Umpama pesta keraian, Jalan Seremban - Kuala Pilah menjadi tumpuan khususnya di hujung minggu, pengunjung dari luar Kuala Pilah datang mencari kelainan dari kawasan mereka.
Pengunjung, terutamanya dari Kuala Lumpur, memilih Kuala Pilah untuk lari dari hiruk pikuk dan kesibukan bandar, mencari ketenangan sambil makan angin.
Selain berekreasi di Hutan Lipur Ulu Bendul atau menikmati keindahan alam sambil mendaki Gunung Angsi, tempat makan juga menjadi buruan warga kota.
Lebih kurang sejam perjalanan, dibantu dengan akses jalan yang mudah, tidak hairanlah warga kota di Lembah Klang sanggup keluar rumah seawal mungkin untuk sarapan di Kuala Pilah.
Terletak di tepi jalan utama, dikelilingi bendang, Kodai Sarapan D’ Sawah merupakan kedai yang paling menjadi tumpuan, terutamanya di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Dibuka setiap pagi jam 7 hingga 11, kecuali hari Selasa, kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan yang silih berganti, hinggakan pekerjanya tidak menang tangan dalam memberi layanan terbaik.
Bagi pengunjung, mereka rela walaupun kadang-kadang terpaksa berdiri lama menunggu meja kosong, asalkan dapat menikmati juadah sambil menikmati permandangan indah.
“Di sini tempatnya tenang, berangin, ada sawah padi. Kita pun suka suasana kampung. Kami tinggal di Kuala Lumpur. Jadi, tempat ni beri ketenangan,” ujar salah seorang pengunjung, Fakaruddin Kadir, 60an, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi, dari Kuala Lumpur.
Turut senada, rakannya, Idris Ahmad, yang menyifatkan pemdangan hijau di kawasan kampung mendorongnya untuk turun ke Kuala Pilah, walaupun semata-mata untuk mencari makan.
“Kalau di Kuala Lumpur kita tengok bangunan, di sini kita tengok bukit. Seronok. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa,” ujarnya.
Di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi, mereka gemar menjadikan kedai ini sebagai tempat persinggahan ketika menunggang berkumpulan sama ada menuju Melaka, Kuala Klawang atau Rompin. Malah, ada juga yang menunggang ke sini semata-mata untuk bersarapan!
Namun bagi pengusaha Kodai Sarapan D’Sawah, Ahmaddiah Jaamat dengan rasa rendah diri memaklumkan, tiada apa yang istimewa di kedainya selain pemandangan yang indah.
“Pada saya, kedai ini biasa-biasa saja. Kami cuba menyediakan bermacam jenis hidangan seperti diminta pelanggan. Ada kuih muih, roti canai, dan pelbagai masakan panas,” katanya.
Merancang ingin memperbesarkan kawasan sedia ada, Ahmaddiah atau lebih mesra dikenali sebagai Amat atau Addy berkata, walaupun rupa kedainya mungkin akan diubah, namun dia akan tetap mengekalkan konsep kedainya yang bercirikan autentik.
BACA: 'Apo ado kek' Kuala Pilah?
Pada masa sama, beliau yang tinggal berdekatan kawasan bendang di Kampung Ulu Bendul itu, turut memohon maaf kepada pengunjung jika ada sebarang kekurangan di kedai kecilnya yang telah diusahakannya sejak tahun 2009.
“Saya minta maaf jika ada pengunjung yang terpaksa berdiri lama menunggu meja kosong, saya mohon mereka sedikit sabar, kami sentiasa cuba memperbaiki perkhidmatan kami.
“Doakan kami semoga dimudahkan segala urusan,” kata Addy, 44 tahun, yang menguruskan kedai itu bersama isterinya dan beberapa orang pekerja.
Dari maklumbalas yang kami terima, ada pelanggan mencadangkan kedai itu menambah bilangan kerusi meja bagi menambah keselesaan.
Di kalangan penduduk tempatan pula, ada yang tidak berkesempatan mengunjungi kedai ini yang hanya dibuka pada waktu pagi dan sentiasa sesak dengan pengunjung dan kenderaan yang diparkir berdekatan.
BACA: SSNS SMK Za'ba 'kilang' lahir pelajar serba boleh
VIDEO: Emas murah di Kuala Pilah
Khairunnisa Kasnoon
Mon Aug 13 2018
Kedai Sarapan D' Sawah yang terletak di tepi jalan besar Seremban - Kuala Pilah sentiasa dipenuhi pelanggan. Astro AWANI / HUSNA YUSOP
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.
Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.