Latheefa Koya yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus melepaskan jawatan tersebut bagi membuktikan bahawa beliau bermaruah dan berintegriti.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, sebagai individu yang sering mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak, Latheefa harus menzahirkan pendirian beliau dengan menolak pelantikan tersebut.
“Ternyata pelantikan tersebut tidak mengikut saluran yang betul tanpa melalui konsultasi JawatanKuasa Khas Parlimen apatah lagi perbincangan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
“Tambahan lagi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui beliau melantik Latheefa tanpa perlu merujuk kepada Kabinet terlebih dahulu.
“Pelantikan dengan cara begini tidak boleh dijadikan amalan dalam kerajaan PH kerana rakyat akan mempertikaikan ketelusan dalam prosedur pelantikan jawatan agensi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
BACA: Lantikan Latheefa, realiti sebenar kelemahan urus tadbir - Bersih 2.0
BACA: Lantikan Latheefa Koya: Tidak perlu persetujuan Kabinet - Tun M
Pelantikan Latheefa yang diumum sebelum ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 1 Jun selama dua tahun.
Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhaya Suruhanjaya terbabit.
Dalam pada itu tegas Syed Badli, semua pihak harus lebih peka dengan kehendak rakyat khususnya dalam menzahirkan janji manifesto seperti yang termaktub dalam Janji ke-14 Buku Harapan.
“Ia dengan jelas menyatakan bahawa di bawah kerajaan Pakatan Harapan: ‘SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri,” jelasnya.
Bersih 2.0 dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan, pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM menggambarkan realiti sebenar kelemahan urus tadbir kerajaan berkenaan penyalahgunaan kuasa yang tidak dapat dielakkan.
Bersih 2.0 bagaimanapun mengalu-alukan pelantikan Latheefa, namun mempersoal proses pelantikannya susulan pengakuan Dr Mahathir bahawa ia dibuat sendiri tanpa berbincang dengan Kabinet.
Astro Awani
Sat Jun 08 2019

SYED BADLI: Pelantikan Latheefa tidak mengikut saluran yang betul tanpa melalui konsultasi JawatanKuasa Khas Parlimen apatah lagi perbincangan dalam Majlis Presiden PH. - Gambar Facebook

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.

Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.

Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.

Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.

Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.