Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini menegaskan laporan polis wujudnya konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia adalah mewakili suara Pemuda UMNO.
Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro turut berkata telah menjadi tanggungjawab parti untuk mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.
"Kami telah membuat laporan polis itu tindakan kami. Kami bertanggungjawab jadi kami buat laporan tersebut.
"Hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan daripada polis saya ambil pendekatan mudah. Terbaik buat laporan polis daripada ambil tindakan sendiri, saya mengajak rakyat Malaysia jika ada keraguan atau kegusaran kita buat laporan polis. Saya ada asas untuk membuat laporan polis," kata Azwan Bro.
Beliau turut berkata Pemuda UMNO tetap tekad untuk terus melaksanakan tanggungjawab mempertahankan Perdana Menteri dan Presiden parti.
"Saya ingin berpesan jika kamu menyerang Datuk Seri Najib bermakna kamu menyerang UMNO dan BN. Dan jika kamu menyerang UMNO dan BN kami akan balas.
"Kami akan memastikan tanggungjawab dan amanah untuk mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dibuat dengan apa cara sekalipun (at any costs)," ujarnya.
Beliau berkata demikian di sidang media di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Centre Point di sini petang tadi.
Pada 26 Julai lalu, Azwan Bro membuat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi di Kuala Lumpur yang melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
BACA: Khairul Azwan adakan sidang media petang Rabu
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebelum ini menyatakan laporan dibuat atas kapasitinya sebagai seorang individu kerana mempunyai maklumat tertentu sebagai satu konspirasi menjatuhkan kepimpinan negara.
Datuk Seri Najib sebelum ini berkata UMNO tidak ada kaitan dengan laporan polis Azwan Bro dan tiada paksaan dikenakan atas ahli parti untuk melakukan sedemikian.
"Terpulang kepada beliau (Khairul Azwan)," Datuk Seri Najib dipetik sebagai berkata selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dewan Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam (2 Ogos) mengesahkan siasatan terhadap Azwan Bro telah dihentikan kerana siasatan awal polis mendapati laporan hanya berdasarkan andaian semata-mata.
Azwan Bro turut menyifatkan tindakannya sebagai Mexican standoff yang merujuk kepada sesuatu konfrontasi yang tidak akan berpihak pada sesiapa.
"Ia bukan andaian tapi laporan polis yang telah saya buat. Saya telah buat satu laporan polis dan saya difahamkan, polis tidak akan teruskan siasatan dan saya difahamkan tiada tindakan akan diambil ke atas saya," ujar Azwan Bro.
Beliau turut menegaskan tidak menyesal dengan tindakannya itu.
"Pada laporan itu, tertera nama saya ... tidak regret (sesalan) dan tidak akan memohon maaf kepada mana-mana pihak," katanya.
Azwan Bro berkata laporan polis dibuat dan diserahkan berdasar kepada keyakinan dan kepercayaannya terhadap sesuatu perkara.
"Saya telah melakukan perkara itu supaya polis boleh siasat ... sifatkan laporan itu satu kejayaan bagi mematahkan cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," ujarnya lagi.
Astro Awani
Wed Aug 03 2016
Khairul Azwan Harun hari ini mengadakan sidang media untuk menjelaskan kedudukan beliau dalam dakwaan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia. - Gambar Astro AWANI
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin
Khairul Azwan menang tipis dengan menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
UMNO: Azwan Bro tawar diri bertanding Ahli MT, Ketua Bahagian Pasir Salak
Khairul Azwan bersama pasukannya menggelarkan diri mereka pasukan 'Memperkasa Pasir Salak'.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
Usaha membawa UMNO kembali ke fitrah perjuangan perlu diterjemah dalam kepimpinan UMNO pasca pemilihan parti keramat Melayu itu penghujung bulan ini.
Pemimpin DAP jangan bermain api perkauman - Azwan Bro
Khairul Azwan mendakwa pemuda UMNO memahami apa yang ditulis dan diucap di atas pentas-pentas DAP dalam bahasa Cina.
Tidak dicalonkan, Azwan Bro terus setia kepada parti
Azwan Bro berkata beliau masih boleh memberi khidmat kepada parti biarpun tidak menjadi wakil rakyat.
Isu Felda: Pemuda UMNO percaya siasatan dilakukan PDRM telus
Pergerakan Pemuda UMNO percaya siasatan terhadap isu pemilikan tanah melibatkan Felda di Jalan Semarak akan dilaksanakan secara telus serta terperinci oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
ASEAN perlu nyata pendirian terhadap Myanmar - Pemuda UMNO
Negara anggota ASEAN perlu menyatakan pendirian bagi menghentikan penindasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.
Siasatan Bank Negara terhadap 1MDB sudah ditutup - Gabenor
Muhammad berkata, Bank Negara telah mengambil semua tindakan yang sesuai di bawah bidang kuasanya.
Laporan konspirasi: Polis tidak berat sebelah terhadap Azwan Bro - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak andaian bahawa polis mengamalkan sikap berat sebelah dalam menangani isu laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.