
'Lihat ketokohan pemimpin yang dipilih' - Reezal
Rombakan Kabinet yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar diukur kepada jumlah perubahan semata-mata namun kepada untaian pengalaman dan ketokohan pemimpin yang terlibat.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan tepat Najib terbukti apabila membawa nafas dan tenaga baru di dalam dua portfolio teras kerajaan iaitu kewangan dan perancangan ekonomi.
Devamany angkat sumpah sebagai senator
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K Devamany hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S.A. Vigneswaran.
ARTIKEL DI SINI
Noh Omar berterima kasih kepada Najib
Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dibawa masuk untuk menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ini kenyataan Noh Omar atas pelantikan tersebut.
Laporan penuh rombakan Kabinet
Bekas menteri dan seorang timbalan menteri dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Pengumuman senarai anggota Kabinet baharu dilakukan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini sekitar jam 3.15 petang.
Najib berkata rombakan kali ini adalah bagi mengukuhkan lagi pentadbiran sedia ada bagi memastikan agenda pembangunan kerajaan untuk terus berjalan dengan baik.
BACA LAPORAN PENUH DI SINI
Senarai rombakan terkini Kabinet
1. Datuk Seri Mah Siew Keong dilantik menjadi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
2. Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi
3. Datuk Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, menggantikan Ahmad Husni yang mengambil keputusan tamatkan perkhidmatan
4. Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
5. Anggota Parlimen Jerlun Othman Aziz dilantik Timbalan Menteri Kewangan
6. Anggota Parlimen Silam Datu Nasrun Datu Mansur dilantik Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
7. Anggota Parlimen Lawas Henry Sum Agong dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
8. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong kini Timbalan Menteri Kewangan
9. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
10. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong kini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Husni Hanadzlah letak jawatan
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Bekas Menteri Kewangan II) letak jawatan atas sebab peribadi. @501Awani
— DaniaZainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) June 27, 2016
Rahman Dahlan dilantik Menteri JPM
Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Abd Wahid Omar. @501Awani
— DaniaZainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) June 27, 2016
Ahmad Husni letak jawatan, diganti oleh Johari Abdul Ghani
Najib mengumumkan, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah letak jawatan sebagai menteri.
Portfolio beliau diambil alih oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani Datuk Johari Abdul Ghani.
[VIDEO PENUH] Pengumuman rombakan Kabinet 2016
PM Najib dijadual umum rombakan Kabinet
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan mengumumkan rombakan Kabinet pada jam 3.15 petang di Putrajaya.
Ia berikutan lima kekosongan jawatan, iaitu tiga menteri dan dua timbalan menteri.

Niaga AWANI

AWANI Jr

Komuniti AWANI

AWANI Sarawak

Awani 7.45

Agenda AWANI

AWANI Pagi

Cerita Normal Baharu

Consider This

Notepad with Ibrahim Sani

Let's Talk

The Future is Female

AWANI Review

AWANI Byte

Undi Bootcamp

KiniTV

Menang Saham

Kamek Anak Sarawak

Lan Berdagang

Health Matters

Bual Bola

Week Ahead

Fokus Minggu Depan

Agenda AWANI Asia

AWANI Global
