Rakyat diseru untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden pencerobohan hutan atau pemburuan haram, dalam usaha melindungi dan memulihara haiwan hutan yang diancam kepupusan termasuklah Tapir Malaya.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan berkata ini adalah penting bagi memastikan populasi keluarga badak itu tidak menerima nasib yang sama seperti Badak Jawa dan Badak Sumatera yang telah pupus dalam negara.
"Ancaman utama Tapir Malaya atau dikenali juga sebagai tenuk, cipan, Badak Tampung, Badak Tuli dan Badak Murai ialah kehilangan habitat, fragmentasi hutan dan isu penukaran guna tanah... Tapir Malaya sering menjadi mangsa kemalangan jalan raya dan menjadi mangsa jerat oleh pemburu haram hidupan liar.
"Kita mesti belajar daripada kesilapan lalu dan mempertingkatkan usaha untuk memastikan masalah kepupusan itu tidak berulang... kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan terus menggandakan usaha untuk menjaga dan memulihara Tapir Malaya," katanya bersempena Hari Tapir Sedunia.
Hari Tapir Sedunia disambut pada 27 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan konservasi spesies tapir dan habitatnya di seluruh dunia yang diancam kepupusan.
Shamsul berkata dari Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 10 kes kematian Tapir Malaya direkodkan akibat menjadi mangsa kemalangan jalan raya manakala 12 kes sepanjang tahun lepas.
"Sepanjang tempoh 2013 hingga 2019, sebanyak 84 ekor Tapir Malaya telah mati akibat kemalangan jalan raya... trend ini dilihat semakin membimbangkan pada tiga bulan pertama tahun ini," katanya.
Katanya, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya hidupan liar termasuklah memasang jalur rentas kuning, solar amber light dan papan tanda lintasan hidupan liar di beberapa lokasi yang dikenal pasti.
Beliau berkata aspek pemuliharaan habitat Tapir Malaya juga diberi tumpuan dengan mewujudkan kawasan perlindungan dan rangkaian koridor ekologi, antaranya program konservasi In-Situ dan Ex-Situ, selain membangunkan Pelan Konservasi Tapir Malaya 2020-2030 (MaTCAP) bagi meningkatkan pengurusan Tapir Malaya di negara ini.
"In-Situ meliputi pemantauan taburan Tapir Malaya di habitat asal dan operasi menyelamat Tapir Malaya yang tercedera dan terkeluar daripada habitatnya manakala Ex-Situ pula melibatkan aktiviti pembiakan tapir dalam kurungan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor.
"Selain itu, program kerjasama dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara bagi penyelidikan dalam bidang ekologi, kelakuan, nutrisi, pembiakan dan genetik turut diberi perhatian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 26 2020

Aspek pemuliharaan habitat Tapir Malaya juga diberi tumpuan dengan mewujudkan kawasan perlindungan dan rangkaian koridor ekologi. - Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.

Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami
Tindakan itu dibuat selepas Sheikh Hasina mempersalahkan Parti Jamaat-e-Islami dan BNP terhadap keganasan.

Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.

Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.

Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.

Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.

33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.

Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.