UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Prosiding inkues Muhammad Adib

Fokus utama hari kedua inkues hari ini untuk melihat gambaran sebenar bagaimana insiden serangan berlaku terhadap Allahyarham Muhammad Adib.

Astro Awani
Hari ini bermulanya prosiding inkues bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

'Saya tidak sedar bila Adib hilang' - Saksi

Tue Feb 12 2019

Saksi ketiga inkues Muhammad Adib Mohd Kassim, Ahmad Shahrill Othman berkata, beliau tidak sedar akan kehilangan Adib dan apa yang terjadi kepadanya sebaik sahaja kenderaan dinaiki mereka diserang dan berundur akibat ditolak jentera Fire Rescue Tender (FRT).

BERITA PENUH DI SINI

Kronologi prosiding inkues kematian Muhammad Adib

Tue Feb 12 2019

Prosiding Inkues Adib diadakan di lokasi serangan

Tue Feb 12 2019

Koroner, Rofiah Mohamad tinjau keadaan

Tue Feb 12 2019

INKUES ADIB: Koroner, Rofiah Mohamad bersama beberapa Pegawai Pengendali Inkues tiba di Balai Bomba Subang Jaya bagi meninjau keadaan Jentera FRT serta kenderaan EMRS yang terjejas akibat rusuhan. @501Awani pic.twitter.com/d6IoJersIf

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) February 12, 2019

Saksi utama tiba di kuil Sri Maha Mariamman

Tue Feb 12 2019

INKUES ADIB: Saksi utama serta barisan peguam tiba di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya bagi membantu memberi gambaran ketika serangan. @501Awani pic.twitter.com/bh5WrNt7FI

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) February 12, 2019

Prosiding inkues kematian Muhammad Adib

Tue Feb 12 2019

Prosiding Inkues kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan pada hari ke-2 di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden. @501Awani pic.twitter.com/PivRKoJO6v

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) February 12, 2019

Inkues Adib diteruskan di lokasi kejadian

Tue Feb 12 2019

Prosiding inkues hari kedua bagi mencari punca kematian anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan pada Selasa di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya kira-kira jam 11 pagi.

Pasukan polis dan juga beberapa organisasi media telah mula berkumpul seawal jam 10 pagi sebagai persediaan untuk menantikan ketibaan pihak peguam serta kehadiran Koroner Rofiah Mohamad.

Fokus utama pada hari ini untuk melihat gambaran sebenar bagaimana insiden serangan berlaku terhadap Allahyarham Muhammad Adib.

BERITA PENUH DI SINI

Prosiding inkues kematian Muhammad Adib

Tue Feb 12 2019

Prosiding inkues hari kedua Adib diadakan di lokasi kejadian

Mon Feb 11 2019

Lebih 3 individu serang kenderaan EMRS - saksi

Mon Feb 11 2019

Prosiding hari kedua diadakan di Kuil Sri Maha Mariamman

Mon Feb 11 2019

Sesi hari kedua prosiding inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diadakan esok di lokasi kejadian dimana merupakan tempat berlakunya serangan.

Pihak peguam bagi keluarga Muhammad Adib, Mohd Kamaruzaman Wahab berkata, perkara itu bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden itu.

BERITA PENUH DI SINI

Lebih 3 individu serang kenderaan EMRS - Saksi

Mon Feb 11 2019

Lebih tiga individu dipercayai terlibat menyerang kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November lalu.

Saksi ketiga kejadian Ahmad Shahrill Othman, 36, yang merupakan pegawai medik (EMRS) menceritakan situasi apabila kenderaan dinaikinya diserang.

BERITA PENUH DI SINI

Pengurusan kes inkues Adib pada 18 Jan

Mon Feb 11 2019

Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditetapkan pada 18 Januari ini.

Peguam Cara III Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, ketika dihubungi media pada Jumaat berkata, pihak Jabatan Peguam Negara telah memfailkan dokumen kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Shah Alam pada Khamis dan mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

Jentera bomba diserang guna objek keras - Saksi

Mon Feb 11 2019

Jentera bomba yang dikejarkan bagi tujuan memadam kebakaran sebuah kereta ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 November lalu dibaling dengan objek keras.

Saksi pertama prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, Deputi Superintenden Mohd Nasir Drahman berkata jentera tersebut terlebih dahulu dikepung sebelum dirosakkan.

BERITA PENUH DI SINI

Jentera bomba diserang objek keras

Mon Feb 11 2019

Jentera Bomba diserang objek keras ketika rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 November lalu - Saksi @501Awani

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) February 11, 2019

Prosiding inkues Muhammad Adib bermula hari ini

Mon Feb 11 2019

Hari ini bermulanya prosiding inkues bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba dan juga Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, selepas cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, pada November tahun lalu.

BERITA PENUH DI SINI

Prosiding inkues Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam

Mon Feb 11 2019

Prosiding Inkues Kematian Anggota Bomba, Mohd Adib Mohd Kassim bermula hari ini berlangsung di Mahkamah Koroner Shah Alam. @501Awani #bombaherokami

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) February 11, 2019

Inkues Adib: Semua pihak diminta bersabar - Zuraida

Sat Jan 26 2019

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin meminta semua pihak agar bersabar berhubung proses inkues ke atas kematian ahli bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

BERITA PENUH DI SINI

Bapa Muhammad Adib harap inkues disegerakan demi keadilan

Thu Jan 24 2019

Bapa kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berharap prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anaknya dapat disegerakan demi mendapatkan keadilan buat anggota keluarganya.

BERITA PENUH DI SINI

30 saksi akan dipanggil untuk inkues Adib

Fri Jan 18 2019

Seramai 30 saksi akan dipanggil untuk prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammmad Adib Mohd Kassim.

Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah berkata, ia termasuk enam doktor serta pakar forensik yang terlibat semasa rawatan sehingga Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis tahun lepas.

BERITA PENUH DI SINI

Pengurusan inkues kes Adib bermula hari ini

Fri Jan 18 2019

Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Prosiding inkues itu dijadual dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner kira-kira 9 pagi.

BERITA PENUH DI SINI

Pegawai, anggota bomba akan dipanggil

Thu Jan 17 2019

Sekurang-kurangnya lapan orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terlibat dalam inkues kematian Muhammmad Adib Mohd Kassim yang dijadualkan berjalan esok.

Kesemua anggota yang akan dipanggil itu terlibat dalam operasi memadam kebakaran kereta berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, pada 27 November lalu.

BERITA PENUH DI SINI

Siasatan kematian Adib selesai, butiran semasa inkues

Thu Jan 10 2019

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan susulan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kertas siasatan tersebut telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

BERITA PENUH DI SINI

Inkues Muhammad Adib dilaksanakan dengan teliti

Sun Jan 06 2019

Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksanakan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kelompangan dan dipolemikkan pihak tertentu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata tidak timbul inkues ini sengaja dilengahkan kerana ia melibatkan isu nasional.

BERITA PENUH DI SINI

#inkues#Jabatan Bomba dan Penyelamat#kuil sri maha mariamman#Muhammad Adib#rusuhan
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.