Jenazah Noriah selamat disemadikan
Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 2 di Kampung Parit 2 berdekatan Sungai Burong pada jam 2 pagi awal Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
Jenazah Noriah Kasnon tiba
Jenazah Datuk Noriah Kasnon tiba di Pangkalan Udara TUDM, Subang Jaya sekitar jam 11.45 malam tadi.
Sejurus selepas ketibaan, jenazah terus dibawa pulang ke kediamannya di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor.
Pesawat membawa jenazah Noriah selamat berlepas dari Pangkalan Udara TUDM, Kuching
Pesawat Hercules C130 TUDM yang membawa jenazah Noriah Kasnon telah berlepas dari Pangkalan Udara, TUDM di Kuching.
Turut mengiringi jenazah Noriah adalah anak-anaknya yang diterbangkan dari Kuala Lumpur sekitar tengah hari, Jumaat.
Pesawat Hercules C130 TUDM sedia berlepas untuk membawa jenazah Noriah ke Pangkalan Udara TUDM, Subang
Pesawat Hercules C130 TUDM sedia berlepas utk membawa Jenazah Datuk Noriah Kasnon ke P.U Subang @501Awani pic.twitter.com/erueqTyQTx
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 6, 2016
Ketibaan jenazah di surau TUDM Kuching
Ketibaan jenazah wanita mangsa insiden helikopter di surau TUDM Kuching untuk disembahyangkan @501Awani pic.twitter.com/jYD7cLTaiO
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) May 6, 2016
PM & TPM bersama beberapa Menteri Kabinet & VIP memasuki Pangkalan Udara TUDM Kuching
08:15pm: PM & TPM bersama beberapa lagi Menteri Kabinet & VIP memasuki Pangkalan Udara TUDM Kuching @501Awani pic.twitter.com/1c5o3j6RGd
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 6, 2016
Mayat Noriah dibawa pulang malam ini
Jenazah Datuk Noriah Kasnon bakal dibawa pulang dari Kuching dengan penerbangan ihsan sekitar jam 8.30 malam dan dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang kira-kira jam 10.30 malam.
Jenazah akan dibawa pulang ke Sungai Burong yang terletak di Tanjung Karang, Selangor sejurus selepas itu.
Noriah Kasnon mangsa pertama nahas helikopter
Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengesahkan mayat pertama yang dijumpai di Sungai Lupar ialah Datuk Noriah Kasnon.
Mayat beliau telah diterbangkan dari Sebuyau menggunakan helikopter khas dan mendarat di padang IPK Sarawak sekitar ja 3.48 petang tadi.
Berita penuh di sini.
Keadaan di sekitar rumah mayat Hospital Umum Sarawak
Sekitar rumah mayat HUS utk tragedi helikopter hilang di Sebuyau. @501Awani pic.twitter.com/Vrvq5jWeS3
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 6, 2016
PM dan isteri meninggalkan Hospital Umum Sarawak selepas bertemu keluarga mangsa
PM DS Mohd Najib & isteri meninggalkan Rumah Mayat HUS slps menemui ahli keluarga kes Helikopter hilang. @501Awani pic.twitter.com/UjREMlInw7
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 6, 2016
TPM tiba untuk melawat keluarga mangsa di Hospital Umum Sarawak
TPM DS Ahmad Zahid Hamidi antara yg hadir ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak @501Awani pic.twitter.com/KDLUxEuHvh
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 6, 2016
Keluarga mangsa tiba di Hospital Umum Sarawak
antara ahli keluarga mangsa helikopter hilang semalam tiba di Kuching @501Awani pic.twitter.com/VUr3sGcJH7
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 6, 2016
Jenazah pertama tiba di Kuching
Rohani tidak dapat menahan sebak
Datuk Seri Rohani tidak dapat menahan sebak tatkala melihat jenazah Allahyarham Datuk Noriah @501Awani pic.twitter.com/yALIYbGcMO
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 6, 2016
Pesawat membawa jenazah pertama
Jenazah pertama, difahamkan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon tiba di IPK Sarawak @501Awani pic.twitter.com/dlPa3qjU0i
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 6, 2016
Fokus pencarian dikecilkan
Fokus pencarian mangsa nahas helikopter di Sebuyau dikecilkan antara Sungai Merah dan Lingga, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (JBPM) Tuan Nor Hisham Mohammad.
Tambahnya, keadaan ketika ini air mula pasang, maka strategi mencari terpaksa diubah. Tumpuan mereka kini adalah untuk mencari 5 lagi mangsa.
"Operasi berlangsung terus-menerus," ujarnya.
JBPM turut memaklumkan, air sungai tersebut hanya akan surut sekitar jam 2 pagi nanti.
Beberapa serpihan lagi ditemui
2.40ptg: @hafizmarzukhi lapor: Beberapa serpihan lagi ditemui & dibawa ke Pusat Operasi di Jeti Feri Sebuyau. Hujan rintik-rintik @501Awani
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 6, 2016
ATM turut kerahkan aset mencari mangsa
ATM turut mengerakkan aset untuk operasi SAR Helikopter Hilang. @501Awani pic.twitter.com/wMJHFziH8w
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 6, 2016
Gambar-gambar penemuan serpihan
#missingheli
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 6, 2016
antara serpihan heli yg ditemui pasukan SAR . kredit foto to JBPM Sarawak @501Awani pic.twitter.com/vcbUGqQC7H
Mayat wanita ditemui di tebing Batang Lupar
Satu mayat wanita telah ditemui di tebing sungai, di hulu 15km Batang Lupar sekitar jam 12 tengah hari.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad sewaktu lintas langsung bersama Buletin AWANI.
Antara serpihan yang ditemui
Pasukan SAR temui serpihan helikopter
Pasukan SAR telah menemui serpihan daripada helikopter AS350 yang hilang berdekatan Batang Lupar pada jam 9.50 pagi Jumaat.
Perkara tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media di Kuching.
Antara serpihan itu adalah dari bahagian pintu dan dinding pesawat.
Tambah Najib, aset akan dikerahkan untuk meneruskan proses mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan berkenaan.
Perdana Menteri mengesahkan helikopter itu membawa enam orang, antaranya Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.
Operasi SAR helikopter hilang di Batang Lupar
Menurut Ketua Operasi yang juga Penguasa Kanan Bomba Zon Samarahan, Azman Julaihi, dengan radius pencarian sepanjang 10 kilometer, gerakan mencari tertumpu di sekitar kawasan pantai dan muara Batang Lupar sehingga ke kawasan Linggi.
Jelasnya, disebabkan kedudukan sebenar helikopter masih tidak diperoleh, pasukan bomba dan penyelamat akan melakukan pencarian di seluruh kawasan berpotensi.
Misi SAR diteruskan pada jam 6 pagi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara menyeluruh helikopter RPC 6828 di kawasan Sebuyau yang dilapor hilang petang Khamis telah bermula jam 6 pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata operasi awal SAR telah dimulakan sejak Khamis malam.
Muhammad Sabtu juga menjelaskan PDRM akan bekerjasama dengan semua pihak dalam operasi tersebut.
Sidang media tergempar
SAR dimulakan
Doakan selamat
Sebuah helikopter yang membawa pimpinan hilang di Sarawak. Mari kita berdoa semoga semua penumpang dan krew selamat dan segera ditemui.
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 5, 2016
Pasukan bertindak ditubuhkan
Pasukan bertindak diketuai PDRM dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk cari helikopter hilang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
JBPM Sarawak bersedia
Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Norhisham Mohamad berkata, pihaknya telah meletakkan seluruh pasukan penyelamat dalam keadaan siap siaga penuh.
Pihaknya sedang melakukan perincian lokasi terakhir helikopter berkenaan dikesan di kawasan Sebuyau, sebelum menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Antara yang digerakkan termasuklah pasukan khas menyelamat STORM.
PM lahirkan rasa bimbang
Deeply concerned about reports of helicopter missing between Betong & Kuching. Search and rescue activated. Let us pray for their safety.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 5, 2016
SAR kesan pesawat dikerah
Usaha sedang dijalankan untuk mengesan helikopter yang hilang di Sarawak - PM Najib
Tentera dikerah
Sy telah arah @airforcenextgen & @TenteraDarat bersama2 dalam operasi mencari & menyelamat (SAR) helikopter yg dilaporkan hilang di Sarawak
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) May 5, 2016
JBPM sedang bersiap sedia
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Soiman Jahid, semua anggota JBPM telah dikerahkan untuk bersedia di Balai Bomba Betong.
Sejurus DCA memberikan kedudukan lokasi pencarian, bomba akan terus gerak ke lokasi pencarian SAR pada malam ini juga.
Unit udara akan dikerahkan pada sebelah pagi nanti.
Operasi mencari dilancar
2/3 Helikopter hilang dari radar kira-kira jam 5.00 pm berhampiran kawasan Sebuyau ketika dlm penerbangan dari Betong ke Kuching @501Awani
— Hakim Rahman (@abdhakimrahman) May 5, 2016
Dari Betong ke Kuching
2/3 Helikopter hilang dari radar kira-kira jam 5.00 pm berhampiran kawasan Sebuyau ketika dlm penerbangan dari Betong ke Kuching @501Awani
— Hakim Rahman (@abdhakimrahman) May 5, 2016
Perkara di sah DCA
[TERKINI] 1/3 Sebuah helikopter dipercayai membawa beberapa individu kenamaan dilapor hilang dari radar di Sarawak petang tadi. @501Awani
— Hakim Rahman (@abdhakimrahman) May 5, 2016
Hilang sekitar 5 petang
Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, lapor Bernama.
"Helikopter itu berlepas dari Betong pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.
(KEMASKINI: Dalam satu sidang media sekitar jam 11.40 malam Khamis, Ketua Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman memaklumkan bahawa pesawat itu berlepas jam 4.32 petang).
DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.
Eurocopter AS350 berlepas dari Betong, dalam perjalanan ke Kuching
Pesawat jenis Eurocopter AS350 dikendalikan sebuah syarikat helikopter tempatan berlepas dari Betong dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang