[VIDEO] Secara rasmi ditamatkan
Operasi SAR ditamatkan
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Helikopter RPC 6828 di Lingga, Sarawak, membabitkan pelbagai agensi sejak Khamis lalu, ditamatkan secara rasmi 4 petang hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkata, pemberhentian SAR itu dibuat berikutan pengesahan mayat terakhir yang ditemui baru-baru ini, adalah juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.
BERITA DI SINI
Keluarga juruterbang ucap terima kasih
Ahli keluarga Rudolf Rex Ragas yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau pada Khamis lepas mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia yang telah menjumpai jasad juruterbang itu.
Anak saudara Rudolf, Rhedgel Raagas Serafin berkata, mereka sekeluarga amat menghargai segala usaha Kerajaan Malaysia bermula dengan proses mencari jasad bapa saudaranya hinggalah ke upacara pembakaran mayat.
BERITA DI SINI
Laporan sidang media penemuan mayat
Mayat akan diterbangkan ke Kuching
Mayat keenam ditemui
Mayat keenam mangsa tragedi helikopter Sarawak dipercayai Kapten Rudolf Rex Ragas, dijumpai pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Sabtu Osman yang membuat pengesahan mengenai penemuan itu dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.
Identiti mayat bagaimanapun belum dapat disahkan.
BERITA DI SINI
Mayat keenam dijumpai 5.5 km dari Feri Triso
Pasukan Polis Marin yg buat rondaan menjumpai mayat mangsa, 5.5km drpd Feri Triso, 1km drpd pantai @501Awani
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 9, 2016
Operasi SAR masuk hari ke-5
Beg galas merah dijumpai
Tiga lagi serpihan pesawat dipercayai milik helikopter Eurocopter AS350 dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sini.
Penemuan disahkan jurucakap Pusat Operasi SAR sekitar pukul 11.30 pagi tadi.
Pasukan SAR turut menjumpai beberapa barangan peribadi, antaranya sebuah beg galas berwarna merah.
BERITA DI SINI
Alat pengesan logam, penyelam bantu pencarian
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggunakan alat pengesan logam bagi mengesan rangka utama helikopter dalam nahas di Sebuyau, Khamis lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata setelah sistem tersebut mengesan logam di dasar sungai, pihak SAR akan menghantar pasukan penyelam bagi mengenalpasti objek tersebut.
BERITA DI SINI
Penemuan kerusi helikopter
APMM jumpa kerusi helikopter di muara Batang Lupar pagi ini @501Awani
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 8, 2016
Sidang media DCA
Sidang media DCA Nahas Helikopter @501Awani pic.twitter.com/jnmfHEZ1FI
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 8, 2016
SAR tertumpu di 3 kawasan
SAR tertumpu di Sebuyau & Lingga, Batang Lupar seluas 870km persegi @501Awani
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 8, 2016
Operasi SAR melalui udara
#missingheli Operasi SAR melalui udara bersama JBPM Sarawak @501Awani pic.twitter.com/7aIt8qRNtt
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 8, 2016
Taklimat operasi
#missingheli Taklimat Operasi SAR oleh JBPM Sarawak utk operasi mencari dari udara @501Awani pic.twitter.com/iaLUyn8z4G
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 8, 2016
Jenazah Asmuni selamat dikebumi
Jenazah Asmuni Abdullah, 52, suami Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lepas, selamat dikebumikan pada kira-kira 10 pagi ini.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Ar-Rahmah, Batu 12, Sungai Burong pada pukul kira-kira 9 pagi dan dikebumikan berdekatan pusara Noriah, yang turut terkorban dalam nahas itu, di Tanah Perkuburan Islam Batu 12.
BERITA DI SINI
[VIDEO] Dua mangsa nahas disemadi
Ahli Parlimen Kuala Kangsar dikebumi
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad selamat dikebumikan di Kuala Kangsar pagi ini selepas jenazah Allahyarham diterbangkan dari Kuching, Sarawak awal pagi tadi.
Jenazah tiba sekitar jam 6.50 pagi tadi dengan diiringi isteri Allahyarham, Datin Mastura Yazid, empat anak serta ahli keluarga lain.
BERITA DI SINI
[VIDEO] Jenazah Ahmad Sobri dikebumikan
Jenazah Ahmad Sobri disemadikan
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Haron selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah, Kuala Nerus, Terengganu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR masuk hari ke-4
Rangkuman misi operasi SAR
Masuk hari ketiga misi SAR, lima mangsa telah dijumpai dan identiti mereka dikenal pasti.
Terkini, proses mencari mayat terakhir iaitu mangsa juruterbang juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas akan dijalankan seawal jam 7.30 pagi Ahad.
BERITA DI SINI
Mayat kelima sah Anggota Parlimen Kuala Kangsar
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein malam tadi mengesahkan mayat kelima mangsa nahas helikopter yang dijumpai petang semalam ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Dalam pada sama, Hishammuddin turut mengesahkan penemuan mayat keempat yang ditemukan ialah Asmuni Abdullah, suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam nahas itu.
BERITA LANJUT DI SINI
Jasad mendiang Dr Sundaran tiba di Subang
Jasad mendiang Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada Khamis tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang malam tadi.
Jasad mendiang tiba pada pukul 12 tengah malam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira 9.15 malam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat keempat tiba di HUS untuk bedah siasat
mayat keempat nahas helikopter yg dijumpai pd jam 320 ptg tiba di HUS pd jam 620 ptg utk bedah siasat. @501Awani pic.twitter.com/grspr1WwH4
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 7, 2016
Mayat kelima ditemui
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan mayat kelima nahas helikopter Sarawak telah ditemui pihak polis sekitar 6 petang tadi.
Sejurus selepas penemuan dilakukan, mayat dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) Lingga sekitar 6.50 petang tadi.
Mangsa pertama yang ditemui ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon kira-kira jam 12 tengah hari semalam dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 2 di Kampung Parit 2 berdekatan Sungai Burong pada jam 2 pagi awal semalam.
Buat masa ini, mangsa terakhir masih belum ditemui.
Identiti mayat ketiga disahkan
#Helikopter: Mayat ketiga disahkan Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Noriah Kasnon - Pesuruhjaya Polis Sarawak
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 7, 2016
Pasukan Polis Marin temui mayat keempat
Satu lagi mayat ditemui, tiba di Pusat Operasi Lingga pada jam 4.25pm, dipercayai mangsa ke-4 @501Awani
— Hafiz Marzukhi (@hafizmarzukhi) May 7, 2016
Identiti mayat kedua disahkan PM Najib
PM DS Najib Razak Sahkan identiti mayat kedua yg dijumpai. @501Awani pic.twitter.com/tOBwGY5yB4
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 7, 2016
Mayat ketiga tiba di IPK Sarawak
#missingheli mayat ketiga tragedi helikopter hilang tiba di padang IPK Sarawak jam 223 ptg ini.@501Awani pic.twitter.com/43rTOrU6aV
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 7, 2016
Mayat ketiga tiba di pusat operasi SAR Lingga
Pasukan SAR tiba di lokasi penemuan mayat ketiga
Mayat ketiga ditemui jam 12.04pm. Identiti akan diumumkan selepas dikenalpasti - Datuk Seri Shahidan Kassim @501Awani
— Hafiz Marzukhi (@hafizmarzukhi) May 7, 2016
Jangan sebar maklumat tidak sahih
Zahid Hamidi umum penemuan mayat ketiga di Twitter
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui akaun Twitter rasminya mengumumkan penemuan mayat ketiga (dalam keseluruhan operasi SAR) itu sekitar jam 11.45 pagi.
"Urusan untuk menerbangkan ke IPK Kuching sedang diuruskan. Saya berada di bilik mayat hospital Kuching," ujarnya dalam tweet tersebut.
Identiti dan kaitan mayat itu dengan tragedi nahas helikopter belum diketahui.
Satu mayat ditemui orang kampung
Satu mayat telah ditemui orang kampung di kawasan sungai Batang Lupar, kira-kira 1km dari penemuan jasad pertama, pada kira-kira jam 10.30 pagi.
Bagaimanapun, kaitan mayat tersebut dengan nahas helikopter belum dipastikan.
Anggota SAR diminta waspada ancaman buaya
Anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, dinasihatkan berwaspada dengan ancaman buaya.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata perairan Lingga hingga Pulau Seduku, Batang Lupar terkenal dengan buaya.
Pulau Seduku merupakan Taman Santuari Buaya Sarawak, dan kawasan perairan bersebelahan dengan Taman Negara Maludam.
Bagaimanapun, menurutnya, anggota pasukan pencarian itu memang sudah bersedia dengan segala kemungkinan.
Untuk berita penuh, ikuti pautan ini.
Laporan dari sidang media IPK Sarawak
Jasad tiba di pusat kawalan operasi
Kerusi pesawat antara yang ditemui
Laporan lintas langsung wartawan di lokasi
Mayat lelaki ditemui
Pihak Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa pasukan SAR temui mayat lelaki kira-kira 10km dari pos kawalan bomba Lingga 8.31 pagi ini.
Dipercayai salah seorang daripada mangsa nahas helikopter AS350, mayat itu ditemui 10km dari Pusat SAR di Lingga.
Untuk berita penuh, ikuti pautan ini.
Kaedah pencarian di permukaan air
Operasi SAR di sekitar sungai Batang Lupar, Sebuyau digerakkan dengan anggota penyelamat memulakan operasi pada jam 7.30 pagi.
Dengan kaedah pencarian di permukaan air, ia meliputi radius pencarian dalam jarak 10km ke hulu dan 10km hilir sungai Batang Lupar.
Keseluruhan tenaga SAR dalam misi ini adalah sejumlah 68 anggota terdiri daripada pasukan khas Unit STORM (10 anggota), Must Team (18), Unit PPDA (8) dan Unit EMRS (6).
Tujuh pegawai kanan turut menyertai pasukan ini selain Pengarah JBPM Sarawak, Nor Hisham Mohammad bertindak selaku Komander Operasi.
Belum ada penemuan baharu
Sejak penemuan jasad Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon di tebing sungai di Batang Lupar, sekitar jam 12 tengah hari Jumaat, anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak pernah berhenti dalam menjalankan misi mereka.
Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Nor Hisham Mohammad, masih belum ada sebarang penemuan baharu selepas itu.
Operasi pencarian yang kali akhir tertumpu di kawasan Sungai Merah dan Lingga diteruskan tanpa mengira waktu.
Tiada penemuan baharu
Tiada penemuan baru setakat jam 7.10am di Pusat Operasi Carilamat di Lingga - Bomba @501Awani
— Hafiz Marzukhi (@hafizmarzukhi) May 6, 2016