedua-dua calon PKR Mohd Zawawi dan BN Datuk Lokman, makan bersama selepas selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing. @501Awani pic.twitter.com/5twK8spHsS
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Apa selepas ini di DUN Sungai Kandis?
Calon PRK Sungai Kandis sudah serah borang pencalonan
Kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Lokman Noor Adam dilaporkan sudah selesai mendaftarkan diri pada jam 9.13 pagi.
Mereka telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing sejurus pusat penamaan calon PRK Sungai Kandis dibuka pada jam 9 pagi.
Walaupun cuaca mendung, suasana tetap 'panas'
Cuaca sedikit mendung, tapi ada yang panas @501Awani pic.twitter.com/oMLhFihtqh
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Suasana sekitar pusat penamaan calon
Suasana di hadapan pintu masuk dewan MBSA Seksyen 19 @501Awani pic.twitter.com/oqnWZ00p43
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Calon BN, Lokman Adam tiba seawal jam 8 pagi
Calon BN bagi PRK Sg Kandis, Datuk Lokman Adam bersama penyokong sejak jam 8 pagi di hadapan dewan MBSA Seksyen 19. @501Awani pic.twitter.com/6oviXvdyUl
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Presiden, Timbalan Presiden PKR hadir beri sokongan
Timbalan Perdana Menteri DS Wan Azizah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi DS Azmin Ali dan Menteri Besar Amirudin Shari hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.@501Awani pic.twitter.com/2nOnCgenjU
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berarak bersama penyokong
Calon PKR bagi PRK Sg Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni berarak bersama penyokong @501Awani pic.twitter.com/RV9fCmBMwA
— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 21, 2018
Lintas langsung dari lokasi
Penamaan calon PRK Sungai Kandis hari ini
Proses penamaan calon bermula 9 pagi
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bermula pada 9 pagi ini di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 19 di sini.
BERITA LANJUT DI SINI
Pusat Jagaan Emas Sg Kandis mohon pembelaan
Petugas AWANI bersiap sedia di lokasi
Analisis kawasan DUN mengikut komposisi etnik
Maklumat ringkas daftar pemilih PRK N.49
Petugas AWANI bersiap sedia di lokasi
Lokman Adam calon sesuai
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PIlihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kerana beliau mempunyai pengalaman politik di kedua-dua belah pihak.
BERITA LANJUT DI SINI
Calon PKR, BN bakal bertembung dalam 'Debat Sungai Kandis'
Lokman Adam bertanding atas tiket BN
Menjelang penamaan calon PRK N49 Sg Kandis
Menjelang penamaan calon Sungai Kandis
Zawawi nafi lobi untuk jadi calon
Sentimen menjelang PRK N49 Sungai Kandis
Mohd Zawawi calon PKR di PRK Sungai Kandis
Lokman Adam bertanding atas tiket BN
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bakal bertanding atas tiket Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, 4 Ogos ini.
BERITA LANJUT DI SINI
Mohd Zawawi calon PKR di PRK Sungai Kandis
Mohd Zawawi Ahmad Mughni dinamakan sebagai calon yang dipertaruhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis akan datang.
BERITA LANJUT DI SINI
PRK Sungai Kandis ujian pertama PH
PRK Sungai Kandis: Penamaan calon
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis berlangsung di Shah Alam hari ini bermula 9 pagi.
Dijadual pada 4 Ogos ini, PRK Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.