Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Latheefa yang menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.
"Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi Kerajaan," memetik kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah juga telah memperkenan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal sebelum tamat pada 17 Mei 2020.
"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Shukri yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM," memetik kenyataan itu.
Astro Awani
Tue Jun 04 2019
![Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559631288_LatheefaKoya.jpg)
Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun 2019. - Twitter@LatheefaKoya
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Tiada tekanan ke atas Mohd Shukri lepas jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Azam Baki Tiada tekanan ke atas Mohd Shukri lepas jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41559642925_TimbalanKetuaPesur.jpg)
Tiada tekanan ke atas Mohd Shukri lepas jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi bekas Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk meletak jawatan.
![Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559631288_LatheefaKoya.jpg)
Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull
Pelantikan peguam itu berkuat kuasa mulai 1 Jun 2019.
![Dana RM90 juta 1MDB tak masuk ke dalam akaun Pas - SPRM Dana RM90 juta 1MDB tak masuk ke dalam akaun Pas - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526980566_KetuaSPRM.jpg)
Dana RM90 juta 1MDB tak masuk ke dalam akaun Pas - SPRM
SPRM mengesahkan tiada kemasukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun Pas seperti yang didakwa sebelum ini.
![SPRM akan siasat TH jika penyelewengan libatkan salah guna kuasa SPRM akan siasat TH jika penyelewengan libatkan salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529645411_SHUKRIABDULL.jpg)
SPRM akan siasat TH jika penyelewengan libatkan salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kes Tabung Haji (TH) sekiranya penyelewengan melibatkan salah guna kuasa.
![Hukuman bunuh? Saya setuju - Ketua Pesuruhjaya SPRM Hukuman bunuh? Saya setuju - Ketua Pesuruhjaya SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526974225_ketuaSPRM.jpg)
"Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bersetuju sekiranya hukuman bunuh dijatuhkan kepada pelaku rasuah.