Tindakan sesetengah hotel yang melarang pekerja wanita bertudung bekerja di kaunter depan (frontdesk) tidak seharusnya berlaku di negara ini yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan.
Malah Nasruddin menganggap larangan terhadap wanita muslimah memakai tudung sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah suatu tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam.
Ahli Parlimen Temerloh itu menegaskan beliau tidak pernah melihat larangan serupa ketika berada di luar negara.
"Umat Islam sendiri tidak bebas untuk mengamalkan ajaran Islam di dalam negara sendiri semata-mata alasan polisi antarabangsa sedang hotel-hotel tersebut beroperasi dalam negara ini.
"Memakai tudung diketahui kewajipannya oleh umum. Larangan sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk),
MAH menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia merupakan sebahagian daripada polisi antarabangsa.
Presiden MAH, Cheah Swee Hee menjelaskan setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.
BACA: Tarik balik lesen hotel larang wanita bertudung bekerja di kaunter depan - Nurul Izzah
Mengulas kenyataan yang dikeluarkan MAH, Nasruddin menjelaskan Pas akan mengusahakan pertemuan dengan persatuan tersebut dan pihak lain yang terlibat bagi menyelesaikan isu tersebut.
"Ini untuk menjelaskan perkara ini serta mengembalikan hak beramal dengan Islam kepada wanita muslimah yang bekerja di mana-mana sektor," katanya .
Nasruddin turut membandingkan isu larangan tersebut dengan isu sebuah kedai dobi "hanya untuk muslim sahaja" yang mendapat perhatian banyak pihak.
Isu kedai dobi di Muar itu kata Nasruddin telah menjadikan negara gegak gempita dengan semua pihak mahu memberi reaksi.
"Malangnya tiada pembelaan wajar dari orang ramai terhadap wanita muslimah yang ingin mengamalkan tuntutan agama, tiada juga kecaman kepada mana-mana hotel yang menafikannya.
"Ia bukan sahaja memperlihatkan 'double standard', tetapi jelas mereka masih tersangkar dalam pengaruh Islamofobia meskipun mereka menafikannya," katanya tanpa menyatakan dengan jelas pihak yang dimaksudkannya itu.
Astro Awani
Sun Nov 12 2017
PAS akan mengusahakan pertemuan dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berhubung isu larangan wanita bertudung bekerja di kaunter depan hotel
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.
Serangan darat dan udara terbaharu kobankan 43 di Gaza
Sekurang- kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu tentera Israel di Gaza semalaman, yang dilancarkan secara berterusan sejak pertengahan Oktober lalu.
China berikrar kukuhkan kerjasama dengan Amerika Syarikat
Presiden China Xi Jinping berikrar untuk memperkukuh kerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat yang akan dipimpin Donald Trump kelak.
Pengasas KK Mart, Kapten Batik antara penerima anugerah SEBA Awards 2024
Kee Chan diberikan Anugerah Usahawan Terbaik Tahun 2024 manakala Farhan pula memenangi Anugerah Usahawan Fesyen Terbaik Tahun 2024.
Serangan peluru berpandu sasar kemudahan kuasa Kyiv
Rusia pada Ahad melancarkan serangan peluru berpandu terbesar sejak Ogos di Kyiv, ibu kota Ukraine.
Serangan ketika musim sejuk baru bermula ini menyasarkan kemudahan kuasa.
Serangan ketika musim sejuk baru bermula ini menyasarkan kemudahan kuasa.
Sedekad di Malaysia, CUCKOO pilih Kim Soo Hyun sebagai duta
Lebih 18,000 orang memeriahkan Pesta Muzik CUCKOOTOPIA bagi meraikan satu
dekad pencipta kediaman sihat terkemuka, CUCKOO beroperasi di Malaysia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe berkata,
sambutan pada Sabtu itu cukup istimewa apabila bintang Korea Selatan, Kim Soo Hyun
kembali dilantik menjadi duta selepas 10 tahun.
dekad pencipta kediaman sihat terkemuka, CUCKOO beroperasi di Malaysia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe berkata,
sambutan pada Sabtu itu cukup istimewa apabila bintang Korea Selatan, Kim Soo Hyun
kembali dilantik menjadi duta selepas 10 tahun.
MetMalaysia akan menguji Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada Isnin, 18 November ini.
Pihak main isu Anwar iktiraf Israel akan didakwa - Saifuddin
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terus memainkan isu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf Israel.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak berkenaan perlu menghentikan perbuatan sedemikian kerana pendirian Malaysia amat jelas menolak sebarang kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak berkenaan perlu menghentikan perbuatan sedemikian kerana pendirian Malaysia amat jelas menolak sebarang kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.
Singapura perkenal undang-undang perkukuh perlindungan terhadap diskriminasi di tempat kerja
Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Selasa.
Nigeria denda Meta AS$220 juta atas amalan diskriminasi
Meta Platforms dan WhatsApp didenda sebanyak AS$220 juta kerana didakwa mengamalkan diskriminasi dan melanggar undang-undang Nigeria.
Pekerja berumur dakwa didiskriminasi dalam pekerjaan - Tinjauan
Kira-kira satu daripada lima individu berusia 55 tahun ke atas mendakwa mereka didiskriminasi kerana faktor usia, menurut satu kajian di United Kingdom (UK).
Badan pemerhati AS saman Tesla atas dakwaan perkauman
Suruhanjaya Equal Employment Opportunity (EEOC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Tesla atas dakwaan perkauman terhadap pekerja kulit hitam di kilang pemasangan di California.
UNSC terima resolusi beberapa bentuk ucapan sebabkan konflik
Apabila ideologi perkauman dan pelampau dibiarkan tanpa ditangani, kebencian ini akan terus berlarutan.
ACWW lulus beberapa resolusi dalam persidangan hari ini
Persidangan Wanita Desa Sedunia sebulat suara meluluskan beberapa resolusi di hari kedua persidangan tiga tahun sekali ke-30 hari ini.
Tesla diarah bayar RM14 juta pada bekas pekerja berkulit hitam
Tesla diarah bayar RM14 juta pada bekas pekerja berkulit hitam
Diskriminasi kaum dikaitkan dengan peningkatan risiko kelahiran bayi pramatang
Kadar kematian ibu dalam kalangan wanita kulit hitam dan Orang Asli di AS adalah dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada wanita kulit putih.
Ketua PBB beri amaran terhadap stigma, diskriminasi di Internet, media sosial
Masyarakat dunia sangat mudah terdedah kepada stigma, diskriminasi dan konspirasi.
Isu diskriminasi minyak sawit: KPPK ketuai delegasi Malaysia ke Geneva
Mesyuarat Penyelesaian Pertikaian 600 (Dispute Settlement 600) ini berlangsung selama 10 hari mulai 6 hingga 15 Mei, 2022.