Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang memuktamadkan draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata cadangan pindaan akta itu adalah hasil perbincangan pada 5 Disember lalu yang melibatkan kementerian dan agensi berkaitan antaranya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.
"Draf pindaan undang-undang tersebut akan diperhalusi segera bersama-sama beberapa agensi lain yang terlibat," katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.
Riot berkata kementeriannya melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) juga telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas 74 buah hotel bertaraf empat serta lima bintang di Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak November 2017.
Menurutnya pemeriksaan tersebut bagi mengenal pasti kewujudan unsur-unsur diskriminasi khususnya mengenai larangan pemakaian tudung dan kod etika pakaian ditetapkan majikan.
Riot berkata pemeriksaan tersebut mendapati 13 buah hotel mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja manakala 61 lagi tidak menetapkan sebarang bentuk polisi berkaitan perkara itu.
Katanya JTKSM telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan hotel berkenaan dan mereka secara dasarnya bersetuju untuk membatalkan larangan tersebut.
"Sebagai contoh, di Johor terdapat empat buah hotel yang mengenakan larangan bertudung dan selepas perbincangan lanjut, mereka akur secara lisan dan bertulis serta membuat pengakuan untuk membatalkan larangan tersebut," katanya.
Riot berkata JTKSM juga telah mengeluarkan surat kepada dua persatuan dan 10 kesatuan sektor perhotelan pada 18 Disember 2017 untuk mendapatkan pandangan bertulis berhubung isu itu.
Katanya Persatuan Pengusaha Hotel (MAH) dalam maklum balasnya menyatakan polisi melarang pekerja bertudung adalah bergantung kepada pengurusan hotel masing-masing.
Dalam pada itu, Riot turut mengulangi gesaannya kepada majikan, khususnya pengusaha hotel di seluruh negara, agar memberi komitmen dan kerjasama dalam usaha berterusan kerajaan untuk memelihara keharmonian di tempat kerja.
Justeru katanya majikan perlu sentiasa menghormati hak-hak pekerja yang digajikan bukan sahaja dari segi meningkatkan pematuhan terhadap undang-undang perburuhan sedia ada di negara ini, tetapi turut menghormati hak-hak individu seperti yang termaktub di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.
"Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang bentuk diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras dan keturunan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2018
RIOT berkata, Draf pindaan undang-undang tersebut akan diperhalusi segera bersama-sama beberapa agensi lain yang terlibat. - Gambar fail Bernama
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Selangor dalam usaha pulihkan kawasan pembenihan kerang
Kerajaan negeri ketika ini sedang laksanakan kajian bersama SIRIM bagi mengenal pasti punca penurunan benih kerang di perairan berkenaan.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Majikan perlu patuh, tidak beri alasan lapuk elak guna pakai Akta Pekerja 1955
Kerajaan menggesa semua majikan mematuhi dan tidak menggunakan pelbagai alasan lapuk bagi mengelak untuk mengguna pakai Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).
MAPS tutup: 265 pekerja akan dapat pampasan
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta susulan notis penutupan taman tema MAPS akan diberi pampasan.
Larang pekerja hotel bertudung: Akta Kerja 1955 akan dipinda
Draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini.