Laporan penuh Ketua Audit Negara akan menjawab segala dakwaan yang mengaitkan beliau dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Najib Razak.
Justeru, Perdana Menteri berkata beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman (mengenai dakwaan terhadapnya) dan membiarkan Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) melaporkan perkara itu.
"Saya sebagai perdana menteri sesungguhnya saya tidak akan mengambil apa-apa yang berhak kepada rakyat," katanya ketika berucap merasmikan program Nur Ramadan 2015 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, di sini, malam tadi.
Beliau seterusnya mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan perkara yang 'karut-mengarut' di media sosial kerana kebenaran akan muncul pada akhirnya.
Terdahulu, Najib mengumumkan beberapa berita gembira yang bakal dinikmati oleh penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Katanya kerajaan akan membina 11 buah tempat letak kereta bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM290 juta di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagi golongan yang kurang berkemampuan, katanya, kerajaan dengan kerjasama swasta menjalankan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) membina Rumah Gelandangan di Medan Tuanku dan Jalan Pekeliling yang akan siap tidak lama lagi.
Najib berkata beliau akan meninjau sendiri projek bernilai RM17 juta itu yang akan menawarkan kemudahan tempat tinggal selesa kepada golongan gelandangan di ibu negara.
Perdana menteri kerajaan juga bersetuju untuk menjual rumah pangsa Sri Tioman, di Taman Melati kepada penyewa yang telah menghuni sejak 20 tahun lepas pada harga yang berkemampuan.
"Kerajaan akan melakukan apa sahaja keperluan untuk rakyat jelata kerana kita mahu jaga hati rakyat dan rakyat pasti akan jaga hati kita apabila sampai masanya," katanya.
Pada majlis itu, sebanyak 2,000 daripada 8,500 golongan asnaf terdiri daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan wang tunai.
Najib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 3,000 warga ibu kota.
Bernama
Fri Jul 10 2015
Najib berkata beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman dan akan membiarkan Ambrin (gambar) melaporkan perkara itu.
Pengusaha hotel di Kuching diminta promosi upacara naikkan bendera
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memintapengusaha hotel di sekitar Kuching mempromosi upacara bulanan menaikkan bendera Ibu Pertiwi di datarannya sebagai tarikan pelancongan.
Penemuan 20 spesis katak bukti ekosistem Sarawak seimbang
Sarawak kini giat melakukan penyelidikan dalam memastikan bahawa habitat dan ekosistem alam sekitar dilindungi dalam membangunkan wilayah lestari.
Pau Marti tak panik Harimau Malaya hilang tonggak
Pau Marti Vicente berkata skuad kebangsaan memiliki ramai pemain berkebolehan yang mampu memikul tanggungjawab.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Hajiji selar taktik kotor pihak cuba jatuhkan kerajaan Sabah
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan tindakan pihak menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan kerajaan negeri Sabah sebagai tidak bermoral dan meracuni fikiran rakyat.
Fokus Minggu Depan: Luruan Monsun - Apa yang perlu anda tahu?
Sedekad di Malaysia, CUCKOO pilih Kim Soo Hyun sebagai duta
Lebih 18,000 orang memeriahkan Pesta Muzik CUCKOOTOPIA bagi meraikan satu
dekad pencipta kediaman sihat terkemuka, CUCKOO beroperasi di Malaysia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe berkata,
sambutan pada Sabtu itu cukup istimewa apabila bintang Korea Selatan, Kim Soo Hyun
kembali dilantik menjadi duta selepas 10 tahun.
dekad pencipta kediaman sihat terkemuka, CUCKOO beroperasi di Malaysia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe berkata,
sambutan pada Sabtu itu cukup istimewa apabila bintang Korea Selatan, Kim Soo Hyun
kembali dilantik menjadi duta selepas 10 tahun.
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.