Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan telah meminta Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi MH370 supaya menyiapkan laporan itu pada tahun ini.
"Setelah kami menggantung usaha pencarian, kami akan meminta Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO mengemukakan laporan akhir mengenai keseluruhan penyiasatan itu, laporan teknikal sepatutnya boleh disiapkan pada tahun ini. Kami berharap laporan akhir ini dapat dikeluarkan tahun ini juga," katanya.
Liow, yang juga presiden MCA, berkata demikian kepada pemberita di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) selepas merasmikan Pusat Kajian Sosial dan Dasar Tun Tan Cheng Lock di sini, hari ini.
BACA: Pencarian MH370 kembali ke rancangan asal - Tiong Lai
BACA: DCA ketuai pasukan bertindak kendali urusan MH370 - Tiong Lai
Turut hadir Canselor UTAR Tun Dr Ling Liong Sik dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun.
Liow diminta mengulas tentang perkembangan terkini MH370 setelah usaha pencarian digantung.
Beliau berkata usaha mencari pesawat Penerbangan MH370 tidak dihentikan terus kerana Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan semua negara pesisiran pantai di Afrika Selatan bagi mendapatkan bantuan mereka mencari serpihan pesawat berkenaan di kawasan pesisiran pantai.
"Sekiranya mereka menjumpai sebarang serpihan, mereka akan menghubungi kami, pasukan respons kami akan pergi mengambil serpihan itu.
"Baru-baru ini, kami mengambil dua serpihan dan kini, jumlah serpihan yang dikumpul ialah 27 keping," katanya sambil menjelaskan butiran lanjut tentang penemuan terbaharu itu akan diumumkan kemudian.
Pada 18 Jan lepas, Liow berkata operasi mencari pesawat Penerbangan MH370 yang meliputi kawasan seluas lebih 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi digantung selepas hampir tiga tahun ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Menurutnya usaha mencari pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang sehingga kini melibatkan kos US$112.47 juta (RM500 juta), akan hanya disambung sekiranya ada maklumat baharu dan bukti kukuh mengenainya.
Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang daripada skrin radar pada hari penerbangan itu dan susulan itu, misi mencari dilakukan secara berterusan di Lautan Hindi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017
TIONG LAI: Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini. - Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.
Enam tren baharu tingkatkan 50 peratus keupayaan ERL
Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50 peratus berikutan pelancaran enam tren baharu hari ini.
Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.
DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.
Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.
MCA terima keputusan tolak penganjuran pesta arak
MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.
Keluarga MH370 rancang kumpul RM67 juta teruskan sendiri usaha pencarian
Hari ini keluarga MH370 melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta).
MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai
Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana, tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
PM Najib umum landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.
Laporan akhir siasatan penerbangan MH370 dijangka siap tahun ini - Tiong Lai
Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.