Pengumuman penamaan calon PRK Semenyih
Pertandingan empat penjuru di PRK Semenyih
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini bakal menyasikan pertandingan empat penjuru.
Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata, semua borang pencalonan oleh keempat-empat calon diterima dan tiada borang pencalonan yang ditolak.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru
Pegawai Pengurus SPR Datuk Mohd Sayuthi Bakar umum calon layak bertanding bagi PRK DUN Semenyih
— Initial: FA (@FirdausAzil) February 16, 2019
1. Muhammad Aiman Zainali (@pakatanharapan_)
2. Zakaria Hanafi (@barisanasional )
3. Nik Aziz Afiq Abdul (@partisosialis)
4. Kuan Chee Heng (Bebas)#SemenyihMemilih @501Awani pic.twitter.com/w8lUfUjOKE
Tempoh serah borang pencalonan tamat tepat jam 10 pagi
Alright. Pengurus SPR bagi PRK DUN Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar, umum tempoh serahan borang sudah tamat. Sekarang macam biasa tempoh bantahan #SemenyihMemilih @501Awani
— Initial: FA (@FirdausAzil) February 16, 2019
Tiga parti berbeza berjabat tangan, bertukar senyuman
Politics aside. Check this out. Presiden @PPBMofficial, Timbalan Pengerusi @barisanasional, Setiausaha Agung @dapmalaysia, Setiausaha Agung @PASPusat all in one shot. #SemenyihMemilih @501Awani pic.twitter.com/0AFcPP3223
— Initial: FA (@FirdausAzil) February 16, 2019
Aiman Zainali selesai serah borang pencalonan
Calon Pakatan Harapan bagi PRK Semenyih Muhammad Aiman Zainali selesai menghantar borang pencalonan kepada SPR di Dewan Seri Cempaka MPKJ #SemenyihMemilih @501Awani pic.twitter.com/NSbXAbKlmO
— arfa_yunus (@arfayunus38) February 16, 2019
Calon Pakatan Harapan tiba bawa tanggungjawab besar pertahan kerusi arwah ayah mertua
Dan sudah semestinya, Muhammad Aiman Zanali, calon @pakatanharapan_ yang mempunyai tanggungjawab berat untuk pertahankan kerusi DUN Semenyih yang sebelum ini disandang arwah ayah mentuanya. #SemenyihMemilih @501Awani pic.twitter.com/kN8RCrshDD
— Initial: FA (@FirdausAzil) February 16, 2019
'Uncle Kentang' aktivis masyarakat popular tiba di pusat penamaan calon
Ini pula aktivis masyarat yang saya kira agak popular di kalangan media. Kuan Chee Heng, fondly known as Uncle Kentang. #SemenyihMemilih @501Awani pic.twitter.com/sTsa6cDFem
— Initial: FA (@FirdausAzil) February 16, 2019
Calon Barisan Nasional tiba di pusat penamaan calon diiringi pimpinan kanan BN, PAS
Ini pula calon @barisanasional, Zakaria Hanafi, diiringi pimpinan kanan BN dan PAS. Kerjasama formal UMNO dan PAS dilihat berterusan. #SemenyihMemilih @501Awani pic.twitter.com/ruiRHRwET4
— Initial: FA (@FirdausAzil) February 16, 2019
Calon PH selesai serah borang pencalonan
Calon Pakatan Harapan bagi PRK Semenyih Muhammad Aiman Zainali selesai menghantar borang pencalonan kepada SPR di Dewan Seri Cempaka MPKJ #SemenyihMemilih @501Awani pic.twitter.com/NSbXAbKlmO
— arfa_yunus (@arfayunus38) February 16, 2019
Perkembangan proses penamaan calon di MPKJ
Calon Parti Sosialis Nik Aziz Afiq tiba di pusat penamaan calon
Calon @partisosialis Nik Aziz Afiq diiringi pimpinan parti melangkah masuk ke dewan untuk proses penamaan calon. Ini merupakan calon termuda utk PRK kali ini. Boleh la pakai #YouthPower #SemenyihMemilih @501Awani pic.twitter.com/WGrBROjiPJ
— Initial: FA (@FirdausAzil) February 16, 2019
SPR hantar 'voter's card' untuk pengundi Semenyih
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan satu inisiatif menghantar kad pengundi (voter's card) kepada 54,471 orang pengundi berdaftar Dewan Undangan Negeri Semenyih yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata inisiatif baharu itu adalah usaha untuk menggalakkan dan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada PRK itu.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
Aktivis masyarakat pilihan BN sebagai calon
Muhammad Aiman Zanali calon PH
Penamaan calon PRK DUN Semenyih
Semenyih perlu pembangunan seimbang
Proses penamaan calon berlangsung pagi ini
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dijadual bermula pada pukul 9 pagi ini.
Ia bakal berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 13 kertas pencalonan setakat Jumaat dibeli.
Ias merangkumi tiga oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) lima dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu borang. Turut dijual empat lagi borang pencalonan untuk calon Bebas.
PH yang dalam misi mempertahan kerusi Semenyih menamakan jurutera muda, Muhammad Aiman Zainali, 30, sebagai calon manakala BN mempertaruhkan pemimpin tempatan, Zakaria Hanafi, 58.
PSM pula menamakan Nik Aziz Afiq Abdul sebagai calon manakala Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng, juga dikenali sebagai 'Uncle Kentang', turut menyatakan kesediaan bertanding.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Datuk Mohd Sayuthi Bakar bertindak selaku Pegawai Pengurus PRK berkenaan yang dijadual berlangsung pada 2 Mac.
Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, calon PH daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.
Pada PRU14, Allahyarham Bakhtiar memperoleh 23,428 undi sekali gus mengetepikan Datuk Johan Abdul Aziz daripada BN, Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM). Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi.