Kawasan SAR diperluaskan kepada 2,400 batu persegi - PTL
SAR expanded to 2400 sq nm with a southwesterly drift. Thank you Brunei Navy in assisting in the search @MasidiM @MaritimMalaysia pic.twitter.com/O3DcBbZNYB
— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) January 30, 2017
Musa Aman mahu peraturan lebih ketat terhadap pengendali bot
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata pengendali perkhidmatan bot perlu menyediakan peralatan yang diperlukan seperti sistem pengesanan GPS dan peranti komunikasi radio serta menjadikan suatu kewajipan bagi setiap penumpang memakai jaket keselamatan.
BACA: Kuatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali bot - Musa
Pemilik katamaran ditahan
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pemilik bot itu iaitu lelaki tempatan berumur 44 tahun, ditahan di sekitar Kota Kinabalu kira-kira pukul 4 petang bagi membantu siasatan ke atas insiden itu.
BACA: Bot karam: Tiga termasuk pemilik katamaran ditahan
Usaha SAR akan dijalankan 24 jam tanpa henti - APMM
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa bot pelancong yang karam pada Sabtu akan dijalankan 24 jam tanpa henti, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
BACA: SAR kesan enam lagi mangsa bot karam dijalankan 24 jam - APMM
Patuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua pihak untuk sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan demi memastikan keselamatan.
BACA: PM Najib mahu siasatan terperinci tragedi bot karam di Sabah
Jumlah tangkapan meningkat kepada 3 orang
Tragedi bot karam d P Mengalum, pemilik bot 1 L C usia 44 th ditahan dibawah S 304A KK utk siasatan. Jum tgkp kini 3 org.
— Ramli Din (@RamliDin_) January 30, 2017
Polis Sabah akan adakan sidang media
I will hold a press conference shortly to update on the #Cataram tragedy.
— Ramli Din (@RamliDin_) January 30, 2017
PM arah insiden bot karam disiasat secara terperinci
Saya menyeru semua pihak untuk sentiasa mengikuti peraturan dan garis panduan yang telah Kerajaan tetapkan bagi keselamatan semua
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 30, 2017
Kepiluan keluarga mangsa menunggu khabar
Identiti enam masih hilang dikenal pasti
Dalam satu kenyataan di sini, APMM berkata warga China terbabit dikenal pasti sebagai Sheng Jiang Jiang (lelaki/50 tahun); Dong Mei (wanita/umur tidak dinyatakan); Li Qun (gender/ umur tidak dinyatakan); Luo Hong Yuan (lelaki/ 51) dan Lu Gua Hang (lelaki/25).
Kru yang hilang pula dikenal pasti sebagai Absoy Kasim (lelaki/umur tidak dinyatakan).
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Dua aset Brunei sertai pencarian
Dua aset Brunei menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam mangsa bot karam yang masih hilang sejak Sabtu lepas.
Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini, helikopter S92 milik pihak berkuasa Brunei dan kapal Tentera Laut Diraja Brunei KDB Bakti, membantu pencarian mangsa di perairan negara itu.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Tekong, kru bot ditahan
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan seorang tekong dan kru bot Catamaran yang karam di perairan Sabah ditahan untuk siasatan.
Menurut Ramli melalui posting di Twitternya, kedua-dua individu itu ditahan mengikut seksyen 304A Kanun Keseksaan atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Untuk berita lanjut, BACA DI SINI.
Tekong dan kru ditahan - Datuk Ramli Din
Kedua dua krew bot yang membawa pelancong China ditahan dibawah Sek. 304 A KK utk siasatan lanjut pihak polis.
— Ramli Din (@RamliDin_) January 30, 2017
24 daripada 31 mangsa bot karam dikenal pasti
Pihak berkuasa telah mengenal pasti 24 daripada 31 mangsa bot pelancong yang karam semasa dalam perjalanan dari sini ke Pulau Mengalum pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata mereka yang dikenal pasti termasuk dua daripada tiga yang ditemukan maut.
Untuk berita lanjut, BACA DI SINI.
SAR cari enam mangsa bot karam diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa bot pelancong jenis Catamaran yang karam ketika dalam perjalanan membawa pelancong warga China ke Pulau Mengalum, diteruskan pagi ini.
Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), operasi SAR yang disertai pelbagai agensi penguat kuasa dan keselamatan termasuk APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diteruskan seawal jam 7 pagi.
Untuk nberiyta lanjut, BACA DI SINI.
2 mangsa diselamatkan selepas 18 jam bot karam
Dua kru bot pelancong jenis Catamaran, yang karam dengan 28 pelancong China ketika menuju ke Pulau Mengalum dari Kota Kinabalu semalam, dipercayai berada di laut selama kira-kira 18 jam sebelum diselamatkan awal hari ini.
Seorang penyelamat Eduard Delos Reyes, 37, yang juga seorang pemandu bot pelancong, berkata beliau dan seorang lagi rakannya Chu Chun Yung, 30, menyelamatkan Aman Abdul, 38, dan Sharezaa Salian Sali, 25, kira-kira pukul 4.30 pagi.
BACA: Dua mangsa diselamatkan kira-kira 18 jam selepas bot Catamaran karam
Status pendaftaran bot Catamaran diperiksa - Pang
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata kerajaan negeri menetapkan peraturan bahawa bot itu hanya boleh membawa maksimum 12 orang termasuk kru dan tekong bagi tujuan pelancongan.
BACA: Status pendaftaran bot jenis Catamaran, yang karam diperiksa
Catamaran kali terakhir dilihat berhampiran Pulau Sapi - Tekong
Seorang tekong bot pelancong mendakwa kali terakhir bot jenis Catamaran yang membawa 31 individu termasuk 28 pelancong warga China itu dilihat, berhampiran Pulau Sapi, Kota Kinabalu, Sabah.
BACA: Catamaran kali terakhir dilihat berhampiran Pulau Sapi - Tekong
Tiga maut dalam kejadian bot karam dekat Pulau Mengalum
Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kejadian bot pelancong karam di perairan dekat Pulau Mengalum, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din malam ini.
BACA: Tiga maut dalam kejadian bot karam dekat Pulau Mengalum
22 selamat, 3 maut dan 6 masih hilang - PTL
Reference my earlier tweet #ChineseTourist #SAR #Sabah upon clarification 22 survived, 3 dead and 6 still missing. Search continues 24/7 pic.twitter.com/KgbhE1xzcT
— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) January 29, 2017
Perkembangan operasi mencari dan menyelamat
3 maut, 1 masih hilang - PTL
#SAR #Sabah Best news in a worst case scenario, 27 survived, 3 dead 1 still missing. Well done to all involved! pic.twitter.com/NJzUxvrXOu
— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) January 29, 2017
Usaha mencari 6 lagi mangsa diteruskan - PTL
@airforcenextgen EC725 ready for night SAR for remaining 6 victims together with Navy & MMEA. 25 accounted for but no of survivors TBC pic.twitter.com/rqNHs9dSPU
— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) January 29, 2017
25 telah ditemui selamat, 6 masih dicari - Shahidan
DS @shahidan_kassim sahkan 25 telah ditemui selamat dan 6 orang mangsa #BotKaram masih dicari @501Awani
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) January 29, 2017
25 orang terselamat, 6 masih dicari - Shahidan
Seramai 25 orang terselamat sementara enam lagi masih hilang selepas bot jenis katamaran membawa pelancong China ke Pulau Mengalum pagi semalam.
BACA: Bot hilang: '25 orang terselamat, enam masih dicari' - Shahidan
Semua mangsa selamat dibawa ke Kota Kinabalu
"Semua yang selamat telah dibawa ke Kota Kinabalu" - @KPMaritimMsia @501Awani
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) January 29, 2017
Bot pecah dipukul ombak - Tekong
"Menurut tekong, bot pecah dipukul ombak dan telah karam" - @KPMaritimMsia @501Awani
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) January 29, 2017
Semua pelancong berikat sesama sendiri dan dibawa arus - Tekong
"Menurut Tekong, semua pelancong berikat sesama sendiri dan hanyut dibawa arus" - @KPMaritimMsia @501Awani
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) January 29, 2017
APMM mengadakan sidang media jam 6.30 petang
Sidang media oleh @KPMaritimMsia bermula jam 6:30 Petang @501Awani
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) January 29, 2017
Beberapa mangsa ditemui, pengesahan sedang dilakukan - PTL
Beberapa mangsa dijumpai dan pengesahan sdg dibuat jumlah yg selamat. Pesawat EC725 yg ada keupayaan SAR waktu malam juga ditugaskan https://t.co/fcmB41Pwlz
— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) January 29, 2017
APMM akan keluarkan kenyataan rasmi
"Kami sedang bersiap sedia dengan maklumat terkini dan akan membuat kenyataan media sebentar lagi - @KPMaritimMsia
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) January 29, 2017
ATM turut serta misi mengesan bot hilang
Anggota2 ATM sedang bekerjasama rapat dgn @MaritimMalaysia & @PDRMsia utk mengesan kapal tersebut. Semoga operasi dipermudahkan, InsyaAllah
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) January 29, 2017
Dua penumpang ditemui berhampiran Pulau Tiga - KP APMM
Dua daripada 31 penumpang bot yang hilang ketika menuju Pulau Mengalum telah ditemui berhampiran Pulau Tiga - KP APMM @501Awani
— Hakim Rahman (@abdhakimrahman) January 29, 2017
TLDM, TUDM sertai misi kesan bot pelancong hilang di perairan Sabah
Dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sebuah pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat sebuah bot pelancong yang hilang di perairan Sabah.
BACA: Dua kapal TLDM, pesawat C130 sertai misi kesan bot pelancong hilang di perairan Sabah
PM akan pantau perkembangan operasi
Terima laporan sebuah kapal dgn 31 penumpang & krew hilang di Sabah. Operasi mncari & menyelamat tlh dilancarkan, sy akan pantau prkembangan
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 29, 2017
Misi pencarian dalam cuaca buruk - PTL
Search for missing boat with Chinese tourist by Navy, RMAF and MMEA in bad weather. Lets pray they are safe. Sad incident on #chinesenewyear pic.twitter.com/BM9VBZn3pC
— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) January 29, 2017
Bot hilang dalam perjalanan ke Pulau Mengalum
Sebuah bot pelancong jenis Catamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China dipercayai hilang ketika dalam perjalanan dari perairan Kota Kinabalu menuju Pulau Mengalum semalam.
BACA: Bot bawa 31 individu dipercayai hilang dalam perjalanan ke Pulau Mengalum