Sejumlah RM7.43 juta daripada RM7.6 juta perbelanjaan dan pembayaran yang dibuat oleh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) tidak dapat dikesan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata, hasil audit dalaman yang dilakukan terhadap institut berkenaan mendapati terdapat prosedur kewangan tidak jelas serta pembelian yang tidak selari dengan tujuan permohonan.
"Hanya RM0.17 juta atau 2.2 peratus sahaja yang disahkan perbelanjaannya, manakala selebihnya tidak dapat disahkan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam sidang media selepas itu, Mujahid berkata segala aktiviti dan akaun IKSIM akan dibekukan serta-merta.
Katanya, pihaknya juga akan melihat terhadap usaha untuk melakukan proses pemulihan di institut berkenaan serta menjaga kebajikan kakitangannya.
"Kita buat keputusan, semua gaji pekerja yang tertunggak akan diselesaikan seberapa segera. Tak timbul isu kami abaikan pekerja.
"Saya harap penjelasan ini dapat meredakan semua pihak yang kononnya kami di Jabatan Perdana Menteri menzalimi pekerja IKSIM," katanya.
Sementara itu, pada sesi penggulungan berkenaan, Mujahid berkata kementeriannya berada pada fasa akhir untuk menerbitkan Garis Panduan Etika Berpakaian di tempat kerja, khusus bagi sektor swasta, menjelang akhir tahun ini.
"Jabatan Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dalam hal ini. Ia akan dibawa kepada panel syariah untuk meneliti perkara tersebut dan akhirnya JPM akan menggariskan etika pakaian pekerja wanita muslim bagi sektor swasta," katanya.
Sehubungan itu, Mujahid berharap tiada lagi isu diskriminasi terhadap wanita beragama Islam khususnya yang mengamalkan etika pemakaian Islam ketika di tempat kerja.
Menjawab celahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang bertanyakan tentang status 1,200 jemaah haji di bawah tajaan Yayasan 1MDB, Mujahid berkata permohonan mereka yang menepati kriteria ditetapkan Tabung Haji berkemungkinan diluluskan untuk ke Tanah Suci menunaikan ibadat haji. -- Bernama
Bernama
Mon Aug 06 2018
MUJAHID: Segala aktiviti dan akaun IKSIM akan dibekukan serta-merta. - BERNAMA/Fail
Ditipu individu tawar kurang hukuman mahkamah, polis siasat dakwaan isteri Along Cham
Suspek dipercayai tawar bantuan dan meyakinkan mangsa bahawa dia mampu mengurangkan seksyen kesalahan suami Afreena Suhaimi.
Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Dua kenderaan dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit di Brickfields, Kuala Lumpur.
Tanah runtuh Miri: Kisah duka sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak
Ketika masyarakat Cina di Sarawak baru memulakan sambutan Tahun Baharu Cina, keadaan di Kampung Lereng Bukit, dilanda duka susulan kejadian tanah runtuh yang meragut lima nyawa.
Ahmad al-Sharaa diisytihar sebagai Presiden Syria untuk fasa peralihan
Presiden baharu menekankan pentingnya menghormati kepelbagaian etnik dan mazhab di Syria serta menjamin keselamatan semua rakyat.
Hubungan Malaysia-Indonesia: Memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama ASEAN
Sebagai anggota pengasas ASEAN, kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam membentuk kestabilan dan pembangunan serantau.
Kerajaan Britain sokong pelan pembangunan Lapangan Terbang Heathrow
Projek ini ditentang oleh penduduk setempat kerana kebimbangan mengenai pencemaran bunyi, risiko keselamatan dan peningkatan pelepasan karbon.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Tourism Malaysia akan laksana lebih banyak misi jualan strategik di kawasan sempadan Malaysia dengan Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.
UNHCR perketat perbelanjaan susulan pembekuan bantuan AS
Jabatan Negara AS mengumumkan pembekuan sementara bantuan luar pada Ahad, namun terdapat kekeliruan mengenainya.
Kargo udara global melonjak 11.3 peratus tahun lepas, melangkaui rekod 2021 - IATA
Ini menandakan puncak bersejarah baharu, melangkaui volum 2021 sebanyak 0.5 peratus, sebelum ini merupakan rekod tertinggi.
Sabah akan laksana lebih banyak inisiatif untuk rakyat tahun ini - Hajiji
Inisiatif pembangunan terutama yang membantu meningkatkan ekonomi rakyat mampu dijayakan jika semua rakyat Sabah bersatu.
Semua agensi bawah JPM akan diaudit semula - Mujahid
Menteri di JPM Datuk Dr Mujahid Yusof berkata beliau tidak akan berdiam diri atau membiarkan sebarang bentuk penyelewengan terdahulu kerana agensi berkenaan berkaitan dengan kepentingan awam.
Laporan audit: 97.8 peratus perbelanjaan IKSIM tidak dapat dikesan
Sejumlah RM7.43 juta daripada RM7.6 juta perbelanjaan dan pembayaran yang dibuat oleh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia tidak dapat dikesan.
RUU355 sengaja dipolemik untuk agenda politik - Pakar undang-undang
Ada pihak tertentu cuba memburuk-burukkan usul meminda RUU355 yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menakutkan masyarakat demi agenda politik mereka.